Showing posts with label Fashion & Trend. Show all posts
Showing posts with label Fashion & Trend. Show all posts

Monday, May 5, 2014

Bercita-cita Nak Jadi Designer

Dari hari ahad lagi bercita-cita nak post entry... Sampai ke hari ni 'Ahad malam' baru sempat... Tu pun lepas bermandi peluh dengan Mr. A angkat kerusi pelamin....Ambil barang B2B sewa dan macam-macam lagi lah....Today is my hectic day! Penat-penat pun tak mengeluh sebenarnya...Sebab kita suka dengan apa yang kita buat...

Lately ni jugak, saya banyak terima whatsapp, komen dan email...Kadang-kadang senyum sorang-sorang jugak baca massage kawan-kawan semua...Time tu terbayang-bayang macam dah jadi designer tersohor di abad ni ahahaha... 

Antara soalan yang kerap kali ditanya...Tapi kadang-kadang saya tak reply..Ampun bukan tak nak reply....Tapi rasa macam tak layak pulak...Soalan mengikut kekerapan...

Soalan 1
Boleh tak Wawa ramalkan fesyen pengantin untuk tahun 2014 dan future
*_____* Kembang kempis kembang kepis hidung baca

Soalan 2
Boleh tak Wawa tolong design baju untuk wedding saya
^___^  Ohho....Takut sebenarnya nak design untuk kawan-kawan semua, kalau yang selalu baca blog saya, mesti tau kan ber research-research saya buat untuk baju-baju kawen saya ^_6... Research tu sebab saya tak berapa pandai....Kalau ada kelapangan, saya cuba tolong untuk kawan-kawan pulak ya

Soalan 3
Butik Wawa kat mana? Saya sanggup turun.
Alahai....saya tak ada butik baju pengantin....bussiness untuk wedding rental item je ada...tapi buat dari rumah je....disebabkan ramai tanya butik...saya sedang usahakan dengan Mr. A untuk setup showroom....Mudah-mudahan....Amin :)

Soalan 4 (Sedih)
Saya selalu baca cerita kat blog Wawa. Bila nak aktif semula.
Huhuhu sedih.... Tak sangka ada yang baca... Teringin nak aktif macam dulu-dulu...Tapi apakan daya...Kita insan biasa...Saya sangat menghargai mereka-mereka yang sudi bertandang ke blog kecil saya untuk membaca cerita-cerita gembira saya yang saya kongsikan bersama. Terima kasih banyak :(


Oklah...sampai sini saja...ikut hati nak story-mory lagi....Nanti-nanti pulak k...Kakak-kakak saya cakap, ni baru kawen dah busy cenggini...Kalau ada anak nanti, tak tau lah busy sampai tahap cam mana hihi ^____^



 Rizalman Ibrahim


 Arma Couture

 Syomir Izwa












Ni di antara designer yang sangat-sangat saya kagumi.
Saya suka idea dari ketiga-tiga designer ni.


^____^







Wednesday, February 26, 2014

BLOUSE MUSLIMAH





 26 FEBRUARI 2014 (RABU)

Entry kali ni khusus untuk mereka yang gemar bershopping online dan masih tercari-cari pakaian Muslimah yang mampu membuatkan anda tampak anggun dan bergaya seiring trend sekarang ini.


Blouse adalah pilihan Muslimah tops terbaik jika anda mencari pakaian Muslimah yang sesuai. Seperti juga pakaian-pakaian lain, blouse sangat versatile untuk digayakan pada bila-bila masa dan ke mana sahaja. Be it majlis formal, majlis makan malam atau majlis perkahwinan. Tak lupa juga, turut sesuai untuk digayakan ke pejabat!


Blouse Muslimah kini telah diberikan sentuhan rekaan yang lebih moden dan segar. Ini adalah hasil usaha para pereka fesyen yang mahu blouse Muslimah kelihatan lebih trendy di samping fashion top yang lain. Kini kita boleh dapati banyak stail Muslimah blouses untuk dipilih dan pastinya satu lagi kelebihan buat pembeli di luar sana.



 Malaysia online shopping website yang kini banyak boleh didapati di internet menawarkan koleksi women tops yang cukup meluas dengan kualiti yang bermutu tinggi dengan harga yang berpatutan juga. Seperti di negara kita yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum, trend fesyen sentiasa berubah secara dinamik. Tambahan pula dengan kemunculan group hijabista yang kebanyakkan daripada mereka adalah fashion bloggers, ini adalah antara faktor kenapa fesyen dress Muslimah sekarang semakin menonjol.


Blouse Muslimah dan tops telah digabungkan dengan elemen kontemporari bersama unsur tradisional membuatkannya lebih trendy daripada biasa. Memakainya pasti membuatkan anda lebih elegant dan fashionable. Wanita Muslim sekarang semakin arif dalam berfesyen malah tiada salah untuk kelihatan glamour dan dalam masa yang sama masih terus mengekalkan jati diri dan kekal sophisticated. 



Gayakan persalinan di atas daripada Zalora Malaysia dan butik First Lady untuk penampilan yang memikat hati. Moden dan elegan, pakaian Muslimah ini pastinya kelihatan menarik untuk digayakan bersama sepasang kasut tumit tinggi. Padankan juga dengan tudung atau shawl yang bersesuaian untuk penampilan yang lebih lengkap dan sempurna.



 
Antara gaya yang mungkin dapat beri inspirasi buat anda.


Jika mahukan pilihan blouse Muslimah yang terbaik dengan harga yang berpatutan, layari website Zalora Malaysia untuk dapatkan apa yang dicari. Zalora Malaysia juga menawarkan tawaran menarik hampir setiap hari. Untuk informasi terkini anda boleh follow mereka di Twitter@ZaloraMY!





I was paid by Zalora to do this review.

Monday, August 19, 2013

Dress NAJJAH dan Teknik Jahit Tangan


16 OGOS 2013 (SABTU)

Dress Najjah yang kedua....Macam biasa beli secara online...Saiz S...Macam biasa kena jahit sebab labuh...Tak sempat nak gi rumah tailor...Sebab nak pakai pagi tu jugak...Jadinya, jahit sendiri lah...

Seronok sekali sekala menjahit ni... :) Tapi tak tau lah bila nak buat baju sendiri hoho ^___^

Masa kat Jakel, ada kakak kat Jakel tu cakap berkenan dengan dress NAJJAH yang saya punya ni....Akak tu tanya beli kat mana...Pastu dia belek-belek material lace ni dengan lining...Akak tu kan dah keja kat Jakel...Maybe dia nak beli kain dan buat sendiri kot...



Teknik Jahit Tangan:

1. Ukur berapa inci nak potong
2. Sematkan dengan jarum peniti
3. Pastu mula lah menjahit jelujur
4. Jahit sampai habis



Tadaaa! Dah siap jahit



Hihihi nape muka tuan tanah blur ni hihihihi



Paling suka part tangan ni...Kemas dan sangat selesa :)