Wednesday, February 20, 2013

Cucur Udang Cheese - Atkins Diet

20 FEBRUARI 2013 (RABU)

Hari ni merupakan hari ketiga beratkins...Bangun awal pagi goreng telur :)...Sebab malu la nak brkfst kat kedai semata-mata nak makan telur mata 2 biji...Cashier pun senyum-senyum je time nak bayar huhuhu...Pagi ni buat telur dadar cheese dan telur mata untuk breakfast...Tengahari rasa macam nak makan tomyam hotdog+telur+sawi :) Tengok dulu macam mana nanti :)

Kat bawah ni menu untuk dinner semalam...Cucur udang cheese...Resepi ni otai atkins yang bagi....Tapi masa nak beli cheese tu...Make sure ambil cheese yang paling rendah karbohidrat tau...Senang dan cepat nak buat...Ni saya terblender lebih...Kalau boleh jangan blender sampai cair sangat...


Cucur Udang Cheese
Resepi:
8 ekor udang (saiz besar)
2 keping cheese
2 biji telur

Cara-caranya:
1. Blender kesemuanya
2. Bila dan sebati. Boleh lah digoreng
3. Cedok guna sudu untuk masukkan di dalam kuali
4. Sedia untuk dimakan panas-panas


p/s: Kalau yang tak mengamalkan Atkins Diet, boleh la cicah dengan sos...