Thursday, June 6, 2013

Resepi Kek Batik Biskut Marie Untuk Seorang Makan


5 MEI 2013

Teringin nk makan kek batik. Jadinya balik keja semalam, terus buat kek batik. Kali ni buat sikit je untuk sorang makan. Resepi semuanya dibahagikan dua. Balik keja dah boleh potong dan makan. Tapi, sebab dah tak sabar nak makan. Bawak kuar dari freezer, tunggu sekejap je terus potong. Hasilnya potongan kek batik tu jadi tak berapa kemas. Sepatutnya, kalau dapat biar lama sikit lepas bawak kuar dari freezer, mesti potongan tu nampak lebih cantik dan kemas :D




Kek Batik Biskut Marie (seorang makan)

Bahan-bahan:
1/2 paket milo (bungkus yang paling kecil)
1/2 bungkus biskut marie (dipatahkan kepada 4 bahagian)
1/2 ketul butter (125g)
1/4 tin susu pekat manis
1/2 sudu besar esen vanilla


Cara: cara:
1. Cairkan butter di dalam kuali/periuk
2. Setelah butter cair, masukkan milo dan susu. Kacau non stop jangan bagi berketul-ketul (Kalau milo tu berketul-ketul jugak, jangan gabra tau. Terus kacau dan kacau sampai hilang ketul-ketul tu)
3. Apabila sebati, masukkan esen vanilla. Kacau lagi
4. Apabila adunan tadi menjadi pekat dan mendidih
5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan
6. Gaulkan sehingga biskut marie tadi diselaputi dengan adunan coklat yang wangi tu
7. Angkat, dan terus masukkan dalam loyang/tupperware (kalau saya, senang letak dalam tupperware)
8. Mampat-mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut tadi. Tekan sekuat hati :D
9. Apabila dah siap, masukkan dalam freezer sekurang-kurangnya 4 jam telah memadai. Tapi, kalau saya selalu letak dalam 8 jam (office hours)
10. Untuk mudahkan potong kek tu, keluarkan lebih awal sebelum dimakan. Setelah agak lembut, barulah dipotong. Sedia dimakan :)


Mandikan biskut marie dengan adunan coklat tadi

Mampatkan kuat-kuat tau

Mampatkan sampai tak ada ruang antara biskut


Sebelum ni masa zaman study dulu, saya pernah buat kek batik dan letakkan dalam fridge. Kek saya 'jadi' tapi bila dipotong kek tu jadi keras dan rangup. Saya suka yang jenis lembut-lembut tu. Jadinya, dapat petua ni dari kawan. Dan masih amalkan sampai sekarang....Alhamdulillah *___*

Petua untuk melembutkan kek batik. Masukkan kek dalam freezer. Keluarkan 30 minit awal sebelum dimakan. Kek mesti lembut dan senang dipotong. Kalau after 30 minit still keras...Biarlah dulu sampai kek tu lembut dan baru lah dipotong...Kadang2 suhu peti ais rumah masing-masing tak sama kan...Siap dan sedia di makan *____*

::: Selamat Mencuba :::










21 comments:

  1. wah nampak basah and sedap tu....

    ReplyDelete
  2. Rajinnya bakal isteri org nih!

    ReplyDelete
  3. Kakak dah lama tak buat wawa.
    Memang betul kalau lembut nak pototng pun senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekali je ni akak...teringin :)

      Delete
  4. aiii mk nsorg je? x pe x pe... ;-)

    btw, salam isra ' mi'raj

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi dah duduk pun sorang :) salam isra' mi'raj

      Delete
  5. Sedapppp...nk cubalah buat. akak dh share resepi bubur lambuk.

    ReplyDelete
  6. sedapnyeeeeee!!

    kite sampai ke hari ni tak buat-buat.malas lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi xpe makan je...ni pun sebab dah teringin sangat :)

      Delete
  7. sedapnyaaa, cantik texture dia... selalu try wat tp xjd cantik lagu nie. nk try la resipi nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la dik non oit...silap! kakak hihihi

      Delete
  8. i pernah buat tapi tak jd sebab tak tau sukatan. i biasa suka buat utk 2 org makan je ni dlm resepi kdg kn utk sukatan yang besar. ok nk try nanti thanks :)

    ReplyDelete
  9. Nmpk sedap..bole la nak try nt..tq share resepi :)

    ReplyDelete
  10. I have been browsing on-line more than three hours lately, but I never
    discovered any fascinating article like yours. It's pretty value sufficient for me.
    In my view, if all website owners and bloggers made good content material as you probably did,
    the web shall be a lot more helpful than ever before.

    Look at my web page - cheap carpets For bedroom

    ReplyDelete

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!