Showing posts with label engagement. Show all posts
Showing posts with label engagement. Show all posts

Friday, December 6, 2013

BAJU BERTUNANG UNTUK DISEWA - ENGAGEMENT DRESS FOR RENT

- STICKY POST -



Salam...
Disebabkan ramai yang emel saya tanya berminat untuk menyewa baju bertunang ni...Jadinya, selepas berfikir panjang...Saya buka untuk disewa ye...Butiran seperti di bawah;








Sesuai untuk dipakai semasa bertunang / akad nikah

DRESS SET
(with or without veil)
warna: same macam dalam pic
size: fit S to M
pm for size details
details: modern baju kurung
material: full beaded chiffon silk
by GULATIS SILK HOUSE


VEIL
warna : same macam dalam pic
details: heavy patched beaded chiffon silk



FABRIC HANDBOUQUET
from Lolavie Handbouquet
size L
warna: cream, pink, shocking pink
harga rent: rm20 + refundable deposit



Bagi yang berminat untuk membuat sewaan,
boleh hubungi saya melalui:
FB: Najwa Othman
H/P: 017 4119196

insyaAllah akan di reply asap.


**** Kalau nak tengok lagi banyak gambar, boleh click link My E'day di side disebelah kanan...


Thursday, June 20, 2013

Pixajoy oh Pixajoy!


20 JUN 2013 (KHAMIS)

Ingat lagi tak photobook yang saya buat ni...kalau tak ingat CLICK SINI

Baru-baru ni PIXAJOY ada bertandang ke blog saya dan tinggalkan puji-pujian....hihi tipu...bukan puji-pujian, tinggalkan komen je kat ENTRY ni...Tapi teruja tau...Servis macam ni yang buat pelanggan rasa dihargai :)



Kalau nak tau PIXAJOY komen ape, tengok kat bawah ni


*_______*

TQ PIXAJOY :)






Tuesday, June 4, 2013

My Engagement Photo Book By Pixajoy Sudah Sampai!!!!

Akhirnya sampai ke tangan jua *______*
1st trial ni....Alhamdulillah hasil memberangsangkan dan memang puas hati....Pasni boleh la buat untuk semua pic-pic yang tersimpan dalam notebook tu kan...
Thanks Pixajoy!!!!


cover depan....comelnye :D
saiz 2 kali kertas A4


1st page
Bila dah buat sendiri, banyak gambar sendiri la hihi



yang saya buat ni semua sekali 50 muka surat



Tengok la packaging dorang...Memang sangat2 safety....Nak bukak tadi pun, bukak dengan penuh kasih sayang hihihi sebab terharu la...cermatnya dorang ni....


Cara-cara nak buat photo book ni senang je :)
1- Kalau nak murah, beli photo book ni time promotion price....
(harga promotion serendah RM15 kalau tak silap)
2. Download software dari website Pixajoy
3. Selepas dah berjaya download, make sure u all decide jenis album dan jumlah page yang sama macam u all beli voucher promotion price tadi
kalau yang saya buat ni, details macam kat bawah ni;
Photo book: Cool Image Wrap
Size:11” x 15” Landscape
Content Paper: Art Paper 150gsm with Protective Gloss Lamination
Cover: Image Wrap Hardcover with Protective Gloss Lamination
Shipping Method: Skynet Standard Order (6 Working Days)
4. Bila dah berjaya download software tu means dah ready template tau untuk drag2 gambar
5. Bila dah siap match2 gambar ikut kreativiti masing-masing
6. Boleh terus send template album yang dah siap tadi via online terus ke server Pixajoy
7. Kalau ada sebarang masalah, pihak Pixajoy akan contact korang melalui email...So make sure email yang u all isi kat profile tu email yang aktif (service Pixajoy memang tip top)
8. Pastu tunggulah pakcik posmen datang hantar album korang yang cun melecun tu
(untuk makluman, internet hanya diperlukan masa download software dan time nak submit template yang dah siap ke Pixajoy je...time lain sume tak perlu internet :D senang kan)

 
Segalanya di hujung jari...Jarak bukan lagi pemisah....Antara nak dengan tak nak je kan :D...harap-harap dapat memberi gambaran walaupun saya just cerita intro je tak details...nanti senang-senang saya buat full version ye beserta gambar step by step.... +_____+
::: selamat mencuba :::



Monday, May 20, 2013

MOMENTO ::: Mahar Ku Untuk Mu


Sangat touching dengar lagu blog wawa ni...terus ingat moment2 yang sedih2...masa time peluk dengan bakal mak mertua ni....
'ayah cakap: awa tak da mak dah, nanti dia dapat mak la'
sob sob sob sedih +______+




Mahar Ku Untuk Mu

Inilah mahar ku untuk mu
Seperti ini ku mampu
Sepenuh hati ku berikan
Sebagai wujud cinta ku

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan ku nyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Penyanyi : Alief Janeng
Genre : Nasyid

Wednesday, May 8, 2013

FAREEDA - Kuning Pink Turquoise

8 MEI 2013

Hari ni sangat sibuk...Sempat breakfast je...Pastu Terus buat keja non stop sampai ke petang... Tak sabarnya nak balik rumah...Nak landing-landing sambil baca majalah dan mata mendengar TV...Rumah tak de radio weiyuuu...

Kalau keja statistik ni tak bergelumang dengan buku, memang lah tak sah!

1st time nak berjauhan dalam tempoh menjadi tunangan orang ni :)...Mr. A nak kena ke kem kuantan sempena hari ATM...Maybe next week dia dah nak bertolak ke sana dan kena stay kat sana sampai Jun... Tapi tak de rasa apa pun hihihi....Sebab sepanjang berkawan dan bertunang ni, lebih banyak berhubung via phone dan tak kerap sangat berjumpa...Tak baik kan jumpa kerap-kerap ni! Btol tak? :D...Tapi tak tau la macam mana rasanya kalau kena berjauhan pas kawen nanti....Member2 yang kawen cakap, boleh merana tau kalau dok berjauhan / PJJ ni...Tapi saya still tak boleh nak faham lagi apa yang menyebabkan sampai boleh merana tu... hoho

:D


Jom! Nak balik dah...Tata :D



Monday, May 6, 2013

Cara Buat Hantaran Mudah


EDISI MENJIMATKAN DUIT :)

Bagi yang gemar untuk membuat hantaran sendiri, saya nak kongsikan hantaran yang saya buat sendiri untuk majlis pertunangan saya baru-baru ni :)... Saya beli dulang macam kat atas ni dari kedai barangan perkahwinan... Dulang yang saya beli ni antara yang murah, tapi kita kena deco-deco sikit :)

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN;
Dulang
Kain satin
Gam Elektrik
Gunting
Bunga untuk hiasan utama
Bunga untuk hiasan sampingan
Renda



1st sekali kena gunting kain satin yang dibeli tadi....saya lupa nak ambil gambar cara untuk lekat kain satin tu pada dulang...yang pastinya, bahagian kelim di penjuru setiap dulang tu dibuat last sekali selepas dah lekat kain tu di setiap bahagian atas dulang...

Dah siap lekat kain satin, bahagian dulang still nampak kosong kan. So, saya tambah renda di setiap keliling dulang. Tengok pic di bawah



Saya lekatkan renda putih di sekeliling dulang... Renda ni murah je, boleh beli dari kedai alatan menjahit... Pastu lekatkan rose small size di setiap penjuru untuk menaikkan seri

Untuk bunga hiasan utama, kalau boleh pergi belajar dengan pekerja di kedai pengantin tu...Confirm, sekali korang tengok cara dia buat, mesti dah boleh buat sendiri...Kalau upah kat kedai, mau dorang charge 1 dulang RM30 plus plus untuk buat sahaja tau tak termasuk harga barang



Lepas dah buat semua, boleh mula hiaskan dengan barang-barang yang nak di buat hantaran...Saya refer majalah PENGANTIN jugak :)


Ni la hantaran saya, kalau nak tengok setiap satu, click link kat bawah






Friday, May 3, 2013

1st Time Bergambar With Mr. A

1st time bergambar dengan Mr. A...Susah betol nak amik gambar dia...Sebelum ni dia melayan tukang amik gambar saya je...Tapi dah kali ni photographer request suruh ambil gambar berdua kan...Terpaksa lah ye Mr. A hihihi..Props semua photographer yang bawak...




my cousin suruh tengok mata ke mata...dari mata jatuh ke hati huhuhu....tapi malu la pulak nak bertentang mata ni huhuhu...tu yang jadi tengok tempat lain tu




ok...ni lah dia Mr. A...tengok sipi sipi pun cukup lah ye...dah kawen nanti, baru buleh tunjuk semuuaaaaaa :)



Door Gifts Majlis Pertunangan


Door Gifts untuk majlis pertunangan ni saya buat simple je...Guna paper bag yang selalu peniaga jual karipap, goreng pisang tu..100pcs RM3 kalau tak silap...Tapi kan untuk majlis bertunang ni, my fren sponsor brown paper bag ni dengan alas putih yang cute tu...tq :) Jasamu dikenang!



Hias sikit dengan ribon...Pastu tampal dengan sticker tag tu :)



Buat dalam 100 pcs... Tapi ribon tak cukup untuk semua...Sebab letak ribon tu time malam before majlis bertunang tu...So tak sempat nak beli ribon lagi...



Siap untuk diagihkan kepada tetamu :D


Pelamin Majlis Pertunangan

Mini pelamin for my engagement day :)

Hasil air tangan ayah saya...Saya sebenarnya tak kisah ada pelamin or tak ada pelamin...Sebab untuk majlis bertunang je kan...Ikut hati, setakat nak letak bantal tu je....Pastu ayah saya cakap, 'ayah boleh ja nak buat'...Pastu terus la google mini pelamin yang simple dan senang nak buat....So combine semua dapat la yang ini :D



Dari pandangan keseluruhan mini pelamin...

Rombongan belah lelaki dah sampai...Kat sini dikhaskan untuk kawan-kawan saya duduk :) Untuk sedara-mara dan rombongan pihak lelaki duduk di bahagian lain...Terlindung dari tempat saya duduk ni...So saya memang standby duduk siap-siap atas pelamin ni...Dari tempat untuk pelamin ni memang tak dapat dengar apa yang kedua-dua pihak bincangkan :D



Simple dan kena dengan jiwa saya...Kaler semua saya decide! +______+


Ni la orang kuat yang buat pelamin saya ni :)



ohh! ohh! ohh! my daddy



Semua bergambar di atas pelamin
-ayah, my sibling dan anak2 sedara-



Dengan kawan-kawan



Dengan bakal mak mertua ku :)



Dengan Hello Kitty ku *_____*



Hello Kitty weiyuuu



Kol 3 pagi time ni....Ayah buat platform untuk pelamin tu... Ketong ketang mengetuk papan...
Sorry yea jiran-jiran :)
Thanks a lot ayah +________+





Thursday, May 2, 2013

Baju Kurung Moden & Veil Majlis Pertunangan Saya :)

 First sekali saya nak cakap saya suka sangaaaaaaat dengan baju bertunang saya ni :D 

 Baju ni la yang kena fitting kat tailor sampai 2 kali tu...Warna untuk baju ni saya decide sendiri...Maklumla kan diri sendiri suka warna yang masam...So terima lah seadanya *_____*

Material untuk baju bertunang ni saya pilih sendiri...Saya guna chiffon silk 4.5 meter termasuk untuk veil...Lining saya guna soft satin....Kain chiffon silk ni masa beli memang dah siap dengan embroidery dan manik...Kain ni jugak ada banyak pilihan warna dan yang pastinya semua cun-cun...Boleh pilih ikut yang mana suka...So masa decide nak beli kain ni...Saya try letak kat atas kepala macam veil tu...Pastu terus jatuh cinta pandang pertama....Tidor tak lena mandi tak basah kau jah!...Tak mau dah yang lain...Nak yang ini jugak +____+

Inspirasi untuk baju bertunang ni dari rekaan Kurung Moden designer 'Arma Couture'...Saya memang suka giler dengan baju yang simple tapi elegan...Tak sarat tapi nampak eksklusif....Masa hantar kat tailor, dia advice suruh buat dress....Pastu fikir punya fikir, saya decide untuk tetap pendirian nak buat kurung moden :D Leher buat bentuk bulat...Tangan cekak dengan butang berderet....Kain plan asal nak buat yang kembang2 tu...Pastu tailor cakap kain tak cukup...So saya cakap kat tailor buatlah kain tu sesuka hati yang penting buat bagi labuh sikit :) 

Pasal hiasan tambahan....Saya jahit manik dan pearl sikit...Saya tambah jahitan manik dan pearl di leher baju sehingga bahu...Pastu jahit pearl dan manik di tangan baju...Kat veil saya jahit pearl kat keliling veil...Siap :D

Untuk gambar pulak, Photographer saya semestinya tak lain dan tak bukan mesti la my cousin


Kalau sape2 yang duduk area Utara...Boleh la dapat servis my cousin ni...Husband and wife 2-2 photographer yea...Tapi sebenarnya diorang ni ada degree in accounting kalau tak silap...Kalau nak tengok hasil kerja dorang boleh click kat bawah ni



Ni la orangnya cousin saya tu....cousin saya yang pompuan tu



Ni embroidery kat VEIL saya...Abaikan bulu mata rozita cik wan hihihi



Labuh veil saya buat paras pinggang...Saya plus jahit pearl je...Memang best veil ni...Selesa dan sedap pakai.....



Ni bahagian tangan...Saya letak butang balut



Ni bahagian kain....Kain saya buat labuh sikit....



 HAND BOUQUET for my Majlis Pertunangan 
Saya pilih pink & cream....



Guna hand bouquet macam ni boleh recycle untuk time akad nikah dan wedding nanti



Ni la baju bertunang saya :)



Untuk yang tanya kat mana saya beli kain untuk baju bertunang saya tu, kat sini la saya beli :D
GULATIS SILK HOUSE, SUNGAI PETANI
menapak sampai ke Sg. Petani sebab kat Penang tak de GULATIS :(
Ni kain saya include lining


DRESS SET
(with or without veil)
warna: same macam dalam pic
size: fit S to M
pm for size details
details: modern baju kurung
material: full beaded chiffon silk

VEIL
warna : same macam dalam pic
details: heavy patched beaded chiffon silk 
FABRIC HANDBOUQUET
from Lolavie Handbouquet
size L
warna: cream, pink, shocking pink
harga rent: rm20 + refundable deposit


Bagi yang berminat,
boleh hubungi saya melalui:
Email: syai_da@yahoo.com
FB: Najwa Othman
H/P: 017 4119196

insyaAllah akan di reply asap.