Friday, July 26, 2013

Kangkung dan Risikonya

Saya peminat kangkung, tapi saya makan daunnye saja...batang saya tak suka

26 JULAI 2013 (Jumaat)
17 Ramadhan 1434H (Hari Nuzul Al-Quran)


Antara kailan dan kangkung...Saya lebih suka kangkung...Tapi kangkung ni banyak risikonya kan...Dah macam-macam kes saya dengar sakit yang berpunca daripada makan kangkung...Semuanya ngeri...Kadang-kadang rasa macam tak mau makan kangkung dah....Tapi kan, kalau perasan kes-kes yang berlaku ni semua berdasarkan sayur kangkung yang dibeli dari kedai makan...Maksudnya di sini, teknik pembersihan sayur tu lah punca utamanya....Kes terkini, pasal lintah kan...Rasanya ramai dah dengar...

Sebelum ni pun saya dah dengar satu cerita...Agak ngeri jugak ceritanya...Time tu saya attend kursus induksi...Lebih kurang dalam 3 tahun lepas...Time kursus induksi tu semua peserta kena share pengalaman masing-masing...Sampai lah ada peserta ni cerita pasal makanan kegemaran dia...Saya panggil dia Kak Mas...Kak Mas ni cakap makanan feveret dia sayur kangkung...Satu hari dia pergi beli makanan kat kedai macam biasa...Dia ambil sayur kangkung. Time dia ambil tu, dia perasan sayur kangkung tu berketul dan agak besar jugak...Tapi endahkan je lah..Sebab kan normal lah sayur kangkung yang berketul-ketul tu...Dia tapau dan balik makan di ofis..Tengah sedap-sedap makan tu, dia kuis sikit-sikit kangkung tu...Tiba-tiba dia nampak kaki lipan...Terus dia rasa nak muntah...Sebab bila dibukak-bukak ketulan kangkung tu ada seekor lipan yang boleh tahan besarnya....Effect nya, mulut dia membengkak hampir seminggu...Maybe terkena bisa lipan tu kot...Masa Kak Mas cerita tu, rasa geli tekak sangat...


Latest, isu lintah ni kan...Ni saya copy dari FB...

Suatu hari, di klinik yg terkenal di Malaysia, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dbawa ke klinik oleh ibu bapanya setelah 2 hari mnderita sakit perut..Sudah bermacam ubat sakit perut yg dberikan kepada anak itu, namun demam tak smebuh.

Lepastu, ibu bapa anak tersebut di tanya oleh Doktor "makanan apa yg budak tu makan oleh anak tersebut selama 2 hari ini? " Ibu bapa budak anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya demam, anak tersebut tak nak makan, dia hanya minum susu putih, itu pun muntah.

Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita cirit birit, malam tersebut anak itu makan Kangkung Tumis di restoran brsama ibu bapanya. Doktor segera melakukan X-RAY, ternyata dlm usus anak tu telah berkembang biak lintah dgn anaknya yg kecil2.

Doktor menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan pembedahan apapun. Akhirnya anak kecil malang itu pun meninggal dunia.

Setelah diperiksa berulang kali, ternyata lintah itu sebelmnya berada didalam batang kangkung yg besar. Memang, utk penggemar kangkung tumis yg paling enak ialah batangnya.

Lintah yg brada di dalam batang kangkung itu tidk akan mati walau dimasak selama 20 minit, apalagi untuk kangkung tumis proses memasak tidak terlalu lama agar menghasilkan rasa kangkung yg sedap. Lintah hanya akan mati jika di bakar.

Didlm usus budak kecil tadi, lintah hanya perlu masa1 - 2 hari untuk brkembang biak. Jika ada kluarga/rakan2 yg mengalami hal tsb, lakukan tindakan drngan memberi minum air rendaman tembakau(bisa diambil dari rokok kretek) biasanya lintah akan kluar dan dlm keadaan mati. Sebarkan kepada rakan, sahabat, keluarga, atau siapapun yg anda kenal ..





16 comments:

  1. salam nuzul al-quran
    salam jumaat
    singgah pagi

    ReplyDelete
  2. ish ngerik lak akak bace...akak pun peminat kangkung...kalo masak sndiri mmg akak gigih belah batang kangkung tu...

    ReplyDelete
  3. Menakutkan. Akak pula jenis tak suka makan kangkung sesekali oklah. Sebab tu dalam islam pun diutamakan kebersihan, kalau kita basyh bersih-bersih dan berhati, insyaallah benda2 macam ni dpt dielakkan walaupun tidak 100% tapi chances utk tidak kena tu tinggi.

    ReplyDelete
  4. Alahai wawa ngeri pulak kakak baca N3 wawa ni. Kakak ni penggemar kangkung. Selalu kakak buat kangkung tumis dgn ikan masin sedap. Hmm... kena belahlah batang kangkung masa menyiangnya. Kakak kalau makan luar lebih suka order kailan.

    ReplyDelete
  5. kalu batang yg kecik sy mkn..kalu yg bsr2 tu mmg tolak tepi

    ReplyDelete
  6. suka makan kangkung , lepas baca ni , rasa macam tak nak dah makan kangkung...huhu , ngeri kot...

    ReplyDelete
  7. Menakutkan. Yong pun suka makan kangkung. sekali2 dgn batang dia Yong bedal.huhu

    ReplyDelete
  8. ada bace tentang ini...mmg menegerikan...tp itulah kangkung sedap..^^

    ReplyDelete
  9. ergh i baca sampai part lipan je part lintah tak sanggup nak baca huhu >.<

    ReplyDelete
  10. erkk..lepas ni xmau bli kangkung kat kedai dah..kembang tekak dgr citer..huhu

    ReplyDelete
  11. Alamak! Aida pun suka makan kangkung kak. Bahagian batang dia la yang Aida paling suka. Rasa nak nangis tak mau makan dah :(

    ReplyDelete
  12. akak tk amik batang dia, amik daun je sejak baca pasal lintah dulu...

    ReplyDelete
  13. eeeewwwwwww!!!ngerinya ;(((( dan2 rasa tak nak & serik nk mkn kangkung :(((

    ReplyDelete
  14. sebaiknya kalau nak makan kangkung kita masak sendirilah sbb kalau pesan kat gerai tomyam tu mrka pakai kerat2 gitu je dgn pisau...besrih ke idak?

    ReplyDelete
  15. Salam # Income RM900 sehari "REGISTER PERCUMA" tiada
    bayaran di kenakan (kalau anda rasa program ini satu penipuan,
    ia tidak merugikan anda kerana anda tidak pun mengeluarkan
    modal) tidak perlu cari orang dan tidak perlu jual barang. Anda
    hanya perlu ada FACEBOOK / WHATSAPP / WECHAT termasuk
    laman sosial yang lainya. Anda perlu open link di bawah ini dan
    register. Anda terus dapat USD 25 x 3.4 = RM 85.00. Selepas itu
    anda akan dapat link anda sendiri. Anda hanya copy ayat saya ini
    dan post di laman sosial anda. Setiap orang yang buka link anda,
    anda terus dapat USD 10 x 3.4 = RM 34.00. Sangat mudahkan ???
    Anda boleh pilih cara pembayaran samada duit $$$ anda
    dimasukkan ke akaun bank atau cek akan diposkan ke alamat
    rumah anda. Jangan tunggu lagi. " REGISTER PERCUMA " sila
    klik link di bawah ini dan isi maklumat anda. Belum cuba belum
    tau dan tidak salahkan kalau mencuba
    Sila la klik link ni
    http://EachInvitePay.com/?share=1188

    ReplyDelete
  16. minum air tembakau atau air abu.Ini boleh membunuh lintah. Petua zaman buat bendang dalam tahun 1977an lagi.

    ReplyDelete

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!