Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Thursday, June 2, 2016

Part 3 - Asam Garam Menjadi Penyewa


2 JUN 2016 (KHAMIS)





Kami mula mendiami rumah yang disewa apabila sebaik sahaja selesai kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan oleh Agen. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa kerosakan minor, tetapi suami mengambil pendekatan untuk repair sendiri. Untuk sewa bulan berikutnya, Agen meminta saya memasukkan ke dalam akaun Agen. Tapi saya dan suami agak khuatir dan meminta akaun no. tuan rumah terus dari agen. Selepas dari itu, semua urusan kami terus deal dengan tuan rumah.

Namun begitu, sepanjang kami menyewa, terdapat beberapa perkara yang kami tidak dapat mencapai kata sepakat dengan tuan rumah. Hal tersebut tidak dapat saya ceritakan. Biarlah ia menjadi rahsia *____*

Jiran-jiran sangat baik dan jiran-jiran saya jugak yang tolong carikan rumah yang lain. Jiran jugak banyak ceritakan tentang rumah yang saya duduk tu dan apa yang berlaku kepada penyewa2 sebelum kami. Hal ini jugak tidak dapat diceritakan. +____+

Ketika entry ini ditulis, saya telah mendiami rumah yang lain di kawasan yang sama tetapi dengan sewa yang lebih murah iaitu separuh dari jumlah sewa rumah sekarang. Alhamdulillah berkat pertolongan jiran-jiran di sini.

Cuma apa yang ingin saya ceritakan, berlaku kesukaran untuk saya menuntut kembali deposit yang telah dibayar. Saya telah maklumkan kepada tuan rumah untuk berpindah keluar pada bulan April 2016 iaitu 2 bulan awal seperti mana yang dimaklumkan oleh Agen sebelum ini. Means tarikh akhir saya menyewa rumah ini adalah sehingga 30 Jun 2016. Tuan rumah maklumkan Agen akan uruskan berkenaan hal pindah keluar ini.

Selapas itu, saya dapat call dari Agen yang bernama En. Nabil, Dia maklumkan kepada saya deposit saya akan burn kalau saya berpindah keluar sekarang kerana tempoh mendiami tidak sampai 2 tahun "seperti di dalam agreement". (Masalah yang terjadi kepada penyewa2 lain, kini telah hampir berlaku kepada saya). Saya cuba explain apa yang telah disepakati di awal perbincangan dulu. Tapi apa yang berlaku Agen Nabil tu tiba-tiba bercakap dengan nada mengherdik saya seolah-olah mempersoalkan saya tidak membaca agreement. Dan juga apabila saya bertanya kenapa saya belum terima agreement yang sah, tiba-tiba dia bercakap seperti orang naik angin. Yang ada pada saya hanyalah salinan agreement bukanlah agreement yang sah sepertimana yang telah dimaklumkan oleh agen yang mana akan diberi kepada penyewa dalam tempoh 14 hari selepas menyewa. Oleh kerana saya tidak sanggup lagi nak bercakap dengan dia, saya minta dia discuss terus dengan husband saya.

Selepas itu, saya dan suami sudah tidak lagi menerima sebarang call atau wasap dari agen. Tuan rumah pula continue. Dia maklumkan Agen inform dia yang saya dan suami sukar untuk dihubungi. Saya maklumkan saya dan suami tidak menerima sebarang call atau wasap selepas call yang pertama tadi. Selepas itu, saya tak tau apa yang berlaku antara tuan rumah dan Agen, tetapi tuan rumah continue untuk handle proses nak keluar rumah.

Jangkaan kami meleset, kami sangkakan semuanya akan baik-baik saja. Tetapi tuan rumah terus mendesak dengan ayat yang sama seperti agen. Iaitu semua deposit kami burn sebab kami keluar sebelum cukup 2 tahun 'berdasarkan agreement'. Semua ayat mendesak tersebut menggunakan frasa 'agreement'. Padahal tiada sebarang klausa di dalam agreement tersebut yang menyatakan pasal deposit rumah. Oleh kerana saya dah tak tahan nak hadap benda ni, saya cerita kat kawan-kawan di ofis. Dan kebetulan adik dari sorang my friends seorang lawyer rumah. Dia minta saya wasap agreement semua. Dan finally, memang agreement tu berpihak kepada kami. Di dalam agreement tersebut langsunsg tidak menyatakan cara-cara untuk keluar. Sebaliknya agreement tersebut hanya menyatakan cara untuk menyewa rumah. Time tu Ya Allah....lega rasa. Lawyer aka adik my friend jugak cakap, agreement ni sangat teruk dan pelik. Dan dia juga nasihatkan agar saya membuat report polis kalau masih terus diganggu oleh tuan rumah or agen kerana nilai deposit tersebut mencecah ribuan ringgit. Dan dia jugak cakap, kalau berdasarkan agreement, if saya tak inform 2 bulan awal pun still boleh menuntut kesemua deposit kerana agreement tersebut sangat longgar. Dan lawyer juga ada bagi sy contact no. lawyer yg handle criminal case untuk handle kes saya ni sekiranya saya memerlukan. Kelakar pulak rasa :)

Dari ke hari kami masih terus diganggu oleh tuan rumah, dia langsung tidak mahu menggunakan budi bicara untuk berurusan. Sebaliknya semua adalah berdasarkan agreement. Dengan sebab itu, saya terus menyatakan yang saya telah refer lawyer dan lawyer advice ............ Oleh yang demikian, tuan rumah terpaksu akur dan tidak mendesak saya lagi. Tuan rumah juga mula berbaik dan meminta agar saya menyelesaikan hal ini cara baik. Tetapi masih ada lagi ye. Saya rasa cukup sampai sini saja yang saya ceritakan. Sebab masih banyak lagi gangguan mental yang berlaku ke atas kami. Sehinggakan suami mengambil keputusan untuk berpindah pada penghujung bulan Mei dan sebulan deposit lagi kami pejam mata je walaupun ribuan ringgit. (Kawan2 di ofis dan lawyer langsung tidak bersetuju dengan keputusan kami suami isteri.) Demi untuk hidup lebih aman tanpa memikirkan lagi perihal tuan rumah, itulah keputusan yang dicapai.  Pada saya dan suami, kami berharap inilah kali pertama dan terakhir kami berurusan dengan orang seperti ini. Kami suami isteri juga menyewakan rumah kepada orang, tetapi tidak langsung sekali-kali kami melakukan sesuatu yang sebegini kepada orang lain.

Mudah-mudahan kita sama-sama memperbaiki kesilapan masing-masing.

Selesai. Alhamdulillah. +_______+







Wednesday, June 1, 2016

Part 2 - Asam Garam Menjadi Penyewa


1 JUN 2016 (RABU)


Memandangkan saya dan suami dah tahu Ajen rumah ni bermasalah/ scammer. Kami menjadi lebih teliti dan tegas dalam semua urusan. Acap kali saya meminta salinan agreement rumah untuk dibaca terlebih dahulu. Tapi bermacam2 alasan yang Puan Effa ni bagi. Susah nak email lah sebab tebal 12 pages. Tak boleh nak screen shoot wasap dan lain-lain alasan lagi. Dalam masa yang sama, saya cuba minta contact no. tuan rumah dan minta dari Puan Effa untuk berjumpa dengan tuan rumah. Sebab dalam hati saya, mungkin tuan rumah pun tak tau Ajen yang dia hire ni bermasalah. Tapi saya dimaklumkan oleh Ajen, tuan rumah tidak mahu berjumpa. Ini menambah-nambah kegusaran di hati saya. Dengan takut tertipu lagi *____*. 

Kos yang perlu dibayar untuk masuk rumah sahaja adalah RM4400.00 
     Deposit 2 bulan - RM1200 + RM1200
     Sewa rumah bulan semasa - RM1200
     Deposit utiliti - RM400
     Kos Agreement - RM400 (Gila kan)

Selepas conversation yang panjang dan Ajen still tak nak bagi salinan agreement, saya terus pass kat husband untuk dia pulak deal dengan Puan Effa tu. Ketika itu saya di Penang dan husband di Subang. Husband berbincang dan terus tanya berkenaan cara untuk keluar means nak stop sewa. Tengok! belum start duduk lagi rumah tu kitorang dah tanya cara untuk keluar. Penangan deal dengan Agen scammer ye. Ini untuk menjaga hak kita dan tidak mahu senasib dengan penyewa2 lain yang dah kena dengan mereka. Agen maklumkan boleh keluar anytime dan cuma perlu maklumkan 2 bulan awal dan deposit akan dipulangkan. Ok! Kami suami isteri pegang ayat ni. Tapi pada masa yang sama, Agen dah dapat rasa yang saya dan suami kurang percaya dengan mereka. Agen terus wasap agreement di antara mereka dengan tuan rumah/ Landlord. Dari sini saya dapat tahu siapa owner rumah dan saya google tuan rumah. Alhamdulillah saya dapat tahu tuan rumah seorang wanita sebaya saya dan merupakan seorang penjawat awam daaannn juga berasal dari kampung sebelah dengan husband saya.

Salinan agreement still tak dapat tapi dah sejuk hati sikit sebab dah tau siapa tuan rumah. Finally, husband set date untuk pergi tengok rumah, sign agreement dan bayar deposit rumah. 

Hari yang dijanjikan, husband pergi tengok rumah dan bukan Agen yang datang ye sebaliknya runner. Runner explain agreement yang ringkas ya amat dan husband bertegas sekali lagi pasal deposit tu dan runner jawab jawapan yang sama macam Agen. Deposit pun dibayar dan dalam tempoh 2 minggu lagi kami akan masuk rumah tu.

Keesokan harinya, Agen wasap saya senarai yang perlu di repair sebelum kami masuk. Semua pembaikan akan dibuat oleh mereka dan tikar getah juga akan dipasang oleh mereka. Rumah ni lantai simen ye dan rumah kosong. Kawan-kawan saya cakap mahal! Senarai untuk repair tu banyak termasuk cat rumah. Tetapi tak lama lepas tu, Agen wasap semula dia cakap tuan rumah kata tak perlu cat. Saya tanya kenapa? (Dah kita bayar mahal kan. Cakap dalam hati je ni). Agen cakap tak tau lah tuan rumah ni. Macam hint nak bagi tau sesuatu pulak. Ok <____>



Nak habiskan dalam part 2. Tapi panjang lagi la. Huhu

Bersambung lagi....




Part 1 - Asam Garam Menjadi Penyewa


1 JUN 2016 (RABU)

Berkahwin dengan tentera ni memang tak kan lepas daripada merasa pengalaman tinggal di rumah sewa. Sepanjang 2 tahun berkahwin ni saya dapat merasa 3 kali bertukar rumah sewa. Walaupun suami dah ada rumah sendiri, tapi kami suami isteri belum berkesempatan untuk duduk rumah sendiri. Tunggu suami pencen nanti  kot ^____^

Untuk entry kali ni, mungkin lebih kepada sesi luahan perasaan. Asam garam menjadi penyewa dan menyewa rumah orang. Pengalaman menyewa rumah kali pertama dan kedua, Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. 

Kali pertama menyewa,kami menyewa rumah flat time baru-baru berkahwin. Tuan rumahnya orang melayu. Dalam enam bulan selepas tu, suami berjaya dapatkan rumah yang lebih selesa dan dekat dengan Kem. Kami berpindah ke rumah jenis semi-d dan tuan rumahnya orang berbangsa Cina. Rumah tersebut adalah rumah yang dibeli hasil lelongan bank. Tuan rumah sebenar adalah orang Melayu. Jadi kami penyewa pertama selepas Mrs. Woo berjaya membeli rumah tersebut. Pada saya dan suami, kedua-dua tuan rumah kami sangat baik. Mrs. Woo sempat memberi tunjuk ajar kepada saya cara untuk membeli rumah lelong. Mrs. Woo jugak tuan rumah yang sangat memahami penyewa. Contohnya, semasa agreement rumah ditandatangani, beliau memberikan penjelasan secara keseluruhan dan agreement tersebut dipatuhi sehingga ke akhirnya. Deposit rumah ketika hendak keluar rumah juga tak perlu diminta-minta oleh penyewa, beliau sendiri yang bersuara. Kadangkala sebagai penyewa, ada sedikit 'malu' nak bertanya berkenaan duit. Ini side saya dengan husband lah. Kalau orang lain saya tak pasti.

Kali ketiga menyewa, kami menyewa di Putrajaya. Suami mendapat arahan perlu bertukar ke Pangkalan Udara Subang. Ketika itu saya sedang menunggu hari untuk bersalin. Selepas suami bertukar ke sana, saya cuba memohon bertukar ke Putrajaya melalui HRMIS. Alhamdulillah semasa dalam tempoh cuti bersalin, saya telah berjaya bertukar ke Putrajaya. Putrajaya banyak kosong kan *____*. 

Bermulalah episod kami mencari rumah sewa di Putrajaya. Suami minta tolong kawan2 dia yang bekerja di Putrajaya untuk cari. Tapi malangnya full aje. Saya yang banyak masa terluang dalam tempoh cuti bersalin ni, cuba cari melalui FB dan Mudah. Dan saya telah terberkenan dengan 1 iklan di Mudah. "Apartment di Presint 11 untuk disewa". Yang advertise iklan tersebut bernama Effa. 

Saya berbincang dengan husband. Dan husband bersetuju walaupun kos sewa agak tinggi iaitu RM1200 sebulan. Saya terus call. Tapi tak berjawab. Saya try wasap pula. Puan Effa reply wasap saya dan sent pic rumah (bahagian dalam). Pic yang diberi kelihatan masih ada penyewa. Rumah ini sangat kecil dan rasa macam tak berbaloi dengan harga. Tapi saya fikirkan mungkin lokasi rumah ni yang membuatkannya mahal.

Selepas itu, saya meminta details untuk pembayaran serta salinan agreement untuk diteliti terlebih dahulu. Dari sini saya baru tahu yang Puan Effa ini bukanlah tuan rumah sebaliknya Ejen yang menguruskan rumah sewa. Saya pada awalnya tidak rasa sesuatu yang lain. Tapi sepanjang conversation, saya rasa macam ada keraguan dalam urusan kami ni. Saya terus google nama Ejen berkenaan. MasyaAllah, ada banyak kes dorang ni. Ramai penyewa yang dah kena. Saya terus cari lagi aduan-aduan penyewa dan terjumpa dengan seorang ni yang tengah fight untuk hak penyewa yang menyewa rumah beliau. Penyewa beliau tidak dikembalikan duit deposit oleh Ejen yang diupah oleh beliau. Saya terus inbox beliau di FB dan berbincang, Dia minta untuk saya elakkan menyewa dari Ejen ni. Tapi pada masa itu, saya dan suami sudah kesuntukan masa untuk mencari rumah sewa yang lain dan dengan harapan nak menyewa sekejap je dan cepat2 nak mohon kuarters. Alahai!

Bersambung....





Monday, June 9, 2014

Bekerja dengan Bakal Pengantin


Di kala ini, saya sedang melalui dua fasa hidup yang baru...Hidup sebagai seorang isteri yang mana belajar memenuhi keperluan suami...Dan juga hidup sebagai seorang wedding planner/ designer...

" Banyak yang perlu dirancang "

Bekerja dengan bakal pengantin ni memang banyak seronoknya...Hari-hari saya dipenuhi dengan berjumpa dengan orang yang cantik-cantik dan hensem-hensem...Opps ^___^

Pada saya, semua orang yang nak kawen ni, muka dorang sume berseri-seri...Lemah lembut dan baik

Hidup saya sekarang dah bertukar 360 darjah...Sangat penat sebenarnya...Siang bekerja di office...Malam menguruskan business....Walaupun business ni kecil, tapi ia menuntut ruang masa yang besar...Perlu sabar

Tapi dalam penat-penat tu, saya S U K A

sebabnya kita buat apa yang kita suka, buat sesuatu yang merupakan hobi kita...Jadinya Alhamdulillah...Thanks untuk husband jugak yang banyak membantu



*_____*







Friday, April 18, 2014

BAKAT oh BAKAT



 18 APRIL 2014 (JUMAAT)


Bila lah nak ada peluang ber entry banyak-banyak macam dolu-dolu....Kalau dulu urus diri sendiri je...Nak terbongkang macam mana pun ikut suka la kan....Skang ni dah jadi dua orang....Pastu nanti-nanti kalau diizinkan Allah akan jadi ketiga keempat kelima dan banyak lagi ^___6 Amin

Kalau diikutkan plan esok, husband cakap esok pagi-pagi pas subuh dah nak bertolak balik umah mertua di Kg. Kubang Gajah, Arau. Tup tup husband call pagi ni, dia cakap mau ka tak mau ka kena attend jugak BAKAT esok pagi. Hah macam mana tu. Bila pulak nak balik umah mertua.

Last month dah attend dah sekali BAKAT TUDM. Tu pun lepas nama dah naik kali ketiga warning untuk attend BAKAT huhu. Selalunya program depa ni hari kerja. So susah sikit nak join melainkan ada surat jemputan black and white, InsyaAllah saya attend. Ingatkan lambat lagi lah pulak next program. Nih sekali aktiviti tu esok. Alahai, saya ni bukan rajin sangat nak berpersatuan. Kalau boleh memang nak excuse. Mula-mula tu cakap kat husband boleh tak kalau tak mau join kali ni. Husband cakap kalau tak mau pi, kena prepare SURAT TUNJUK SEBAB beserta SURAT SOKONGAN. Aduhai, nasib badan la kan. 

Malasnya lah nak pi. Nak kena gi cari baju kurung biru lagi. 1st time attend ari tu, suka-suka hati belasah pakai baju kurung pink dengan tudung pink ^___^...Isteri-isteri tentera yang lain mesti dah lali kan dengan BAKAT-BAKAT ni...Kita yang baru ni yang rasa tak biasa lagi....Kalau boleh buat lah hari lain, hari cuti nak berehat-rehat sob sob sob +____+

 hari sabtu, hari untuk kita bergolek macam ni ha



ok lah...pergi lah esok...
Saya Yang Menurut Perintah :(





Sunday, August 18, 2013

Pemisah Ruang - Dekorasi



18 OGOS 2013 (AHAD)

Hari cuti minggu ni merupakan hari cuti yang sangat padat bagi saya...Hari Sabtu dan Ahad dah ada jadual aktiviti yang bermula dari pagi sampai ke malam...Tiba-tiba dah feeling macam retis kan hihi...

Semalam, dari pagi sampai ke petang ke Jakel, Gulatis dan Fareeda Sungai Petani....Alhamdulillah dah settle urusan pemilihan dan pembelian fabrik untuk my big day...Veil dan baju melayu Mr. A untuk majlis resepsi je belum settle...Sebab kaler net yang saya nak tu, habis...Pastu kaler baju Mr. A pulak dah sold out huhu...Part yang lain-lain untuk baju resepsi, bertandang saya, Mr. A dan family semuanya dah siap dibeli...  alhamdulillah

Malam pulak, makan beramai-ramai dengan family kat luar...Ni tradisi keluarga...Bukan selalu tapi jarang-jarang...Bangun pagi ni, rasa penat dan malas sebab semalam makan banyak sangat-sangat hahaha

Hari ni pulak ada aktiviti nak ke banyak tempat....Aiii dah lari topik ni hihi...Ok masa tengah shopping dengan kakak semalam, saya dengah makan makan kat restoran ni...Pastu kedudukan saya betol-betol mengadap cashier counter...Dan sebelah cashier tu, ada pemisah ruang ni...Saya terus terberkenan....Susah nak jumpa combination kayu dan besi macam ni...Sebab matching habis...Frame kayu, dan besi hitam...Selalu trend sekarang ni kan guna besi putih....Nanti dah ada rumah sendiri, nak deko macam ni lah...So ambik gambar, simpan dalam FOLDER RUMAH IDAMAN hihihi

Selamat berhujung minggu semua :)




Monday, August 12, 2013

Aktiviti Wajib Di Setiap Pagi Hari Raya



12 OGOS 2013 (ISNIN)
12.30 AM

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri semua :) 
Rasa macam dah lama tak berbelog ^_^ Tapi yang paling best, esok saya masih bercuti...Tu yang rasa heaven nya...Bagi yang dah mula kerja esok, selamat bekerja yea :)

Dalam entry ni just nak cerita aktiviti wajib family saya di setiap kali pagi hari raya...Menziarahi pusara arwah emak...Lokasi kubur ni dekat dengan rumah...Jalan kaki je dah sampai...Alhamdulillah raya kali ni 5 beradik dapat berkumpul serentak...Means pagi raya tu semua dapat gi kubur sekali lah :)

Perasan tak...saya pakai baju gi keja je hari raya kali ni...baju kat tailor tak sempat siap...redha aje lah...Nanti baju raya dah siap, kita pakai gi keja ye +_____+





Friday, July 12, 2013

Selamat Hari Bapa - we LOVE u ayah


12 JULAI 2013 (JUMAAT)
3 RAMADHAN 1434H

Sebelum tulis apa-apa kita senyum dulu...Blogger lain dah lama up cerita Hari Bapa ni....Saya pulak hari ni baru terasa nak bercerita....Dah lama pic kek ni tersimpan as a draft :)

Tak de apa nak cakap...Doakan semoga ayah sihat selalu...Sekarang ni ayah lonely kat rumah sebab adik yang bongsu pun dah further study...Tapi tak jauh mana pun...Hari-hari ayah boleh gi jenguk kalau nak...Tapi part yang paling sedih, ayah bukak posa sorang-sorang huhu...Jumaat sabtu ahad ni kami adik beradik balik...Tapi kan mesti ayah kalut macam tak cukup dapur hihihi...Ni la untung ayah yang pandai masak...Semua nak dimasaknya tambah-tambah di bulan puasa ^_^ Dan sebab tu jugak, kakak-kakak selalu balik tu terjah je (tak inform) sebab tak nak bagi ayah kalut masak macam-macam :D


Gambar 4 tahun yang lepas semasa bercuti di Cameron Highland

Ya Allah,
ampunilah dosa kami, kedua ibubapa kami,
muslimin dan muslimat di dunia dan di akhirat.
masukkanlah kami ke dalam syurgamu,
bantuilah kami memperbaiki akhlak diri ini,
tenangkan hati kami,
satukan hati kami ya rahim,
berikanlah kami kasih sayang,
berikan kami keikhlasan dan ketulusan.
jauhkan kami dari fitnah-fitnah
dan dekatkan kami dengan jalan yang kau redhai,
permudahkan perjalanan kami
semoga kami pemenang di akhirnya
dan
bantulah kami dikala kami kesusahan.
.amin ya Allah, amin ya Rahman, amin ya Rabbal al amin.
(Al-Fatihah untuk arwah mak)


Gambar tahun lepas semasa bercuti di Kelantan...Ayah bersama 4 orang cucu
 
Ayah dengan kesemua 5 orang anak dan 3 orang cucu...sorang cucu lagi tak de dalam gambar :)






 
Ni lah gambar yang paling mahal :) Saya dah cuci letak dalam frame tapi ayah tak bagi saya gantung...Ayah cakap malu lah....hihihi sebabnya ni jubah masa convocation saya :) tapi bila tengok, memang sesuai dengan ayah pakai :)




we LOVE u AYAH *___*








Thursday, July 4, 2013

Adobe Photoshop Advanced dan Sata


1 & 2 JULAI 2013 (ISNIN & SELASA)

Geram tengok photographer yang pandai edit-edit gambar...Kagum! Tetapi, mengenangkan saya ni seorang yang cerewet huhuhu, semangat tu tinggi la nak meng edit gambar sendiri...Tengok tang enggament photobook sudah la...Saya puas hati kalau saya buat sendiri..Sungguhpun hasilnya tak se kreatif dan se advanced photographer bertauliah...Tapi, cukup lah membuatkan saya ^_^....

Penangan bagi orang cerewet ni, semuanya kena buat sendiri...Jadinya saya merajinkan diri join kelas adobe photoshop anjuran jabatan...Yang basic dah join lama dah...Pastu balik langsung tak sentuh...So dah lupa...Kali ni join untuk Adobe Photoshop Advanced...Kursus kali ni lagi best :) Sebab cikgu nye best...Sporting tapi tang mengajar tu laju sikit :)

Yang macam pic kat atas tu...cikgu bagi tugasan sediakan cover buku bertemakan pelancongan....So main-main la dengan gambar...Cam mana... Ada talent tak? hihi




3 JULAI 2013 (RABU)

Semalam pulak, saya terlibat dengan program jabatan...Program 'Hari Peladang, Penternak, Nelayan dan Karnival Koperasi 2013'...Dalam program ni kebanyakan booth pameran jabatan-jabatan kerajaan macam ICU, FAMA, Jabatan Pertanian dll...Banyak jugak jualan...Pastu terjumpa SATA...Tak pernah makan....Selalu tengok kat blog kawan-kawan dan from google je...Pastu try la beli, 3 ketul RM2...

Makan...Rasa nye boleh tahan...Tapi member cakap, kalau dapat makan SATA Kemaman lagi sedap...Sebab rasanya memang umpppph!



Friday, June 21, 2013

Rezeki ::: Thanks Haida-Safera


21 JUN 2013 (JUMAAT)

First sekali nak cakap terima kasih banyak-banyak kat my new blogger friend Haida-Safera... Tak sangka nak dapat hadiah ^_^....Thanks a lot :) Pada kawan-kawan blogger yang lain, kalau nak kenal-kenal  dengan Haida-Safera boleh CLICK SINI


Thanks a lot *_____*






Tuesday, June 18, 2013

Work With Your Heart By Dr. Robiah K. Hamzah


18 JUN 2013 (SELASA)

Hari ni saya join satu seminar 'Work With Your Heart'

Seminar ni anjuran Jabatan dan disampaikan oleh Dr. Robiah K. Hamzah...Kalau perasan Dr. Robiah ni selalu masuk TV :) Ni merupakan kali kedua saya dengar ceramah dia...

Dari pandangan saya, Dr. Robiah ni seorang yang sangat berpengalaman dalam menyampaikan ceramah/ syarahan...Memang gelak je memanjang dari mula sampai habis haaa...Sporting 'pandai pancing mood penonton'...Memang mampu tarik or ubah hati-hati orang yang mendengarnya ni...Semua peserta terdiri daripada semua kaum dan agama...

Sangat best dan bertambah ilmu lagi hari ni :)
Dan yang penting 
'WE ALL HAVE THE SAME CREATOR'
&
'WORK WITH YOUR HEART'



Ni yang mahal ni haaaaa...with Dr. Robiah
Senyum sampai telinga ^_^
Jenuh tunggu turn :D


Friday, June 14, 2013

Ribut di Pulau Pinang


'Pulau Pinang 13 Jun - Dalam kejadian lewat petang itu, sebuah pemancar telekomunikasi setinggi hampir 20 meter yang terletak di atas Menara UMNO jatuh.'


Inilah bangunan nya...Pandangan ni diambil dari bilik saya paras 26 Bangunan KOMTAR...


"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." (Surah an-Nisa': 78)

“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak: 35)



::: Takziah kepada yang terlibat :::




Sunday, June 2, 2013

My Fluffy


kucing jantan ni...nasib lah kena pakai ribon pink kaler haha





Kalau biar lama sikit, nanti tidor le tu


Rindu kat my fluffy....Fluffy sangat manja dengan my family dari ayah sampai ke anak2 sedara...Fluffy ni suka kalau orang sedang buat keja/baca buku, dia akan gi menempek kat orang tu...Bukan setakat menempek je, dia akan terus tido kat situ jugak....

Fluffy ni senang sangat nak jaga dia....Tak perlu nak tambat/ letak dalam sangkar kalau di siang hari...Dia keluar dan pandai balik...Contoh kalau dia keluar pun, dia gi rumah jiran sebelah sebab ada awek/kucing betina kat rumah jiran tu hihi...Kadang-kadang dia bawah balik rumah jugak awek dia tu haha...Moden kan fluffy ni siap bawak awek balik rumah hoho

Kelemahan fluffy ni, walaupun badan dia besar, dia tak kan berani nak lawan kucing lain walaupun kucing tu kecik ya amat...kucing parsi ni feeling manja2 je tau...tapi kalau tikus dia pandai jugak acah-acah haha

Tapi kan, fluffy sekarang ni tinggal dengan 1 family dekat sungai petani...My family jual last year...Sebab tak da orang nak jaga dia...Adik sibuk dengan SPM time tu...Kesian kat fluffy tak terurus, ambil keputusan dan jual...sob sob sob

Skang ni, dalam planning nak beli sekor lagi...Tapi saya nak bela sendiri kat rumah sewa ni...Bela kucing parsi ni macam bela baby haaaaa...Sebab kena rajin...Hari isnin-jumaat macam biasa lah...Time weekend nak balik rumah family, kena angkut sekali lah...




Nak angkut bawak balik macam ni ke hah


haha...maybe? (imagine kucing tau haha)







p/s: nak kena beli travel carrier bag utk my next fluffy hiuuuuu

Monday, April 1, 2013

Senyum ^_^


Percayalah.....



Monday, March 4, 2013

Apabila anda menjadi seorang isteri kepada lelaki yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara

Saya cakap kat Mr. A....

Saya : Sedih la tengok ramai yang mati (Kes di Lahad Datu)...

Mr. A : Bila dah jadi angkatan tentera dll ni, mati setelah berjuang itu adalah 1 kerelaan dan mati juga boleh di mana-mana saja

Saya : Terdiam (Dalam hati.....tak sangka itu jawapannya...Mungkin semua yang bergelar tentera, polis dll pengaman negara ni mesti sangat-sangat kuat semangatnya :(




Berjuang Demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA!

Proud 2B Malaysian!

Wednesday, February 20, 2013

Cucur Udang Cheese - Atkins Diet

20 FEBRUARI 2013 (RABU)

Hari ni merupakan hari ketiga beratkins...Bangun awal pagi goreng telur :)...Sebab malu la nak brkfst kat kedai semata-mata nak makan telur mata 2 biji...Cashier pun senyum-senyum je time nak bayar huhuhu...Pagi ni buat telur dadar cheese dan telur mata untuk breakfast...Tengahari rasa macam nak makan tomyam hotdog+telur+sawi :) Tengok dulu macam mana nanti :)

Kat bawah ni menu untuk dinner semalam...Cucur udang cheese...Resepi ni otai atkins yang bagi....Tapi masa nak beli cheese tu...Make sure ambil cheese yang paling rendah karbohidrat tau...Senang dan cepat nak buat...Ni saya terblender lebih...Kalau boleh jangan blender sampai cair sangat...


Cucur Udang Cheese
Resepi:
8 ekor udang (saiz besar)
2 keping cheese
2 biji telur

Cara-caranya:
1. Blender kesemuanya
2. Bila dan sebati. Boleh lah digoreng
3. Cedok guna sudu untuk masukkan di dalam kuali
4. Sedia untuk dimakan panas-panas


p/s: Kalau yang tak mengamalkan Atkins Diet, boleh la cicah dengan sos...

Tuesday, January 29, 2013

FAREEDA oh Fareedah

Alahai......FAREEDA oh Fareedah

Memang hebat penangan Tudung FAREEDA ni....ingat lagi dulu saya ni la penentang tegar bila my sis pakai tudung FAREEDA ni....saya cakap pakai tudung mahal la....tudung kanak-kanak ribena la sebab colourful kan....pakai tudung pasar malam lagi best la....macam-macam lagi la....tapi skang ni tak pasal-pasal dengan saya saya pun dah berjangkit...

Apa yang saya boleh cakap....tudung FAREEDA ni memang mahal tapi berbaloi-baloi....Dari segi keselesaan, matching warna, kualiti dll...Sebab tu pengikut-pengikut FAREEDA ni sanggup tunggu tido di kaki lima kedai semata-mata nak beli tudung FAREEDA kan...Tapi saya dengan my sis tak la se tegar tu....Habis-habis pun sanggup kuar awal dalam kol 9.00 pagi untuk datang ambil nombor giliran...Kedai open kol 11.00 pagi....Nasib baik FAREEDA Permatang Pauh ni dekat dengan rumah....Tak la rasa bias sangat kan...


Pelanggan yang perempuan ramai...Yang lelaki pun ramai....Maybe nak tolong/support wife dorang untuk beli...Sebab FAREEDA ni menghadkan pembelian...Means permintaan melebihi penawaran...Sorang pelanggan boleh beli 2 tudung je...Jadinya yang mana bawak husband tu boleh la dapat 4 tudung...Husband pegang 2 tudung, wife pegang 2 tudung...Sporting nye husband-husband depa ni kan....Kita yang tak der husband lagi ni...sabar je la :))))



1 lagi....melalui sistem pembelian bernombor ni....untuk satu sesi, 15 pelanggan akan dibiarkan masuk serentak bagi membuat 1 pembelian...masalahnya di sini, pelanggan perlu membuat pembelian dalam masa 10 minit SAHAJA...Dasyat oh! Means korang kena cepat-cepat pilih dan cepat-cepat buat decision dan cepat-cepat bayar....huh penangan FAREEDA ken! Rasanya pihak FAREEDA buat semua ni maybe sebab nak jimat masa dan nak bagi line beratur tu cepat bergerak...So siapa-siapa yang fussy buyer tu tak digalakkan la...or yang fussy tu boleh tak jadi fussy sebab penangan tudung FAREEDA ken :)


Ni la hasil rembatan...2 helai tudung cap FAREEDA *_____*



Friday, January 25, 2013

Perarakan Maulidur Rasul 1434H Negeri Pulau Pinang

24 Januari 2013
11 Rabiulawwal 1434H

Kali terakhir masuk perarakan ni masa kat UUM dulu...Masuk mewakili Kolej Kediaman Pelajar...Tu pun time Sem 1 junior lagi kan...Pastu pencen dah....Ni masuk as a government staff....Memang rasa lain....Dah lama tak berkawad/jalan-jalan ni....Peserta lelaki dapat 1 suit baju Melayu lengkap...Yang perempuan pulak dapat baju kurung dengan tudung...Majoriti semua jabatan pakai sedondon... Kesemua yang masuk perarakan ni ada 60 jabatan...Memang best!



Masa ni belum start perarakan....Masih menunggu....Jabatan saya ni kontigen kedua yang akan berarak selepas VVIP berarak....Cepat berarak cepat sampai kan :) Berjalan lebih kurang dalam 2.5km...Tapi tak terasa pun jauh....Rasa dekat ja



Me & my ofismate


Serius terasa macam mokcik-mokcik dalam pic ni ken



selawat nabi yang dibekalkan setiap orang.....ada typo error kat Negeri

Petanda Menunjukkan Dia Adalah Jodoh Kita



Gunakan seluruh pancaindera, Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”
 
 
Sumber: Lovely

Monday, January 21, 2013

Tom Yam Pedas or Sup Ayam! Which one?

Yong Tau Fu 'Tom Yam Pedas'


Yong Tau Fu 'Sup Ayam'



Kalau makanan, hari ni makan tom yam pedas
esok boleh makan sup ayam

Kalau berkenan baju,
pegang 1 cantik, pegang 2 pun cantik
boleh beli kedua-dua nya

Kalau berkenan kereta
Kereta ni cantik tapi mahal
Kereta ni biasa-biasa je tapi under budget
Boleh ambil yang patut-patut dulu
Tua-tua nanti beli la keta mahal

Kalau manusia,
bagaimana harus memilih
yang pastinya.....tetap hanya 1 yang perlu dipilih