Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Friday, October 11, 2013

Shopping dan Berkursus di Pulau Langkawi


10 OKTOBER 2013 (KHAMIS)
9:36 MALAM

Assalamualaikum...Beri salam sambil hembus nafas legaaaa.....Rindunya nak blogwalking...Tapi kalau ikutkan keadaan sekarang ni memang tak sempat sob sob sob :(... Banyak benda nak story sebenarnya...Tapi tengok la nak post entry pun tak sempat, ini kan nak blogwalking....Ampun ya kawan-kawan tak sempat nak komen kat blog korang macam selalu :(

1st sekali, tuan tanah nak enterframe besar-besar dulu kat blog wawa syaida ni (sila lihat pic atas ^__^)... Kali ni nak cerita pasal program bermula dari 17-19 Oktober 2013...Bertempat di Hotel Seaview Langkawi... Program ni lebih kepada shopping...ops! silap-silap....Lebih kepada berkursus tentang Blue Ocean Strategi (BOS)...Konsep BOS ni rasanya banyak dipraktikkan di jabatan-jabatan kerajaan dan firma swasta...Sebab memang bagus sangat kaedah dan hasilnya untuk dipraktikkan...



Konsep BOS ni jugak banyak mengambil contoh teknik atau strategi perniagaan firma-firma swasta untuk diterapkan di dalam cara penyampaian dan pengurusan jabatan-jabatan kerajaan dalam usaha mencapai taraf negara antarabangsa...

tak nak cakap dah pasal kursus BOS ni...rasa penuh kepala ;)
kita cakap pasal lain pulak



dah nama pun perempuan kan...memang tak sah kalau jumpa cermin...
ni tempat penginapan sepanjang berkursus...Hotel Seaview Langkawi
Sesuai bagi yang gemar shopping, 10 minit dari hotel ke Kompleks Ismail Group (Kompleks baru)
Pandangan saya sebagai seorang pelanggan, servis not bad...Bersih dan selesa
RM165 per room ye untuk week days



Kalau nak bawak family pun sesuai 
Air laju...TV pun siaran clear je



Permandangan dari balkoni bilik....Cantik kan view ni
Dari bilik saya ni, boleh nampak Tasik Dayang Bunting...Tapi bukan nampak tasik tau...Nampak bukit tu...Tasik tu kat tengah-tengah pulau...Kalau nak ke tasik tu, kena pergi dengan bot



Pastu, ni program utamanya...tak lain dan tak bukan mesti la shopping
Syurga coklat dan syurga barang-barang dapur...Bebas cukai
Mangkuk pinggan alahai memang tersangat lah murah...Memang rambang mata lah




Tadaaa inilah hasilnya
^____^
Ubat untuk orang diet ni ;)



Menu sepanjang program....
Dari Penang ke Jeti Kuala Perlis
Jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah



Sebelum mengundur diri, tuan tanah enterframe sekali lagi
Terima kasih yang sudi membaca cerita-cerita saya di blog kecil saya ni....InsyaAllah akan jengah entry korang semula...

Selamat hari Jumaat dan Selamat Hari Raya Aidil Adha







Friday, February 1, 2013

View From My Room - Paras 20++

1 FEBRUARI 2013 (JUMAAT)

Bestnya esok cuti :))))...Hari ni 1st time saya pakai tudung printed FAREEDA ke ofis...Selalu pakai tudung yang plain je...Gebu tak? haha....Bukan muka je gebu...Habis semua dengan baju tudung dinding tingkap semua dah jadi flawless....Ni penangan camera 360 la...

Memang naya la kan kalau yang bercinta based falling in love melalui gambar yang di edit...Gambar-gambar skang ni kebanyakan nya menipu sebab ramai dah pandai edit kan...Edit besar kan mata, mancungkan hidung, runcingkan dagu dll la...Tapi saya tak la edit meng edit tu....just guna camera 360 je -----> Pastu ambil magic skin...Pastu tadaaaa terus jadi magic skin haaaaa haaaa...

ok...nampak tak tingkap kat belakang saya tu....ok dari tingkap tu boleh nampak permandangan kat bawah ni....penuh dengan bangunan-bangunan....dari sini jugak boleh nampak laut dan Jambatan Pulau Pinang...Permandangan ni dari Paras 20++ Bangunan KOMTAR....sekali sekala tengok ok la...Kalau hari-hari tengok mau pening kepala :)

Kalau ada demonstrasi kat jalan bawah tu...Boleh nampak melalui sini...

Boleh nampak laut yang tiada ber penghujung.....Kadang-kadang sekali tengok macam bukan kat Malaysia :) Macam kat mana tu?


Thursday, January 31, 2013

Nasik Kerabu lagi dan lagi

27 JANUARI 2013 (AHAD)

Makan nasik kerabu di Arau dengan my bff...Restoran ini di belakang CMart Arau....Nasik kerabu dia boleh tahan la tapi tak berapa kaw hoho....Nasib baik la pasar malam dekat rumah ni jual nasik kerabu yang marvellous...So tak ralat la kalau makan kat tempat lain tak kaw kan...Rasa macam nak kena belajar la buat nasik kerabu ni beserta aksesori-aksesorinya...

Macam biasa...bila jumpa dengan BFF ni banyak benda yang dibincangkan....Ceh! bincang ke? Melalut je kot banyak....Cerita pasal family dia maklum la kan orang dah ada suami...Anak pun dah nak masuk dua.....i jugak yang bujang trang tang tang :)


Pastu hari selasa 29 Januari 2013 attend seminar dekat Bayview....Yang bagi talk ni mat saleh Mr. Brian Marson...Beliau ni merupakan co-founder & senior fellow Citizen Centred Service, Canada...Seminar ni tentang apa? Tentang 'One Stop Service Centre' khusus untuk penjawat awam...Ramai jugak yang join terdiri daripada kakitangan negeri dan persekutuan....Banyak ilmu yang dapat tapi disebabkan lupa nak bawak my spectacles...tak dapat la nak tengok slide kat depan :)