Showing posts with label jom makan. Show all posts
Showing posts with label jom makan. Show all posts

Tuesday, January 24, 2017

Yik Mun Pau Tanjong Malim


26 NOVEMBER 2016 (SABTU)
TANJONG MALIM, PERAK


Selepas puas memujuk encik suami dan menunggu hari cuti encik suami ibarat 'menunggu bulan jatuh ke riba', maka sampai lah saya dan keluarga ke Yik Mun The Famous Tanjong Malim Pau. Dah lama mengidam nak ke sini. Dari umur belasan tahun lagi. Cuma time tu masih student dan just angan-angan je nak sangat ke sini. Bagi orang yang first time dengar, dorang akan tanya HALAL ke. Memang Halal ye semua. Kat kertas pelapik pau pun ada logo Halal. Nak kuatkan lagi, boleh search di JAKIM.

Yik Mun ni famous dengan kuih pau dia. Tanya lah kat sapa pun, mesti akan terbayang-bayang kesedapan pau yik mun ni. Ada di jual di RNR jugak. So apa lagi, cubalah makan.



Anak dara ibu abah yang ramai orang salah anggap sebagai boboboy. Muka ibu yang sentiasa tidak bermaya lately ni. Faktor penuaan hiuuu



Selain pau, ada menu macam-macam lagi ye. Cara order ala-ala makan kat old town. Tanda sendiri nak makan apa.



Ni menu saya. Sedap. Saya tak plus apa-apa cili sebab nak suap anak sekali. Sedap.



Ni husband punya. Sedap dan portion banyak. Tak habis makan sebab banyak.



Kedai sentiasa full house. Saya sampai tu dalam kol 11.30 pagi. Pun dah ramai orang. Kena makan kongsi-kongsi meja. Flash back macam makan kat kedai kopi zaman dulu-dulu. Seronok. Jangan tanya kenapa rasa seronok. Nasib baik encik suami melayan perangai isteri dia hiiii


Location kedai ni tepi jalan. Senang nak cari.

Yik Mun 益民茶餐室 
Restoran
Alamat3, Jalan Besar, 35900 Tanjong Malim, Perak
Waktu perniagaan
Dibuka hari ini · 9:30PG–9:00PTG





Wednesday, September 25, 2013

J.L. Gourmet Cafe, Prangin Mall

Source: Google
 
20 SEPTEMBER 2013 (JUMAAT)

Pada hari jumaat yang lepas, saya dengan ofismate macam biasa jalan-jalan cari makan....Sebab lunch time untuk hari jumaat tersangat lah panjang....Jadinya, boleh lah duduk-duduk sambil makan-makan sambil sembang-sebang sambil lama-lama haha....J.L Gourmet Cafe ni sebelum ni kitorang memang tak pernah perasan kewujudannya...Even memang selalu jalan-jalan dalam Prangin Mall ni tapi memang tak pernah tau...Saya rasa maybe location cafe ni agak tersorok...

J.L. Gourmet Cafe ni menawarkan menu western food.... Boleh pilih samada nak set meal atau ala carte...Disebabkan saya 1st time ke sini...Jadinya saya cuba combination set meal...Ada Starter, Main Course dan Dessert dengan harga RM19.90...Sangat berbaloi-baloi ^____^



 Starter
Mushroom Soup

 Main Course
Fish and Chips
-Saya punya- 


 Main Course
Panfried Dory Fish Almondine
-Ofismate punya-
 

Dessert
Ice cream Vanilla
Boleh pilih flavour...Ada jagung, butterscoth dan banyak lagi....


 ^_______^


 

Tuesday, July 30, 2013

Resepi Cheesekut Mudah

sedap! sejuk, creamy dan mencair di mulut :)



CHEESEKUT BISKUT MARIE

Bahan-bahan:
1 bungkus biskut marie
250g cream cheese (Philadelphia)
1/3 tin susu pekat manis
sedikit fresh milk
Nutella

Cara-caranya:
1. Pukul cream cheese menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Apabila dah nampak kembang, masukkan 1/3 tin susu pekat manis.
3. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan sedikit fresh milk dan pukul sehingga sebati. 
(Sukatan bagi fresh milk tu agak-agak tau. Jangan bagi cream cheese tu cair sangat. Nanti tak sedap :)
6. Cream cheese dah siap. Jadinya dah boleh  proceed dengan melapis biskut dan cream cheese. Yang ini refer gambar ye.
7. Sebelum tu sila panaskan fresh milk yang lebih tadi. Sukatan adalah anggaran dan digunakan untuk mencelup biskut marie nanti. Refer gambar di bawah.
8. Dah siap melapis biskut dan cream cheese. Masukkan dalam peti ais lebih kurang 6 jam.
9. Sedia di makan.



Masukkan cream cheese

Pukul cream cheese menggunakan mixer sehingga kembang
 
Masukkan 1/3 tin susu pekat manis

Pukul sehingga sebati

Masukkan sedikit fresh milk

Pukul sehingga sebati

Dah siap adunan cream cheese ^_^

Fresh milk yang telah dipanaskan

Celup roti ke dalam fresh milk
Celup sekejap je jangan lama-lama

Lepas celup, susun kat dalam bekas macam ni
Saya guna tupperware je...Dan sebelum tu lapiskan dengan plastik untuk memudahkan nak keluarkan bila dah sedia dimakan nanti

Lapiskan kat atas biskut marie tadi dengan cream cheese

Kalau suka coklat, letakkan nutella di atas cream cheese...
Kalau nak letak oreo hancur pun boleh. Terpulang pada feveret masing-masing

Seterusnya lapiskan dengan biskut marie lagi

Dan lapiskan lagi dengan cream cheese...
Ulang cara yang sama sehingga cream cheese habis
Macam saya, guna biskut marie tu dalam 1/2 bungkus je

Dah siap. Ni pandangan tepi.

Masukkan dalam peti ais lebih kurang 6 jam
(Saya masukkan dalam peti ais dalam jam 6.00 petang dan keluarkan esoknya pada jam 7.00 petang sebab puasa kan) 

Ini lah rupanya sebaik keluar dari peti ais

Setelah dipotong

Tengok...memang sedap! creamy!



Selamat mencuba ^____^



Thursday, July 18, 2013

Menu Berbuka Orang Bujang - Sambal Sotong Lagi



18 JULAI 2013 (KHAMIS)
9 RAMADHAN 1434H

Semenjak bulan Ramadhan ni, saya suka sangat baca entry blogger lain yang up cerita pasal menu berbuka atau makanan...Rasa best sangat baca ^_^ Happy :D

Jadinya, hari ni saya nak share menu berbuka untuk semalam 8 Ramadhan 1434H...Menu simple je sebab berbuka sorang je kan...Menu semalam semua beli kat kedai makan area ofis je...Ada
sambal tumis sotong
ubi kentang goreng
ayam goreng
sosej roll
buah melaka

Esok jumaat dah, so bolehlah balik rumah berbuka dengan family ^_^





P/S: Dah mood nak raya ni, pasang lagu raya awal-awal :D

Monday, July 1, 2013

Menu Membina Badan 24 - 28 JUN 2013

1 JULAI 2013 (ISNIN)

Assalamualaikum....Rasa macam lamanya tak berbelog...Rindu nak jenguk cerita kawan-kawan yang lain...InsyaAllah akan menjengah blog kawan-kawan start malam ni :)

Ada banyak nak bercerita sebenarnya...Untuk intro, kita start dengan makan-makan dulu lah ye hihi....Makanan sepanjang seminggu tidak bersiaran ^_^.....Macam mana la nak ber diet ni kan :) Bulan Ramadhan pun dah dekat :)



Nasi Goreng Tomyam, Prangin Mall


Dinner Set, Pantai Seagate


Laksam Special, Kiosk Bertam


Nasi Ayam, Kiosk Bertam


Mc'D, Prangin Mall
Chicken Porridge
Chicken Nugget
Apple Pie


Durian Crepe, Hana Bake For You


Cucur Jagung sedap :)


Breakfast, Kedai Pak Umar


Capati Set, Kapitan



Thursday, June 20, 2013

Menu Ikan Bawal Goreng Panas


18 JUN 2013 (Selasa)

Menu makan tengahari...Nasik dengan ikan bawal goreng panas-panas dan set...Dalam set tu ada kari ikan, ulam-ulaman, cili kicap dan sambal belacan....Makan time perut tengah lapar, memang terangkat...Mak mertua lalu pun dah tak perasan dah :) Pepatah ni untuk orang yang dah kawen je tau...Saya tak de mak mertua lagi *_____*




19 JUN 2013 (Rabu)

Menu makan tengahari semalam...Maggie Tomyam special...Special sebab ada telur...Kalau makan tomyam ni, kena order air 2 gelas....Sebab pedas sangat-sangat sampai bengkak bibir ni :) Tapi dah memang suka pedas, tahan je la *____*




Saturday, June 15, 2013

GEORGETOWN WHITE COFFEE PULAK

14 JUN 2013 (Jumaat)

Rasa macam dah lama tak post entry makanan...
Ni makanan untuk semalam hari jumaat...
Tengahari makan di Georgetown White Coffee
Makan dengan aniza dan my ex-boss
My ex-boss dah dapat bertukar ke Penang dari Putrajaya
Rezeki kan, duduk sekejap je kat Putrajaya tup tup dah dapat balik Penang




 
Yang ini menu untuk breakfast...
Koey teow goreng, hotdog black pepper dan nasik impit 3 ketul
Makan kat mana? Tempat biasa Kedai Pak Umar :D

Alhamdulillah kenyang +_____+


Entry Autopublish ::: harap maklum