Thursday, June 8, 2017

Tomyam Sedap Pedas


Berbuka hari isnin yang lepas, saya buat tomyam. Kali ni sebab cukup bahan, saya cuba cara yang tengok video kat FB. Hasilnya tomyam yang sangat sedap dan ummphh....pedas berapi. Bagi penggemar tomyam pedas sesuai guna resepi ni.

Resepi Tom Yum Sedap Pedas

Ayam dipotong kecil (Saya guna 1 ketul ayam saiz agak besar)
Udang (Saya guna 10 udang)
Chicken ball (option)
Bawang holland sebiji (dipotong kasar)
Bawang putih (3 ulas - diketuk)
Daun limau purut
2 batang serai (diketuk)
Sedikit lengkuas
Kubis bunga
Carrot
Tomato
Cili Padi
Perencah Tomyam Adabi 1 bungkus
Perencah Thai Tom Yum (Kalau tak ada, guna sepaket lagi perencah tomyam adabi)
Garam (hujung sudu kecil)
Gula (1 sudu kecil )

Cara-caranya

Rebus ayam sampai mendidih
(Kisar tomato 2 biji yang dibelah bersama-sama 12 biji cili padi dan sebungkus perencah tomyam adabi dan 2 sudu perencah thai tomyam serta masukkan sedikit air - kisar sampai semuanya hancur)
Masukkan bahan kisar ke dalam rebusan ayam yang telah mendidih
Masukkan serai
Masukkan lengkuas
Masukkan bawang putih
Masukkan bawang holland
Masukkan daun limau purut
Masukkan sedikit gula dan garam (agak2 ikut citarasa)
Gaulkan sekejap
Masukkan udang
Masukkan chicken ball
Masukkan serbuk perasa (Bagi yang suka)
Masukkan kubis bunga, carrot dan tomato




Siap dan sedap dan pedas!!!






1 comment:

  1. Nampak sedap dah tu...SA x tau nak masak apa la...pening dah..

    ReplyDelete

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!