Wednesday, June 5, 2013

4 JUN 2013 - NASI SAMBAL PETAI DAN KHASIAT PETAI


4 JUN 2013

Lunch time hari ni makan nasik putih dengan sambal petai....my fren add on telur dadar lagi...ada berani ke nak makan petai kat ofis haaa hihihi....disebabkan ada geng yang sama-sama nak makan petai nih, so lautan api sanggup ku renangi...plan tu nak makan dari hari jumaat lagi, tapi memandangkan my fren ni ada meeting hari jumaat tu...dan dalam meeting tu pulak dia kena bercakap-cakap....so plan tu telah ditunda ke hari ni...jangan cari nahas tau makan di hari yang ada meeting...jenuh nanti +________+

lepas dah makan petai yang best tu, kena la kunyah ni pulak....untuk menyahkan benda-benda yang sewaktu dengannya +_______+ 


source: google


walaupun petai ni effect dia dari segi bau tu kuat sikit, tapi khasiat petai ni memang banyak....bagus untuk kesihatan...tapi bagi yang memang tak boleh nak terima petai ni, memang tak dapat nak nolong la....macam saya pun, just boleh accept petai yang dimasak...kalau bagi petai tu mentah2 or dijadikan ulam...memang tak upaya nak ditelan :D


KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai
Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Sumber: Pasir Mas