Thursday, November 22, 2012

Korban di Gaza Terus Meningkat

Sedih tengok situasi ni. Bantulah Bumi Gaza selagi terdaya dan bantulah dengan cara apa sekali pun mengikut kemampuan yang ada 


Bandar Raya Gaza, 21 Nov 2012 : Enam lagi penduduk Palestin terkorban dalam serangan di Gaza pagi semalam, selepas malam yang tenang buat kali pertama sejak serangan Israel tujuh hari lalu, kata jurucakap perkhidmatan ambulans.

“Enam penduduk mati syahid dalam dua serbuan di kawasan Mughraqa di selatan Bandar Gaza dan yang ketiga terkorban di Beit Lahiya,” kata Adham Abu Selmiya.

Beliau berkata, korban terbaru dikenali Abdel Rahman Hamed yang terbunuh di Safina dan Mohammed Badr yang terkorban dalam serangan di Deir al-Balah di tengah Gaza.

Kematian terbaru meningkat angka kematian di pihak Palestin kepada 116 orang dengan mereka yang cedera lebih 920 orang.

Sokong usaha Mesir

Semalam, 10 menteri luar negara Arab dan Turki, menyeberang ke Gaza bagi menyatakan sokongan padu kepada wilayah Palestin ditadbir Pergerakan Hamas.

Lawatan itu dirancang pada mesyuarat tergempar Liga Arab di Kaherah Sabtu lalu, ketika negara Arab menyatakan sokongan kepada usaha Mesir untuk melaksanakan gencatan senjata antara Israel dan Palestin.

“Menteri berkenaan adalah dari Mesir, Maghribi; Palestin; Iraq; Sudan; Qatar; Lubnan; Jordan dan Turki. Mereka diiringi pemimpin Liga Arab, Nabil Elaraby,” kata sumber pertubuhan itu.

Sementara itu tentera Israel berkata, ia menyerang kira-kira 100 sasaran di jaluran pantai pada waktu malam, menggunakan pesawat, kapal perang dan meriam.

Perkhidmatan kecemasan Palestin berkata serbuan itu merosakkan Bank Islam Nasional yang ditubuhkan kerajaan Hamas.

“Sebuah institusi kewangan yang digunakan Hamas untuk membantu aktivitinya menjadi sasaran tentera Israel di utara Semenanjung Gaza,” kata kenyataan tentera.

Rumah di bom

Kementerian dalam negeri Palestin dan saksi juga memberitahu AFP bahawa serangan itu mengenai rumah beberapa pemimpin militan, termasuk Raed Aatar, seorang komander kanan dalam sayap senjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam.

Rumah Abu Anza, seorang pegawai Qassam di Khan Yunis, juga dibom bersama pejabat Jihad Islam di bandar sama selatan Gaza.

Seorang jurucakap tentera memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya tiga roket mengenai selatan Israel semalaman, dan dua lagi dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome (Kubah Besi).

Kelmarin, adalah hari paling berdarah operasi Israel sejak ia dilancarkan Rabu lalu dengan 32 orang terbunuh. - AFP
    Sumber: BeritaHarian

2 comments:

  1. x smpi hati nak tgok gmbr yg org share kat FB. hancur badan sana sini..huhuhu.

    ReplyDelete
  2. z@ck - btol....xsampai hati nak tengok...kesian :( sedih :( macam2 rasa :(

    ReplyDelete

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!