Monday, September 9, 2013

Kursus Kahwin - MASJID PERDA


7 - 8 SEPTEMBER 2013 (SABTU - AHAD) 
8.00 PAGI - 5.00 PETANG
MASJID PERDA, BUKIT MERTAJAM

    Alhamdulillah dah selesai 1st step dalam penyediaan legal document untuk urusan Ijab dan Qabul nanti...Sekarang ni tinggal lagi 3 dokumen yang perlu dibuat dan disediakan....

     Apa perasaan lepas menghadiri kursus kahwin? Hohoho malu la nak cakap...Terus rasa nak kawen ^___^ Hihi tipu je...Perasaan sebenar saya adalah lebih kepada rasa takut dan berdebar...Sebabnya perkahwinan ni bukanlah 1 benda main-main....Perkahwinan ni menuntut kesefahaman yang tinggi, sabar dan redha di antara pasangan...


Maka Imam Sufyan pun berkata:

Barangsiapa yang menikahi kerana mencari kedudukan yang mulia maka dia akan diuji dengan kehinaan,
barangsiapa yang bernikah kerana harta maka dia akan ditimpa kefakiran, dan
barangsiapa yang menikah kerana agama maka Allah akan menghimpunkan baginya kedudukan dan harta bersama dengan agama.”


Banyak topik yang dibincangkan di dalam kursus kahwin ni. Antaranya;
AQIDAH 
IBADAH DALAM ISLAM
PROSEDUR PERKAHWINAN
PENGURUSAN MASALAH/ STRESS
AKHLAK DALAM RUMAH TANGGA
HUBUNGAN KELAMIN
PENGURUSAN KEWANGAN
KESIHATAN
PEMBUBARAN PERKAHWINAN

    Antara semua topik tu, topik yang paling hot dibincangkan adalah 'PEMBUBARAN PERKAHWINAN'...Topik ni sangat kelakar dan dalam masa yang sama sangat-sangat menggerunkan...Bagi yang belum berkahwin, kalau nak tau apa yang hot sangat topik ni...Kena la tuan badan gi kursus kawen sendiri...Baru lah tau apa yang saya maksudkan...

     Pendapat saya, adalah baiknya yang teruna dan dara ni (COUPLE) attend kursus kawen awal-awal...Jangan tanya saya kenapa? Kalau dah attend nanti, korang pasti akan faham...Tak rugi tau kalau pergi kursus kawen banyak kali ^_____^