Tuesday, March 25, 2014

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA DAN PENUMPANG MH370

 25 MARCH 2014 (SELASA)


Semenjak dua menjak ni rasa dah tak bersemangat nak post entry...Saya ni kalau susah hati, memang tak dapat ber blog...Tak tau susah hati sebab apa...Bila difikir-fikir maybe sebab MH370....MH370 yang membawa dengan jelas nama MALAYSIA di luar pesawat tersebut...

Walaupun tak ada family tang terlibat, tapi memang rasa susah hati....Maybe lumrah hidup sensitif kita sebagai seorang manusia, sebagai seorang Islam, sebagai seorang rakyat Malaysia...

Semalam tido awal...Lepas Isyak terus tido....Bila jaga tengah-tengah malam lebih kurang dalam kol 3.30 pagi....Hujan lebat sangat time tu....Husband cakap MH370 dah jumpa....Saya tanya la jumpa kat mana....Husband cakap PM dah announce...

Bila dah tau macam tu, terus rasa sedih....Terbawak-bawak :(....Kita sebagai manusia dan umat Islam, saya faham kena terima takdir ini dengan redha dan salah satunya beriman dengan Qada' dan Qadar...Tapi jauh di sudut hati, saya sangat-sangat ingin tahu apakah yang sebenar-benarnya terjadi....Adakah benar-benar terhempas kerana bencana? atau apa? Bagaimana pilot, krew, penumpang menghadapi semua ni? Macam-macam yang menjadi tanda tanya dalam fikiran?

Ya Allah...Hanya Engkau dan penumpang-penumpang di dalam itu sahaja yang mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku....Al-fatihah..

Peringatan oleh Allah kepada umatnya supaya muhasabah dan menginsafi diri :(





3 comments:

  1. Akak pun sgt2 terbawak...ni mls nk tgok tv...takut x leh tido mcm smlm ..

    ReplyDelete
  2. akak pon terbawak2 sampai dekat seminggu x bole tido... mimpi bukan2... lepas dengar ceramah ustaz don, baru boleh let go sikit wpon sedih tetap ada...

    ReplyDelete
  3. Apabila bermula berita kehilangan pesawat MAS MH370 di kaca televisyen, hati saya dah jadi gundah gulana walaupun hakikatnya tak der kenalan atau saudara mara dalam pesawat tu. Hampir setiap saat dan ketika saya mahu mendengar perkhabaran mengenai nasib pesawat, anak kapal dan semua penumpang. Ketika tidur pada malam pertama selepas kehilangan pesawat MAS MH370, saya boleh terjaga di tengah-tengah malam untuk membuka fb bagi mendapatkan perkhabaran pesawat. Harini, bila PM umumkan pesawat berakhir di Lautan Hindi, perasaan sayu dan sedih menyelubungi diri. Air mata menitis juga apabila melihat berita di akhbar, kaca tv dan media sosial yang lain. Mungkin atas dasar kemanusiaan dan kejadian ini melibatkan negara yang tercinta MALAYSIA, air mata ini semakin mengalir laju. Sedih yang teramat sangat melihat pemimpin negara bertungkus-lumus mencari jawapan kemana perginya MH370. Namun begitu sebagai Orang Islam, kita kena redha dan percaya kepada Qada' dan Qadar Allah SWT. Perancangan kita adalah yang terbaik tetapi Perancangan Allah SWT mengatasi segala-galanya. Al-Fatihah buat seluruh umat Islam yang berada dalam pesawat tersebut.

    ReplyDelete

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!