6 MEI 2013 (ISNIN)
Alhamdulillah masih diberikan peluang hidup dengan bahagia tanpa sebarang rusuhan hebat di tanah air tercinta Negeri Pulau Pinang ini. Hari ini hari yang membuatkan semua golongan yang sibuk menguruskan pilihan raya dapat bernafas dengan lega kerana persiapan berkurun lama itu telah berjaya dilaksanakan tanpa adanya perkara-perkara besar yang tidak diingini berlaku.
Hari ini Negeri Pulau Pinang diumumkan bercuti 'Hari Kelepasan Am' bagi agensi dan jabatan kerajaan. Jadinya, penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di kerajaan negeri turut bercuti sama :)
MENGUNDI KALI PERTAMA
- Saya masih bergelar seorang mahasiswi dan masih mentah
MENGUNDI KALI KEDUA
- Saya bergelar seorang penjawat awam persekutuan... Walaupun masih mentah dalam hidup tapi saya sudah faham dan boleh berfikir
Untuk difikirkan dan direnungkan bersama
Anak: Sapa tu ayah?
Ayah: Perantau?
Anak: Dia tumpang rumah kita?
Ayah: Ye, sementa-ra nak dapat rumah sendiri.
(Lepas beberapa tahun)
Ayah: Kenapa perantau yang menyelesaikan rumah tangga kau nak?
Anak: Apa salahnya? Dia lama di rumah kita.
Ayah: Biar lama pun rumah ni bukan rumah dia.
Anak: Ayah jugak yang ajak dia menumpang di rumah kita. Kita dah jadi saudara.
Ayah: Biar apa pun dalaman kita jangan dibiar orang luar campur. Rumah kita tetap rumah kita. Biar dah jadi saudara dia masih tak boleh nak berlebih rasa di rumah kita.
Anak: Ooo ye ke ayah?
Ayah: Ya anak ku.
Sumber: Print Screen Facebook
Salah 'ayah' memberi semua yg ada buat yg menumpang akhirnya yg menumpang nak memiliki semuanya..
ReplyDeleteselesai jugak mengundi :)
ReplyDelete