Masalah ni ramai blogger2 lain yang pernah laluinya...tapi sekarang ni baru sampai turn saya untuk kena...police report telah dibuat bagi mengelakkan sekiranya terdapat kesan jangka panjang...semuanya dapat dikesan oleh my sis hari ahad lepas 14 April 2013 (Ahad)...My sis terpandang gambar saya yang telah diupload di wall FB oleh pelanggan yang hampir tertipu dengan orang tersebut...
Kronologi:
Ada manusia yang telah meng copy banyak pic saya dan mengaku sebagai diri mereka sendiri
ok...itu saya masih boleh terima....walaupun sebenarnya dalam hati tak suka....sape yang suka kan orang lain curi gambar kita pastu mengaku diri mereka
Membuat kesalahan menyalahi undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
dimaklumkan oleh pelanggan yang berurusan dengan orang itu, orang yang menggunakan gambar saya tersebut sering bertukar-tukar nick name FB....dan menjalankan urusan perniagaan online....ok itu sudah salah sebab menggunakan identiti orang lain....tapi yang paling bahaya, perniagaan online tersebut adalah satu penipuan di mana orang tersebut telah menipu pelanggan-pelanggan yang berurusan dengannya...
dimaklumkan oleh pelanggan yang berurusan dengan orang itu, orang yang menggunakan gambar saya tersebut sering bertukar-tukar nick name FB....dan menjalankan urusan perniagaan online....ok itu sudah salah sebab menggunakan identiti orang lain....tapi yang paling bahaya, perniagaan online tersebut adalah satu penipuan di mana orang tersebut telah menipu pelanggan-pelanggan yang berurusan dengannya...
jadinya, pelanggan-pelanggan yang telah tertipu tadi telah mengambil gambar dari profil FB orang yang menggunakan gambar-gambar saya itu itu dan telah wall di FB menyatakan orang yang tertera di gambar tersebut adalah penipu online...padahal gambar tersebut adalah gambar saya huhuhu....
Berbalik kepada cerita......
sedang my sis online di FB, dia terpandang gambar saya...terus my sis scroll down baca cerita pasal penipuan tu....my sis terus explain kat semua yang ni gambar saya....kawan-kawan time diploma dan degree pun ada yang komen kat wall tu...pastu semua kawan-kawan saya suruh saya buat report sebab risau gambar saya yang digunakan....pastu terus my sis mintak semua pelanggan yng deal dengan orang tu untuk bagi details tentang orang tu di inbox...berdasarkan alamat dan maklumat akaun bank yang digunakan...Memang tidak dikenali....Alamat di Cheras...Saya yakin orang tersebut mesti salah seorang dari orang-orang yang view dan membaca blog saya....
Petang tu terus ke Balai Polis Bandar Perda....Buat report di atas 'Penyalahgunaan dan Penyebaran Gambar'....
Kepada orang yang senang-senang hati meng copy gambar saya tu, saya mintak tolong hentikan meng copy semua gambar saya dan mengaku diri awak...Fikirlah bagaimana kalau nasib anda dibuat begitu...Menjadi mangsa keadaan!
Sebagai langkah berjaga-jaga, mari kita buat menda ni supaya orang lain tak dapat copy gambar kita!
LANGKAH-LANGKAH:
1. Click Layout
2. Click Add Gadjet
3. Klik HTML/JavaScript
4. Click link di bawah dan copy code tersebut
http://awansempire.blogspot.com/2012/12/languagejavascript-edit-by-unwanted-var.html
5. Pastu, paste kat ruangan HTML/JavaScript tu
6. Check code HTML tersebut, cari ayat ni "hak cipta terpelihara...sorry sorry and sorry"...Pastu korang boleh tukar dengan ayat korang sesuka hati
7. Click save dan try view blog masing-masing
Harap-harap membantu :)