Wednesday, June 1, 2016

Part 1 - Asam Garam Menjadi Penyewa


1 JUN 2016 (RABU)

Berkahwin dengan tentera ni memang tak kan lepas daripada merasa pengalaman tinggal di rumah sewa. Sepanjang 2 tahun berkahwin ni saya dapat merasa 3 kali bertukar rumah sewa. Walaupun suami dah ada rumah sendiri, tapi kami suami isteri belum berkesempatan untuk duduk rumah sendiri. Tunggu suami pencen nanti  kot ^____^

Untuk entry kali ni, mungkin lebih kepada sesi luahan perasaan. Asam garam menjadi penyewa dan menyewa rumah orang. Pengalaman menyewa rumah kali pertama dan kedua, Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. 

Kali pertama menyewa,kami menyewa rumah flat time baru-baru berkahwin. Tuan rumahnya orang melayu. Dalam enam bulan selepas tu, suami berjaya dapatkan rumah yang lebih selesa dan dekat dengan Kem. Kami berpindah ke rumah jenis semi-d dan tuan rumahnya orang berbangsa Cina. Rumah tersebut adalah rumah yang dibeli hasil lelongan bank. Tuan rumah sebenar adalah orang Melayu. Jadi kami penyewa pertama selepas Mrs. Woo berjaya membeli rumah tersebut. Pada saya dan suami, kedua-dua tuan rumah kami sangat baik. Mrs. Woo sempat memberi tunjuk ajar kepada saya cara untuk membeli rumah lelong. Mrs. Woo jugak tuan rumah yang sangat memahami penyewa. Contohnya, semasa agreement rumah ditandatangani, beliau memberikan penjelasan secara keseluruhan dan agreement tersebut dipatuhi sehingga ke akhirnya. Deposit rumah ketika hendak keluar rumah juga tak perlu diminta-minta oleh penyewa, beliau sendiri yang bersuara. Kadangkala sebagai penyewa, ada sedikit 'malu' nak bertanya berkenaan duit. Ini side saya dengan husband lah. Kalau orang lain saya tak pasti.

Kali ketiga menyewa, kami menyewa di Putrajaya. Suami mendapat arahan perlu bertukar ke Pangkalan Udara Subang. Ketika itu saya sedang menunggu hari untuk bersalin. Selepas suami bertukar ke sana, saya cuba memohon bertukar ke Putrajaya melalui HRMIS. Alhamdulillah semasa dalam tempoh cuti bersalin, saya telah berjaya bertukar ke Putrajaya. Putrajaya banyak kosong kan *____*. 

Bermulalah episod kami mencari rumah sewa di Putrajaya. Suami minta tolong kawan2 dia yang bekerja di Putrajaya untuk cari. Tapi malangnya full aje. Saya yang banyak masa terluang dalam tempoh cuti bersalin ni, cuba cari melalui FB dan Mudah. Dan saya telah terberkenan dengan 1 iklan di Mudah. "Apartment di Presint 11 untuk disewa". Yang advertise iklan tersebut bernama Effa. 

Saya berbincang dengan husband. Dan husband bersetuju walaupun kos sewa agak tinggi iaitu RM1200 sebulan. Saya terus call. Tapi tak berjawab. Saya try wasap pula. Puan Effa reply wasap saya dan sent pic rumah (bahagian dalam). Pic yang diberi kelihatan masih ada penyewa. Rumah ini sangat kecil dan rasa macam tak berbaloi dengan harga. Tapi saya fikirkan mungkin lokasi rumah ni yang membuatkannya mahal.

Selepas itu, saya meminta details untuk pembayaran serta salinan agreement untuk diteliti terlebih dahulu. Dari sini saya baru tahu yang Puan Effa ini bukanlah tuan rumah sebaliknya Ejen yang menguruskan rumah sewa. Saya pada awalnya tidak rasa sesuatu yang lain. Tapi sepanjang conversation, saya rasa macam ada keraguan dalam urusan kami ni. Saya terus google nama Ejen berkenaan. MasyaAllah, ada banyak kes dorang ni. Ramai penyewa yang dah kena. Saya terus cari lagi aduan-aduan penyewa dan terjumpa dengan seorang ni yang tengah fight untuk hak penyewa yang menyewa rumah beliau. Penyewa beliau tidak dikembalikan duit deposit oleh Ejen yang diupah oleh beliau. Saya terus inbox beliau di FB dan berbincang, Dia minta untuk saya elakkan menyewa dari Ejen ni. Tapi pada masa itu, saya dan suami sudah kesuntukan masa untuk mencari rumah sewa yang lain dan dengan harapan nak menyewa sekejap je dan cepat2 nak mohon kuarters. Alahai!

Bersambung....





2 comments:

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!