22 JULAI 2013 (ISNIN)
13 RAMADHAN 1434H
1st time menjejak kaki di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam...Sebelum ni memang kerap lalu jalan tu...Sebab kedudukan Pejabat Agama SPT ni memang betol-betol bersebelahan dengan Kompleks Bukit Mertajam...Contohnya, kalau nak ke Summit or makan Pizza di Kompleks BM tu memang akan lalu lah kat depan Pejabat Agama ni...Tapi tak pernah ambil kisah pun...Sebab tak ada urusan apa-apa kan ^_^
Bagi Negeri Pulau Pinang, semua kursus kahwin adalah di bawah penyeliaan Pejabat Agama daerah masing-masing...Kiranya kat Penang memang tak ada kursus kahwin yang under swasta lah...Tapi contoh kalau nak ambil yang swasta jugak, korang kena ambil di negeri lain...Pastu tunjuk sijil kursus kahwin tu kat pejabat agama di Pulau Pinang...Kalau tak silap, baru dikuatkuasakan peraturan ni...Sebab kakak-kakak dulu ambil under swasta
Cara untuk daftar kursus kahwin;
1. Ambil borang di kaunter Pejabat Agama Daerah masing-masing
2. Isi borang tersebut dan sertakan bersama-sama salinan IC
3. Yuran kursus RM80
4. Kerani kaunter akan bagi tau tarikh terdekat dan lokasi kursus
(Kursus akan dibuat di masjid mengikut lokasi daerah)
5. Selepas selesai memilih tarikh dan lokasi, kerani kaunter akan bagi resit
6. Bawa resit tersebut ketika menghadiri kursus sebagai bukti pendaftaran
Pastu, kerani tu tanya tarikh kenduri bila...Kerani akan bekalkan dokumen macam kat atas ni...
1. Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin (HIV Test)
2. Borang Permohonan Untuk Berkahwin Bagi Perempuan
Pastu dah siap survey semua...Terus ke KWSP Seberang Jaya...hihi yang ni yang best ni...Kalau kakitangan kerajaan yang baru disahkan dalam jawatan...Mesti ini yang ditunggu-tunggu kan....Tak tau lagi nak buat apa...Maybe nak simpan kot ^_^ Boleh caye ke?....Jom pi Korea hihihi
siap sertakan dokumen test & borang nikah lagi.memudahkan urusankan wawa..azienye borang kene online...
ReplyDeletealhamdullilah
ReplyDeleteTunggakan gaji eh...:)
ReplyDeleteBaju Melayu tengok fesyen dan jenis kain jugaklah kot.
wah efficient nye siap bg borang kebenaran nikah.. fiqa hari tu donlot online je huhu
ReplyDeleteda rasa2 aura nak naik pelamin ni ;)
ReplyDeleteseri pengantin dh nmpk skrg =D
ReplyDeleteandaikata kita da pergi kursus, kena byr jg ke?
ReplyDeletep/s TERIMA KASIH krn sudi join GA sy ;-)
Anies...kalau dah gi kursus kawen...xperlu bayar apa2...boleh terus proceed dgn hiv test dan isi borang utk berkahwin tu
ReplyDeletehaah...ari tu pun ckp keluarkan wet kwsp nk simpan..dah dapat duit terus ilang arah....dah xingat niat menyimpan tu..lepas tu mcm biasa la...menyesal....huhu
ReplyDeleteWahh good luck ye kursus nanti. Kursus kat sini best. Ustaz dia best siap tak ngantuk lg
ReplyDeletetau tak kat mana tempat kursus kawin daerah nibong tebal?
DeleteBila Baca entry ni.. teringat masa zaman saya nak kawin dulu.. thn 2006.. eh lama dah rupanya...haha moga semua urusan wawa dipermudahkan Allah.. amin...
ReplyDeleteKak, kursus kawen sekarang dia buat berapa lama ek?? Fuhh rm190 untuk sepasang baju melayu je? Mahal gilaaa. Kat sini rm70 je sepasang.
ReplyDeleteseronok sgt join kursus kawen, lawak gile penceramah2 nyer...
ReplyDeletewawa org bm ke?
ReplyDeletepjbat agama tu dah dekat dah ngan rumah kite..
wahhhh...dapat durian runtuh ke??
ReplyDeletenak tye , saya nk pg khusus kawen . berape yuran skrg ni ye . n kat mana kalo rumah area bukit minyak kota permai . agak ada tak lokasi tmpt nk amik khusus kahwin terdekat ?
ReplyDeletesaya nak kursus kahwin tapi tak tau kat mana..sape tau kat mana tempat kursus kahwin daerah nibong tebal..??
ReplyDelete