Friday, July 12, 2013

Selamat Hari Bapa - we LOVE u ayah


12 JULAI 2013 (JUMAAT)
3 RAMADHAN 1434H

Sebelum tulis apa-apa kita senyum dulu...Blogger lain dah lama up cerita Hari Bapa ni....Saya pulak hari ni baru terasa nak bercerita....Dah lama pic kek ni tersimpan as a draft :)

Tak de apa nak cakap...Doakan semoga ayah sihat selalu...Sekarang ni ayah lonely kat rumah sebab adik yang bongsu pun dah further study...Tapi tak jauh mana pun...Hari-hari ayah boleh gi jenguk kalau nak...Tapi part yang paling sedih, ayah bukak posa sorang-sorang huhu...Jumaat sabtu ahad ni kami adik beradik balik...Tapi kan mesti ayah kalut macam tak cukup dapur hihihi...Ni la untung ayah yang pandai masak...Semua nak dimasaknya tambah-tambah di bulan puasa ^_^ Dan sebab tu jugak, kakak-kakak selalu balik tu terjah je (tak inform) sebab tak nak bagi ayah kalut masak macam-macam :D


Gambar 4 tahun yang lepas semasa bercuti di Cameron Highland

Ya Allah,
ampunilah dosa kami, kedua ibubapa kami,
muslimin dan muslimat di dunia dan di akhirat.
masukkanlah kami ke dalam syurgamu,
bantuilah kami memperbaiki akhlak diri ini,
tenangkan hati kami,
satukan hati kami ya rahim,
berikanlah kami kasih sayang,
berikan kami keikhlasan dan ketulusan.
jauhkan kami dari fitnah-fitnah
dan dekatkan kami dengan jalan yang kau redhai,
permudahkan perjalanan kami
semoga kami pemenang di akhirnya
dan
bantulah kami dikala kami kesusahan.
.amin ya Allah, amin ya Rahman, amin ya Rabbal al amin.
(Al-Fatihah untuk arwah mak)


Gambar tahun lepas semasa bercuti di Kelantan...Ayah bersama 4 orang cucu
 
Ayah dengan kesemua 5 orang anak dan 3 orang cucu...sorang cucu lagi tak de dalam gambar :)






 
Ni lah gambar yang paling mahal :) Saya dah cuci letak dalam frame tapi ayah tak bagi saya gantung...Ayah cakap malu lah....hihihi sebabnya ni jubah masa convocation saya :) tapi bila tengok, memang sesuai dengan ayah pakai :)




we LOVE u AYAH *___*








20 comments:

  1. Wah mcm sedap je tgk kek tu.. bunga tu jelly ke? hee

    ReplyDelete
  2. kasih ayah,,,tiada taranya ,,
    mg ayah wawa sihat walafiat

    ReplyDelete
  3. rasa comel tgk ayah wawa berjubah..hihiih.

    ReplyDelete
  4. love u ayah---aku la k.ann

    ReplyDelete
  5. cantik kek tu.hensem ayah berjubah tu.

    ReplyDelete
  6. mmg nmpak mcm ayah wawa punya convo!hihi

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum wbt

    Saya terjumpa blog ini bila nak cari maklumat macam mana tak nak bagi orang copy gambar dalam blog.

    Sebelum tu saya test nak copy gambar dalam blog ini. Mula-mula memang tak boleh copy tapi bila saya cuba-cuba akhirnya boleh juga saya copy.

    Ada 2 cara nak copy gambar dalam blog ni:

    1. Gunakan button kiri mouse, highlight text dan gambar, then everything saya boleh copy.

    2. Jika saya buka blog ini atau buka mana-mana entri, cepat-cepat saya right click gambar, then saya boleh copy gambar.

    Saya cuba nak contact pemilik blog ini melalui email tak tak dapat.

    Email saya: msaadhamid@gmail.com

    Anyway, blog ni memang comel. What a nice blog.

    ReplyDelete
  8. ayah wawa nampak muda, masih berbadan tegap lagi.. semoga ayah wawa dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa...

    ReplyDelete
  9. Buat kakak terharu kerana bapak kakak pun macam ayah wawa dah tinggal sendirian tanpa isteri...
    Moga ayah terus diberi kesihatan terbaik..

    ReplyDelete
  10. alahiii omei nya ayah wawa pakai jubah.heehhe.sedap nmpk kek tu.bulan puasa ni sume sedap eh.

    ReplyDelete
  11. Ingatkan ayah wawa konvo..klu x mention pun mesti org kata ayah wawa hebat dan bijak :)

    ReplyDelete
  12. mmg nmpk mcm pakcik yg ber-konvo ;)

    ReplyDelete
  13. uum kan? hehe sama! semoga panjang umur pakcik :)

    ReplyDelete
  14. seronok nengok ayah hepppikan...teringat kat arwah ayah biler nengok ayah wawa

    ReplyDelete
  15. moga ayah wawa dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian.. ;)

    ReplyDelete
  16. kim salam kay ayah ya, jaga ayah bebaik.

    ReplyDelete
  17. Happy belated birthday buat ayah akak ^^ comel cake!

    ReplyDelete

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!