Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, June 8, 2017

Tomyam Sedap Pedas


Berbuka hari isnin yang lepas, saya buat tomyam. Kali ni sebab cukup bahan, saya cuba cara yang tengok video kat FB. Hasilnya tomyam yang sangat sedap dan ummphh....pedas berapi. Bagi penggemar tomyam pedas sesuai guna resepi ni.

Resepi Tom Yum Sedap Pedas

Ayam dipotong kecil (Saya guna 1 ketul ayam saiz agak besar)
Udang (Saya guna 10 udang)
Chicken ball (option)
Bawang holland sebiji (dipotong kasar)
Bawang putih (3 ulas - diketuk)
Daun limau purut
2 batang serai (diketuk)
Sedikit lengkuas
Kubis bunga
Carrot
Tomato
Cili Padi
Perencah Tomyam Adabi 1 bungkus
Perencah Thai Tom Yum (Kalau tak ada, guna sepaket lagi perencah tomyam adabi)
Garam (hujung sudu kecil)
Gula (1 sudu kecil )

Cara-caranya

Rebus ayam sampai mendidih
(Kisar tomato 2 biji yang dibelah bersama-sama 12 biji cili padi dan sebungkus perencah tomyam adabi dan 2 sudu perencah thai tomyam serta masukkan sedikit air - kisar sampai semuanya hancur)
Masukkan bahan kisar ke dalam rebusan ayam yang telah mendidih
Masukkan serai
Masukkan lengkuas
Masukkan bawang putih
Masukkan bawang holland
Masukkan daun limau purut
Masukkan sedikit gula dan garam (agak2 ikut citarasa)
Gaulkan sekejap
Masukkan udang
Masukkan chicken ball
Masukkan serbuk perasa (Bagi yang suka)
Masukkan kubis bunga, carrot dan tomato




Siap dan sedap dan pedas!!!






Tuesday, May 9, 2017

Resepi Tom Yam Mudah dan Sedap Sangat


7 MEI 2017 (AHAD)

Masa buat tom yam ni, baru sampai di Putrajaya. Bercuti panjang balik ke Penang dan Perlis. Dah lama tak buat tom yam, memandangkan dah beli macam-macam sayur kat Cameron Highland hari jumaat tu (dalam perjalanan balik, singgah CH) :), maka masaklah tomyam sedap ni. Hihi terpuji diri sendiri.

Sebenarnya, rahsia kesedapan tom yam ni adalah saya guna perencah/pes yang dibeli dari Padang Besar, Perlis. Husband pun puji sedap dan cakap macam kedai buat. Perencah ni kakak ipar yang recommend untuk beli. Ini dia perencah tu. Senang sangat nak buat tom yam. Confirm jadi.



Resepi Tom Yum Sedap

Ayam dipotong kecil (Saya guna 3 ketul ayam saiz agak besar)
Sotong (Saya guna 2 sotong saiz besar)
Bawang holland sebiji (dipotong kasar)
Bawang putih (3 ulas - diketuk)
Daun limau purut
2 batang serai (diketuk)
Kubis bunga
Carrot
Tomato (Saya tak letak sebab terlupa beli)
Cendawan (Dicerai-ceraikan)
Garam

Cara-caranya

Rebus ayam sampai mendidih
Masukkan 3 sudu besar pes tomyam yang telah dicampur dengan sedikit air
Maukkan tomato
Masukkan serai
Masukkan bawang putih
Masukkan bawang holland
Masukkan daun limau purut
Masukkan 1/2 sudu kecil garam (agak2 ikut citarasa)
Gaulkan sekejap
Masukkan kubis bunga dan carrot
Masukkan cendawan akhir sekali
Siap dan sedap!!!


Sebenarnya, rasa tak percaya bila dapat masak tom yam sedap ni. Sebab selalu tak confident bab masak  memasak ni (^____^)








Friday, March 10, 2017

Resepi Pancake Mudah



10 MAC 2017 (JUMAAT)
2.10 PETANG

Kali ni nak share saya buat pancake AKA lempeng masa weekend lepas. Pancake yang saya buat ni mudah dan memang jadi kesukaan si ecah yang umur 1 tahun 8 bulan tu. Pancake ni lembut dan sesuai untuk semua orang makan. Dan 1 lagi yang menyebabkan ecah suka makan, saya letak susu tepung sikit dalam adunan pancake tu.

Resepinya mudah je. Saya guna resepi yang sama untuk buat waffle.


Bahan-bahan dan cara membuatnya:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/3 cawan minyak
1 biji telur
1 1/2 sudu baking powder
2 sudu susu tepung
2 sudu gula

Campur je semua dan gaulkan.
Panaskan kuali, letak minyak sikit atas tisu dan sapukan pada kuali.
Buat bulatan, tutup pakai penutup periuk. Tutup dalam 3 minit.
Siap.

Tapi kalau korang ada alat pembakar waffle tu. Confirm jadi macam waffle. Sedap dan jangan risau, confirm jadi. Selamat mencuba.


Ini  lah dia pancake saya +____+



Thursday, March 2, 2017

Resepi Apam Lenggang Mudah dan Sedap


2 MAC 2017
1.10 TENGAHARI

Setiap kali hari cuti, saya akan cuba sediakan sarapan pagi yang mudah-mudah dan yang penting sedap. Macam biasa, resepi di ambil dari Google. Kali ni saya nak share resepi saya buat APAM LENGGANG. Kalau orang utara dia panggil Apom Lenggang. Dah 3 4 kali saya buat apom lenggang ni. Anak dengan husband suka. Husband cakap macam beli kat kedai hihihi. Perasan cek sekejap.

Resepi ni saya ambil dari FB Azlina Ina. Sangat mudah dan yang penting confirm jadi. Itu yang penting.


Bahan-bahan dan cara membuatnya:

2 cawan tepung beras
1 - 2 sudu makan yis kering (tapi tak payah la penuh-penuh)
3 sudu besar gula
Sedikit garam
3/4 cawan air suam
Satukan dan kacau. Tutup biar 30 minit.

Bukak tutup dan masukkan 1 biji telur
1/2 cawan santan pekat
Tak perlu tambah or kurangkan air atau santan.
Panaskan kuali, letak minyak sikit atas tisu dan sapukan pada kuali.
Buat bulatan, tutup pakai penutup periuk. Tutup dalam 3 minit.
Siap dan gulung kan.

Boleh di makan dengan kaya, sambal bilis atau makan kosong macam tu je.


Ini  lah dia apam lenggang saya +____+





Tuesday, July 30, 2013

Resepi Cheesekut Mudah

sedap! sejuk, creamy dan mencair di mulut :)



CHEESEKUT BISKUT MARIE

Bahan-bahan:
1 bungkus biskut marie
250g cream cheese (Philadelphia)
1/3 tin susu pekat manis
sedikit fresh milk
Nutella

Cara-caranya:
1. Pukul cream cheese menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Apabila dah nampak kembang, masukkan 1/3 tin susu pekat manis.
3. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan sedikit fresh milk dan pukul sehingga sebati. 
(Sukatan bagi fresh milk tu agak-agak tau. Jangan bagi cream cheese tu cair sangat. Nanti tak sedap :)
6. Cream cheese dah siap. Jadinya dah boleh  proceed dengan melapis biskut dan cream cheese. Yang ini refer gambar ye.
7. Sebelum tu sila panaskan fresh milk yang lebih tadi. Sukatan adalah anggaran dan digunakan untuk mencelup biskut marie nanti. Refer gambar di bawah.
8. Dah siap melapis biskut dan cream cheese. Masukkan dalam peti ais lebih kurang 6 jam.
9. Sedia di makan.



Masukkan cream cheese

Pukul cream cheese menggunakan mixer sehingga kembang
 
Masukkan 1/3 tin susu pekat manis

Pukul sehingga sebati

Masukkan sedikit fresh milk

Pukul sehingga sebati

Dah siap adunan cream cheese ^_^

Fresh milk yang telah dipanaskan

Celup roti ke dalam fresh milk
Celup sekejap je jangan lama-lama

Lepas celup, susun kat dalam bekas macam ni
Saya guna tupperware je...Dan sebelum tu lapiskan dengan plastik untuk memudahkan nak keluarkan bila dah sedia dimakan nanti

Lapiskan kat atas biskut marie tadi dengan cream cheese

Kalau suka coklat, letakkan nutella di atas cream cheese...
Kalau nak letak oreo hancur pun boleh. Terpulang pada feveret masing-masing

Seterusnya lapiskan dengan biskut marie lagi

Dan lapiskan lagi dengan cream cheese...
Ulang cara yang sama sehingga cream cheese habis
Macam saya, guna biskut marie tu dalam 1/2 bungkus je

Dah siap. Ni pandangan tepi.

Masukkan dalam peti ais lebih kurang 6 jam
(Saya masukkan dalam peti ais dalam jam 6.00 petang dan keluarkan esoknya pada jam 7.00 petang sebab puasa kan) 

Ini lah rupanya sebaik keluar dari peti ais

Setelah dipotong

Tengok...memang sedap! creamy!



Selamat mencuba ^____^



Thursday, June 6, 2013

Resepi Kek Batik Biskut Marie Untuk Seorang Makan


5 MEI 2013

Teringin nk makan kek batik. Jadinya balik keja semalam, terus buat kek batik. Kali ni buat sikit je untuk sorang makan. Resepi semuanya dibahagikan dua. Balik keja dah boleh potong dan makan. Tapi, sebab dah tak sabar nak makan. Bawak kuar dari freezer, tunggu sekejap je terus potong. Hasilnya potongan kek batik tu jadi tak berapa kemas. Sepatutnya, kalau dapat biar lama sikit lepas bawak kuar dari freezer, mesti potongan tu nampak lebih cantik dan kemas :D




Kek Batik Biskut Marie (seorang makan)

Bahan-bahan:
1/2 paket milo (bungkus yang paling kecil)
1/2 bungkus biskut marie (dipatahkan kepada 4 bahagian)
1/2 ketul butter (125g)
1/4 tin susu pekat manis
1/2 sudu besar esen vanilla


Cara: cara:
1. Cairkan butter di dalam kuali/periuk
2. Setelah butter cair, masukkan milo dan susu. Kacau non stop jangan bagi berketul-ketul (Kalau milo tu berketul-ketul jugak, jangan gabra tau. Terus kacau dan kacau sampai hilang ketul-ketul tu)
3. Apabila sebati, masukkan esen vanilla. Kacau lagi
4. Apabila adunan tadi menjadi pekat dan mendidih
5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan
6. Gaulkan sehingga biskut marie tadi diselaputi dengan adunan coklat yang wangi tu
7. Angkat, dan terus masukkan dalam loyang/tupperware (kalau saya, senang letak dalam tupperware)
8. Mampat-mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut tadi. Tekan sekuat hati :D
9. Apabila dah siap, masukkan dalam freezer sekurang-kurangnya 4 jam telah memadai. Tapi, kalau saya selalu letak dalam 8 jam (office hours)
10. Untuk mudahkan potong kek tu, keluarkan lebih awal sebelum dimakan. Setelah agak lembut, barulah dipotong. Sedia dimakan :)


Mandikan biskut marie dengan adunan coklat tadi

Mampatkan kuat-kuat tau

Mampatkan sampai tak ada ruang antara biskut


Sebelum ni masa zaman study dulu, saya pernah buat kek batik dan letakkan dalam fridge. Kek saya 'jadi' tapi bila dipotong kek tu jadi keras dan rangup. Saya suka yang jenis lembut-lembut tu. Jadinya, dapat petua ni dari kawan. Dan masih amalkan sampai sekarang....Alhamdulillah *___*

Petua untuk melembutkan kek batik. Masukkan kek dalam freezer. Keluarkan 30 minit awal sebelum dimakan. Kek mesti lembut dan senang dipotong. Kalau after 30 minit still keras...Biarlah dulu sampai kek tu lembut dan baru lah dipotong...Kadang2 suhu peti ais rumah masing-masing tak sama kan...Siap dan sedia di makan *____*

::: Selamat Mencuba :::