Monday, May 20, 2013

Masalah Berlaku Semasa Majlis Akad Nikah


Gambar Hiasan
Source: Google


20 MEI 2013 (ISNIN)

Hari ni datang ofis memang slow je...Monday blues kan! Kuar dari rumah tadi agak lewat tapi jalan raya memang sunyi sepi...Tak pe lah abaikan je monday blues tu...Sebab nya ada nak cerita something....

Sampai kat ofis tadi, kakak kat ofis ni cerita pasal akad nikah yang dia pegi hari sabtu lepas....Alkisahnya begini, kakak ni join rombongan pengantin bagi pihak lelaki....pengantin perempuan dan pengantin lelaki ni kedua-duanya orang Penang...tapi untuk akad nikah, pengantin perempuan nak buat di Kedah...Jadi, semua bertolak ke masjid di Kedah dan akad nikah dijadualkan diadakan pada jam 11.00 tengahari...

Nak dijadikan cerita, apabila kedua-dua rombongan dah sampai...Jurunikah pun bersedia nak melaksanakan tugasnya dan menyemak dokumen, tup-tup jurunikah maklumkan dokumen tak cukup...iaitu dokumen borang kebenaran berkahwin luar daerah....sudah! memang menggelabah kan kalau jadi benda camni pada hari peristiwa....borang ni perlu dikemukakan oleh pihak pengantin perempuan...dari cerita kakak tu, pengantin perempuan memang dah serahkan borang tersebut cuma tak buat salinan untuk simpanan sendiri...pengantin perempuan bertegas bagi tahu telah serahkan borang tersebut, sebabnya kalau tak serahkan borang, macam mana boleh dapat date/kebenaran untuk akad nikah pada hari tersebut...gitu ceritanya! tapi apakan daya, jurunikah tetap tak nak untuk teruskan akad nikah tersebut...juru nikah suruh balik cari...means kena balik cari di Penang....keluarga sebelah pengantin perempuan, balik cari di Penang, tapi tetak tak jumpa borang yang dicari...

Jadinya, kedua-dua keluarga pengantin berbincang lagi dan putuskan kata sepakat supaya jurunikah call ketua jurunikah untuk cari penyelesaian berhubung perkara ini...Ini berikutan, kenduri/majlis resepsi sebelah perempuan diadakan pada hari yang sama dengan majlis akad nikah....cuba bayangkan!...mintak dijauhkan semua ni berlaku....

Selepas mencapai kata putus, ketua jurunikah meminta kedua-dua pihak pengantin pulang dahulu walaubagaimanapun beliau membenarkan akad nikah diteruskan dengan mengambil kira beberapa sebab...Bayangkan akad nikah sepatutnya kol 11.00 tengahari, telah dilangsungkan pada jam 5.30 petang....kenduri tetap diadakan, cumanya batal air sembahyang dilakukan pada sebelah petang...kakak tu cakap, kesian tengok pengantin :( huhu mintak dijauhkan...

Saya fikir, maybe sebab2 macam ni banyak keluarga yang tak bagi buat majlis akad nikah sehari dengan majlis resepsi...kalau tak jadi masalah masa akad nikah, memang alhamdulillah kan....tapi kalau jadi sesuatu yang tak diduga, memang besar lah risikonya...saya langsung tak terfikir masalah2 macam ni boleh berlaku...checklist itu penting dan sebagai langkah berjaga2, buatlah salinan semua dokumen yang penting untuk akad nikah untuk simpanan sendiri walaupun sebenarnya ia tidak diperlukan....sekurang-kurangnya boleh mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku...tapi bagi yang memang telah decide untuk buat kenduri same day ataupun berkahwin dengan orang jauh, yang mana memang tiada pilihan means mau tak mau memang kena buat majlis akad nikah dan kenduri pihak perempuan pada hari yang sama, saya doakan mudah-mudahan semuanya berjalan lancar seperti apa yang dirancangkan...In Syaa Allah







4 comments:

  1. kesian pengantin tu..Alhamdulillah..nasib baik selamat dinikahkan

    ReplyDelete
  2. Kesian sgt kat pengantin tu..buat kenduri pun dlm mood yang x ok kan? minta simpang sgt2 dr jd mcmni

    ReplyDelete

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!