Tuesday, March 18, 2014

Majlis Akad Nikah Saya :) Najwa & Azahar 12 Januari 2014

12 JANUARI 2014 (AHAD)
10.00 PAGI
TERATAK AYAHANDA
BUKIT MERTAJAM, NEGERI PULAU PINANG

Hari yang dinanti telah tiba....
Di saat ini tengah nervous tau menunggu rombongan dari pengantin lelaki sampai. Nervous nervous pun sempat lah posing 2 3 das hihi...Majlis akad nikah ni dijadualkan berlangsung pada jam 10.00 pagi. Tradisi keluarga, majlis akad nikah diadakan awal seminggu dari majlis resepsi. Majlis ini hanya dihadiri oleh saudara-mara sahaja dan jiran-jiran terdekat sahaja.



Ini lah pelamin DIY saya ^___^




LAFAZ AKAD

Alhamdulillah pengantin lelaki dan tok kadi sampai seperti masa yang dijanjikan... Pengantin lelaki sapa ni? ^___^


Tok kadi sedang memberikan penerangan kepada Mr. A


Time ni muka cuak je kan...Sebabnya plan asal saya tak duduk situ....Saya duduk tempat lain...Tapi tiba-tiba tok kadi panggil suruh duduk dekat...Haa tu yang terus muka tak mo senyum tu
Cousin (my photographer) pun cakap, awat la semua muka masam ja ^_6....


Akad dilafaz, dan ketika ini, Mr. A sudah bergelar suami saya haha..Ayat brutal kan
Ayat sopan sikit, saya sudah bergelar isteri Mr. A yang sah...


Mr. A sedang membaca lafaz taklik



Tok kadi membaca doa tanda bersyukur telah menyelesaikan majlis dan mendoakan pengantin baru ^___^


Time ni kan rasa betol ke aku dah kawen ni ^___^


Menandatangani dokumen kahwin


Alhamdulillah selesai



Disaksikan oleh semua sanak saudara sebelah saya dan sebelah mertua

Ayah saya  ^___^









MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG

 Nampak tak, kita senyum sorang-sorang
Mr. A serius sokmo...Macam kena kawen paksa
Tentera memang susah senyum kot kan ^_~


Mr. A menyerahkan mas kahwin dan hantaran


Membatalkan air sembahyang dengan menyarungkan cincin
Kita senyum sorang-sorang lagi


Kali pertama bersalaman dan bersentuhan
Bersyukur kepada Allah kerana kami berjaya membataskan apa saja yang dilarang semasa berkawan dan bertunang... Alhamdulillah
Seriously, kita akan rasa bahagia sangat bila bersentuhan secara sah


Ehem-ehem...Tak boleh tunjuk ^___^
Cer tengok, serius sokmo Mr. A


Hihihihi...kita yang tak tahan nak gelak...opps!





SUAP PULUT KUNING

Pulut kuning dua tingkat yang sangat cantik
Sayang nak makan dan nak potong


Potong tipu-tipu je ni


Anak-anak sedara yang tak sabar dan teruja tengok pulut kuning tu
Kat side saya, anak sedara saya 4 orang
Kat side Mr. A, anak sedara Mr. A yang 2 lelaki tu, yang perempuan tu sepupu Mr. A





POSING HIHIHI ^___^

Team Mak Jemah!
Dengan kakak-kakak dan adik bongsu
Semua pakai henna...Tiru kita la tu!


Nampak tak caption yang saya pegang tu
Hihi mata tengok ke atas
^___^


 Best kan ramai adik beradik pompuan ^_6


Anak-anak sedara memang suka sangat dengan props ni
Tu yang sanggup posing tu
 Kalau tak, jenuh nak mengumpulkan 4 orang ni amik gambar

Anak-anak sedara Alang yang comel





SESI BERGAMBAR DENGAN KELUARGA DAN KELUARGA MERTUA





Dengan adik bongsu saya


Dengan adik ipar bongsu




MAKAN NASIK MINYAK KENDURI SENDIRI ^___^


Makan nasik selepas penat posing
Sedap sangat rasa nasik ni sebab dah 2 minggu buat atkins diet time ni ^___^


Tengok, sampai ke sudah muka Mr. A kita serius


Dulu sorang

Sekarang dah berdua ^_____^




























Nanti kita share pic outdoor pulak k 

^______^