Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts

Monday, December 16, 2013

The Wedding Dress - Progress


 Source: Google

 16 DISEMBER 2013 (ISNIN)


Alhamdulillah....dress untuk akad nikah, majlis resepsi dan majlis bertandang dah siap 95%...Sekarang ni cuma tengah dalam proses touch up dengan manik, pearl dan lain-lain....Baju yang saya decide kali ni still macam trademark baju bertunang ^____^ ...Simple je....Dress yang simple dan tak meleret-leret-leret...Sebab majlis untuk kedua-dua belah pihak buat kat rumah je...Kalau kat dewan sesuai kan yang vouge da vass tu....

Baju ni memang hasil eksperimen 100%....Eksperimen dari segi design, penggunaan fabrik dan hiasan tambahan...Rasa macam kecut perut dan tido tak lena sementara nak tunggu baju tu siap....Tailor call cakap baju siap pun, saya dah macam cacing kepanasan...sebab takut nak tengok hasilnya....takut apa yang di 'imagine' tak sama dengan hasil yang jadi...sama 85% pun dah memadai....lain lah kalau sendiri yang jahit, boleh la nak expect 100% sama kan...skang ni alhamdulillah, dah boleh fokus lebih untuk part yang lain pulak...

Akad Nikah
Atas permintaan Mr. A, dia request saya pakai sekali lagi baju time bertunang...Kalau ikutkan Mr. A, dia nak saya pakai baju bertunang tu untuk majlis bertandang....suka katanya...sebab time majlis bertunang tu, dia jumpa saya dalam 15 minit je...so tak sempat tengok lama lah...oh! oh! oh! saya rasa tak syok la kan nak pakai sekali lagi...Untuk tidak menghampakan dia, saya pakai semula untuk Majlis Akad Nikah....Tapi baju bertunang tu saya ada buat sedikit pengubahsuaian...Means tak sama dah macam time bertunang ari tu...Kalau nak tengok, nanti after 12 Januari 2014 bersamaan 17 Rabiulawal 1435H saya tunjuk ^___^

Resepsi
Baju untuk majlis resepsi....Baju yang agak memeningkan untuk fikirkan fabrik...Maybe sebab darah anak tukang jahit (arwah mak seriously the very best tailors i have ever met in my life)...Jadinya, sampai bereksperiman bagai....Sekarang tengah jahit manik, pearl and so on

Bertandang
Baju yang pada saya mendamaikan....Sebab bermula dari pembelian fabrik, semuanya lancar je...Design untuk baju ni pun statik dari awal hingga akhir...Tak berubah-ubah....senang jiwa ^___^

Baju Melayu
Semua dah siap dan siap sangat awal dari baju saya...Sekarang ni saya dan Mr. A tengah cari sampin dan tengkolok yang match




Pada kawan-kawan blogger yang dah email address, nanti saya pos kad ye...
Bagi yang baru bertandang di blog kecil saya, jemput tulis sepatah dua kata di wedding guest book saya....TQ =)





Thursday, May 24, 2012

Kahwin - Merisik



Perkahwinan dalam islam telah disyariatkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama'. Firman Allah, 'Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan'. (Surah An-Nur : 32)

Maybe sudah sampai masa, kalau merisik...selalunya pihak lelaki akan bagi cincin belah rotan sebagai tanda....tak kisah lah yang macam mana pun...yang penting simple dan design ny tak sarat...saiz 15 ;) besarnye jari kan +____+