Monday, December 28, 2009

oh...teman2 ku....rindunyaaaa

rindunyaaaa....cik shida, kak yaya, yun, yana

(= Ditujukan untuk teman2 lama n teman2 yg baru n mata-mata yang ngah baca blog ni =)

Wahai teman
ke manakah jalan hidupmu?
apakah ke laluan yang terang benderang,
atau ke lorong yang gelap dan kelam?
atau mungkin
kau ingin menyelusuri laluan samar berkabus
penuh keraguan dan ketidakpastian?

Wahai teman
masa muda itu singkat
kematian itu dekat
masa lalu takkan kembali
yang ada hanya kini dan masa depan
berbuatlah sesuka hatimu sekarang
jika kau ingin sengsara di hari kemudian

Wahai teman
tatkala engkau merasa tersisih
ingatlah pesanku, percayalah kataku
bahawa dirimu terlalu istimewa
dan tak layak untuk engkau berputus asa
kerana Tuhan sentiasa ada
mendengar dan melihat segala

Wahai teman
tahun demi tahun berganti
saat demi saat tak pernah terhenti
cuma satu kupinta darimu
tetapkanlah matlamat hidupmu
laluanmu akan menjadi mudah

Wahai teman
jangan merasa berat dengan pesanku
kerana aku kasih dan sayang padamu
dan aku ingin
agar kau kasih pada Tuhan dan Rasulmu.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431
http://zulyunus.com/2009/12/20/wahai-teman/#more-842

-diterima by email dr Dr. Munirah

1 comment:

  1. The clearness in your post is simply great and i can think you are knowledgeable in this subject. Fine together with your permission allow me to snatch your RSS feed to stay updated with forthcoming post
    Pinoy Channel| Pinoy Tambayan| Pinoy Tv| Pinoy Tv Replay| Pinoy Ako| Pinoy Lambingan| Pinoy Teleserye| Zee tv

    ReplyDelete

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!