Showing posts with label Atkins Diet. Show all posts
Showing posts with label Atkins Diet. Show all posts

Wednesday, December 7, 2016

ATKIN DIET - DAY 3

Mr. Google


7 DISEMBER 2016 (RABU)
11.30 PAGI

Masih beratkin diet. Pagi ni makan telur jugak. Tapi ada dugaan hebat pagi ni. Sebab kawan ofis bagi kek pisang kukus yang gebu gebas macam dalam pic kat atas tu.

Rasa macam nak makan, tapi fikir punya fikir, saya ambil bau je.
Wangi dan sedap!

Tak pe, nanti kita makan bila dah sampai 1st target.

Semalam, saya makan sate. Real atkin tak boleh makan ye.







Tuesday, December 6, 2016

ATKIN DIET - DAY 2


6 DISEMBER 2016 (SELASA)
7.50 PAGI


;;; Semoga terus istiqamah ;;;;

Tengahari semalam saya makan ayam 'nasi ayam. Makan ayam sahaja.

Lepas tu saya sulam jugak makan nugget. (Tak boleh makan ye dalam atkin)

Tapi time saya atkin sebelum ni pun memang saya proceed je nugget, hotdog dan daging burger. Tapi kena tau kira karbo ye. Macam daging burger, boleh ayam dan brand Ramly je yang sesuai dan mudah nak dicari.

Semoga cepat selim melim +_______+




Monday, December 5, 2016

ATKIN DIET - DAY 1


5 DISEMBER 2016 (ISNIN)
7.45 PAGI
OFFICE

Hari ni rasa sangat motivated untuk perbaiki diri apa yang patut. Ditambah pula dengan pengorbanan encik suami yang sanggup keluar di malam hari untuk tapau tomyam isterinya nak makan (ngada-ngada). Sebabnya lately mengidam macam-macam sebelum nak re-induction diet atkin haha. Bukan mengandung okeh!

Inilah masanya untuk buktikan kita boleh mengecil kembali ke bentuk asal +_____+
Ditambah lagi baju bersusun je nak dipakai 'nanti'.
Jadinya, kena kuat semangat untuk 2 weeks ini.

Saya nak cuba untuk clean diet sepanjang 14 hari ini. Masih teringat betapa muaknya dengan telur masa saya diet atkin dulu. Tengok telur pun nak muntah, Tapi sekarang ni kita start semula ye. Chaiyok-chaiyok!!!









Wednesday, May 25, 2016

Hidup Lebih 'Sehat'


25 MEI 2016 (RABU)
5.00 PM

Sekarang ni saya sedang berusaha menurunkan berat badan. Rasa macam tak sabar nak pakai baju-baju lama. Baju-baju kerja before mengandung. 

Selain tu, husband pun dah bagi hint-hint nak bagi tau kata saya dah gemuk. Bila berat mencecah 70 kg, saya rasa macam saya ni dah tersangat berat. Dan ada macam-macam rasa lagi yang tak mampu nak describe. Maybe sebab adik beradik semua kecik-kecik. Dan suami saya pun bertubuh kecik.



Tiap-tiap pagi saya mesti timbang berat dan buat catatan di kanan blog kecik saya ni. Lain orang lain cara kan. Macam saya, cara ni mampu memotivatekan saya untuk terus berusaha menurunkan berat badan. Harap-harap usaha saya ni dapat membuahkan hasil dan InsyaAllah saya boleh berasa lebih sihat. 



Thursday, May 30, 2013

30 MEI 2013

Pagi

Hari ni dah start skip nasik dalam hidup....Sebab dah nak start re-induction untuk kali ketiga...Sekarang ni semua entry pasal makanan lah sebabnya bila dah start re-induction nanti, tak der dah nak post entry makan-makan ni...sedih kan :(

My feveret koeyteow dengan nugget 3 pcs...Selalu makan dengan telur...Tapi disebabkan time re-induction nanti, nak hadap telur pun sampai dah rasa nak muntah...so buat masa sekarang ni, kita kena menghargai makanan yang diharamkan makan time re-induction nanti....

Bagi pengamal diet atkins, penggunaan istilah 'makanan haram / dosa besar' adalah sesuatu yang biasa...tapi bagi yang tak tau pasal istilah ni jangan confuse tau :D

'Makanan Haram' bagi pengamal diet atkins adalah;
Nasi
Tepung
Gula
Sos

+__________+



Tengahari

Makan Tomyam Noodles....Pedas dan panas...Bila makan, terusss rasa macam bibir membengkak....dan terus order air 2 gelas :D

makanlah secara sihat :D

bagi pengamal diet atkins dan bagi yang baru nak mencuba....try la...tak susah cuma kena kuat semangat je....saat yang paling membahagiakan, apabila bangun pagi dan timbang berat :D
time tu mesti senyum lebar sorang-sorang

*_______*



Thursday, March 21, 2013

Cinta Sambal Belacan


hahaha...amek kau cinta sambal belacan...tak de dah ayu-ayu macam vanilla coklat kan....bagi belacan terus hihi :) entry hari ni kena happy happy...sebab nye keja bertimbun-timbun semenjak bos besar bertukar ke Putrajaya...untuk mengurangkan stress time balik keja....so beli la banyak-banyak novel ni :)...memang sengaja amik cinta sambal belacan sebab dengan harapan nak gelak-gelak baca novel ni...tak mo nangis-nangis sendu-sendu....tapi belum start baca lagi pun...sebab balik umah terus letih terbungkang depan tv :)



breakfast pagi ni...serius cakap dah tak de nafsu tengok telor..tapi apakan daya makan je la huhu
2 biji telur - 0 gram karbo
Hotdog ayam Brand Ramly - 3.2 gram karbo for 2 pcs


Pastu kan...ada BOOK SALE kat Penang Time Square dari 22-31 Mac 2013, 9.00pagi sampai 9.00 malam...so tunggu apa lagi...jom rama-ramai gi shopping buku...harap-harap ada buku yang kena dengan jiwa :)


tata :)



Wednesday, March 20, 2013

Berat Dulu dan Berat Sekarang



Kena motivate diri! Sebab tu letak pic zaman dolu-dolu...Lebih kurang dalam 2 tahun lepas gambar ni...Kat rumah kenduri ni...

Time ni lemak pun susah nak dapat...Dan time ni jugak hanya saiz XS yang mampu dipakai...Muka memang dah bolat even time selim melim pun...

So apa lagi...chaiyok chaiyok..Go! Go! Atkins! 

Wednesday, March 13, 2013

Pantai Seagate lagi - Makan Besar!



11 March 2013 (Isnin)

Pantai Seagate lagi dan lagi  :) Ni kali ke tiga kuar makan dengan Mr. A di Pantai Seagate...Kuar pas balik keja...Balik rumah dulu...Mandi mandi pastu siap....Mr. A datang jemput dalam kol 6.30 ptg...Skang ni tiap kali kuar mesti pakai dress Pop Look...Sebab Mr. A cakap 'awa nampak sopan kalau pakai dress ni :)' huahuahua nak gelak guling2 ni :) puji ada makna tu kennn.... saya tau la saya gumuk kan...sedar diri...Kalau pakai jeans mesti sendat dan penuh kan huhuhuhu :(



Kali ni pakai 'Thelma Maxi Dress Pop Look'...Saya ada alter sikit sebab dress ni labuh...Potong dalam 2 inci kat hujung...Pastu pintal dengan belt sikit kat pinggang...Terus dah boleh pakai dengan jayanya *___*



ni Mr. A saya! opps :)



ok...makan apa?



makan nasik dengan lauk-lauk ni...ambik set untuk 2 orang makan...murah je dalam RM39.90 tak termasuk air.... saya kalau ke Pantai Seagate ni...suka makan kat kedai 1st sekali dari kanan...sebab depa masak suma pedas pedas....memang best! lupa nak cakap....Kat Pantai Seagate ni ada banyak kedai makan...Korang boleh pilih nak makan yang mana :) Kat sini jugak dekat dengan surau...so senang la kan...surau luas dan boleh tahan bersihnya...1 lagi, kalau kat sini, korang makan menghadap pantai...so memang lah terasa cintan cintun nya...ni bagi yang tengah bercinta lah....ohhh!! kawan-kawan ku yang dah kawen jangan marah i ok :)))



okes....perut dah kenyang...boleh balik....ni full pic maxi dress thelma....Tapi sayang nya pic quality very low...sangat best pakai....ada getah jerut kat pinggang...Saya cover dengan belt...



pastu kan....jeng jeng jeng.....dapat presents ni....Mr. A bagi...terima kasih..... :))))))))


Monday, February 25, 2013

Kiralah BMI

Kiralah BMI masing-masing....

Skang ni BMI saya 24...so still ideal...Tapi macam atas pagar je sebab kalau  mencecah 25 dah jadi overweight....Skang ni, kena teruskan ATKINS sampai dapat berat yang saya nak huhuhuhu...Hari ni hari ke 8 beratkins...Nanti kalau dapat berat yang diidamkan, makanan pertama yang saya teringin sangat nak makan ------> PIZZA HUT....mak aiiii sedapnyeee...sabar sabar :( :(

Kalau nak kira BMI...click SINI


Nadine Dress Pop Look - No. 6 dah pecah :)

25 FEBRUARI 2013

Salam semua :) Hati berbunga lagi...Sebab No. 6 dah pecah....Berat skang ni timbang pada 23 Februari 2013 : 59 KG...YIEHAAA!!!

ok...ada banyak lagi nak kena turun berat ni....ok pic kat atas ni saya pakai nadine maxi dress POPLOOK sama dengan pic model kat bawah....masuk ni dah ada 4 nadine dress....memang selesa dan senang...tak perlu iron....terus pakai je dan siap untuk pergi berjalan-jalan....kalau nak stylo lagi pakai belt...time ni saya bukak  belt sebab nak makan banyak2 kan :)

Wednesday, February 20, 2013

Apa itu Atkins Diet?




" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak"


Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

 Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance


Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)


Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.


Sumber: Bicikut





Tuesday, February 19, 2013

Hati Berbunga


19 FEBRUARI 2013 (SELASA)

Hari ni ada perjumpaan khas dengan Ketua Setiausaha Negara di USM...Hari ni jugak merupakan hari kedua ber Atkins...Alhamdulillah masih kuat menepis dugaan makanan yang sedap-sedap...Ahad tu timbang berat 64Kg...Tadi saja la gi timbang berat...Pastu kan berbunga-bunga hati ni :))))))

Result: 61.6Kg
Cepat lah pecah no. 6 tu...Nak no. 5 pulak huhu
Mudah-mudahan :)
Dah balik keje nanti, nak main skipping lama2 :)
(Diet + Bersenam)

Monday, February 18, 2013

Semangat Berkobar-kobar

lunch time untuk hari ni
-Oldtown-

Tadi jalan-jalan terjumpa 1 blog ni yang mention menu diet atkins + jumlah karbo
seronok tengok pic owner blog ni yang dah berjaya dapat berat impian :)

Teruja tengok pic before & after
(tengok sebelah kanan, scroll bawah2 sikit)

Kalau nak tengok, sila click link di bawah

Thursday, January 17, 2013

'Cabaran 5 hari' - Kebaikan bermain skipping


'Cabaran 5 hari' starting from today....Semalam skipping rope yang saya order online tu dah sampai...Semangat tau nak skipping....Skipping rope yang guna sebelum ni patah kat pemegang tu...Tak tau la kenapa? ganas sangat kot :D....ada baca dari blog lain, blogger tu pemain netball kalau tak silap....dia ada mention pasal skipping ni....coach dia cakap, bermain skipping juga dapat menurunkan berat badan kalau kita amalkan sebagai amalan....means kena istiqamah la....mula dari 10x lompat, 20x lompat dll...sampai boleh dapat 100x lompat sehari dah kira ok....tapi jangan la menyeksa diri....ikut kemampuan +____+ Lepas dah skipping tadi, kita kena minum air banyak-banyak (air kosong/air mineral) sebab kita dah loss water thru our sweat kan....

Ingat tak masa kecik-kecik kita suka main permainan ni dengan kawan-kawan....Dalam permainan tu kita kena lompat lompat dan lompat...syaratnya lompat tak boleh kena tali tu.....siap ada lagu lagi kan :)

Rumah terbakar panggil bomba,
Bomba datang berlumba-lumba,
Anak kambing patah kaki,
Anak kambing pandai menari.


Kebaikan bersenam dengan bermain skipping
1. Lompat 10 minit = berjalan selama 8 minit.
2. Lompat selama 1 jam = membakar 1000 kalori
3. Kuatkan hati, jantung & dapat turunkan kolestrol
4. Mengawal tekanan darah & mengurangkan risiko sakit jantung
5. Untuk mengatur pernafasan
6. Menurunkan berat badan dengan cepat
7. Melatih otot kaki, dada, tangan dan bahu

Diet hancus sebab puas melantak kat genting hihihi....re-induction again huhuhu

Semalam dah makan siap-siap apa yang teringin....sebab harap-harap la kan time diet tu tak der la teringat menda-menda alah yang sedap-sedap ni......(no rice, no sugar, no flour, no sauce)




Thursday, January 10, 2013

Nasi Kerabu - Pasar Malam Desa Murni

10 Januari 2012

Teringin nak makan nasik kerabu....Walau bukan orang pantai timur, saya ni peminat tegar nasik kerabu....1st makan time study dulu  beli di Pasar Lambak, Tanjung Malim...1st trial tu saya makan dengan daging salai...1st time makan tu tak boleh accept...Makan sikit je....Pastu 2nd time makan, terus addict sampai skang ni... Kat Penang ni, saya paling suka nasik kerabu yang jual kat Pasar Malam Desa Murni... Owner gerai ni 2-2 orang lelaki, anak dan bapak....Memang ramai sangat nak membeli...Saya suka yang pakcik ni jual sebab memang rasanya ory macam saya makan kat Tanjong Malim dulu....Kalau beli kat tempat dan kedai lain...boleh laaa makan...tapi rasa nya so so je la....Saya adik beradik semua suka makan nasik kerabu....Adik-adik yang bawah tu mengikut je sebab kakak-kakak yang atas yang bawak pengaruh kan....Adeh! Pasar Malam tu hari ni tau...setiap hari Khamis....dekat dengan Taman Perumahan Desa Murni, Sungai Dua....tapi den boleh sabar lagi...Cabaran 5 hari kan...tengok gambar je la.....huhuhu



saya kalau makan nasik kerabu, mesti kena ada solok lada....kalau tak ada...macam tak cukup ummppphhh
solok lada ni saya sorang je boleh accept, kakak2 dan adik2 tak suka.....sedappppnyeeeee :(




p/s: tiba-tiba rasa macam buat karangan budak darjah 6 pulak...Makanan Kegemaran Saya hihi :)

Diet ATKINS - Saya dah start! :)

10 JANUARI 2013

Semua orang mesti nak selim melim kan.... Pernah merasa selim dan baru 1st time merasa montel hihi... Sebelum ni risau takut kurus sangat...Bila Allah dah kurniakan 'isi lebih', takut gumok pulak kan...Berat sebelum ni 45kg 47kg ------habis-habis berat pun 51kg lah....Memang susah nak naik even makan non stop...

Pastu berat tiba-tiba naik mencanak bila saya makan satu produk Vxx...Tujuan makan produk tu untuk mencantikkan kulit...Maybe lepas makan produk tu, tak sesuai dengan hormon kot... Tiba-tiba berat saya naik dari hari ke hari... Member-member yang memang dah lama kenal saya....Diorang terkejut tengok saya...Diorang cakap macam tak percaya saya boleh naik badan camtu...Tailor saya yang dok buat baju saya dari time kurus sekeping tu pun cakap banyak alignment lari ni heee...

1st time saya timbang berat saya 58kg...okes...relax lagi...tapi bila saya timbang 60++ mula la tak sedap hati....hampir-hampir membeli PB...pastu saya dikenalkan oleh my fren dari USM pasal ATKINS DIET... Baca dari FB dan blog orang-orang yang amalkan diet ni...Saya pun tertarik nak cuba...Pada peringkat inductions ni, saya rasa memang berkesan...Tak perlu kos cuma perlu disiplinkan diri :) Tapi saya tak la sedisplin mana.... Banyak kali kantoi maaa!... Motivation banyak turun naik... tak stabil ~ :) Tapi kan dalam kantoi kantoi tu pun....Alhamdulillah berat saya turun 3kg dalam 'Cabaran 7 Hari'! yiehaaaaa!!!! :)

boleh baca dari otai-otai yang dah berjaya turun berat badan dengan amalkan ATKINS DIET ni;
http://bicikut.blogspot.com/
http://sususejat.com/
http://rahsiaaku-myoliza.blogspot.com/



HARI PERTAMA SEHINGGA HARI KETUJUH


3 JANUARI 2013
Pagi
Telur 2 biji
Hotdog rebus 2 biji
Daging burger 1 biji

Tengahari
Telur 2 biji

Petang/Malam
Telur 2 biji
Hotdog 2 biji
Mayonis 1 camca



4 JANUARI 2013
Pagi
Telur 2 biji
Hotdog 1 biji
Sebab ada potluck dekat ofis so plus plus makan lagi
Timun 4 slice
Ayam goreng 1 ketul
Ikan bilis goreng

potluck kan :(....ni yang member punya...ambik bau je huk huk

Tengahari
Hotdog 1 biji
Daging Burger (Ayam) 1/2 biji

Petang/Malam
Daging burger 1 biji



5 JANUARI 2013
Pagi
Hotdog 2 biji
Daging Burger (Ayam) 1 biji

Petang
Hotdog Sweet Sour 1 biji
Telur
Petai udang huhu
Nasik (xtahan sebab nak makan petai)

tak tahan dengan sambal petai tu huuuu

Malam
Roti (belasah)



6 JANUARI 2013  (menu tak sihat)
Pagi
Minum air je (x lapar)

Petang
Mihun PAMA (belasah)
Telur half cook 2 biji (x lalu = muntah)

Malam
Minum air je (x lapar)



7 JANUARI 2013
Pagi
Mihun goreng - kuantiti sikit sangat
Telur goreng 1 biji

Petang
Ayam Goreng
Udang saiz sederhana
Hotdog
Kangkung masak air

Malam
Koeyteow half
Telur mata half


8 JANUARI 2013
Pagi
Koeyteow half
Telur mata 1 biji

Petang
Minum air

Malam
Ayam 2 ketul
Coleslaw


9 JANUARI 2013
Pagi
Koeyteow half
Telur mata 1 biji

Petang
Minum air
Goreng Pisang 3 keping - kantoi :)
Cucur Ubi 1 keping - kantoi :)

Malam
Chicken Wing Domino's
Chicken Crunhy Domino's
Fast Food okeh - kantoi lagi :)


10 JANUARI 2013
Puasa

Berbuka (Tonight) 
Sup Ayam
Kek batik - memang kantoi terus yang ni :)


Berat Asal: 61 Kg                                                       
Berat Baru: 58 Kg :)
Next! 'Cabaran 5 Hari'

APA YANG KORANG MESTI ELAKKAN SEMASA PROSES INDUCTION
Nasi
Mee
Pasta
Roti
Biskut
Gandum/Oat/Nestum
Sayuran Berubi
Kafein (Kopi/Teh)
Minuman Ringan
Minuman Diet (Sodium)
Buah-buahan
Susu
Sos
Gula-gula (Manisan)
Gula

MESTI ELAK
Nasi
Tepung
Gula
Buah
Sos

SEMAK JUMLAH KARBOHIDRAT
(20 GRAM CARB JE SEHARI)

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
6.) Hotdog - 1-2 biji (3 gram Carb per 100gram)