Friday, November 16, 2012

::: PANTAI QUEENSBAY ::: BATU FERINGGI ::: PANTAI SEAGATE :::

Aktiviti 15 November 2012 (Khamis)


::: BATU FERINGGI :::

Bagi orang Penang tak sah lah kalau tak pernah berkelah or main-main air kat Batu Feringghi... Bagi orang yang bukan dari Penang pulak mesti teringin nak mandi kat sini kan :) Pantainya panjang tapi problem tang parking keta tu...Sebab kena parking kat tepi-tepi jalan yang memang sedia ada sempit... Parking yang disediakan ada tapi sangat-sangat limited.... Tapi jangan risau, kalau tiba-tiba sampai tengok-tengok parking dah full.... Teruskan drive sebab kat depan depan lagi pun boleh berenti, pantai ni kan panjang... Tak perlu berebut-rebut... Yang bezanya kalau lagi jauh berenti... Tak de la kedai-kedai makan kat tepi-tepi pantai tu dan tak boleh la korang nak merasa makan ABC Batu Feringghi sambil mengadap pantai yang indah ni haha... Just boleh mandi-manda... Sesuai bagi family yang bawa bekalan makanan untuk berkelah...

Pantai yang aku sampai ni pun...selepas dah lalu 3 perhentian... Parking full aje maybe sebab hari cuti.... Best tau main air!! :))))

Dah sampai apa lagi....terus la  main air! Best ooooo!
Sekali-sekala dapat main air...memang heaven!

Tengok ombak lama-lama...Pening kepala!

Ada 3 buah family berkelah kat sini
1 Malaysia... Ada family Melayu, Cina & India :)

Ya Allah.... Damai nya rasa hati bila nampak ombak membadai batu-batu kat persisiran ni... Idea nak karang sajak terus mai menderu-deru... haha 

Cuba tengok kat batu tu... Bukan tengok kasut tau! Kat batu tu penuh dengan kulit kerang/siput yang melekat... Xsure la kerang/siput tu hidup ke tak... Bila aku letak tangan nak duduk... Rasa cam something bergerak-gerak... Terus tak jadi duduk

Time jalan nak balik pulak... Ter jumpa agar-agar ni... Silap! obor-obor kan... Nasib baik time main air tadi tak nampak 1 pun obor-obor ni... Kalau tak, mau berbirat-birat kaki kan
Tapi memang nampak sedap giler lah... Nak makan!

okes... dah puas main air! nak balik! next destination!



::: PANTAI QUEENSBAY :::



Bagi yang pernah ke Queensbay Mall... Betol-betol kat depan Qbay Mall ni ada tempat yang korang boleh duduk ber dating atau makan-makan dengan family sambil menikmati permandangan pantai... Pantai Pulau Jerejak kalau tak silap... Sepanjang-panjang jalan menghadap pantai tu memang ada banyak sangat gerai...Nak makan apa semua ada... makanan penang! western! macam2 lah... Cuma larat makan dan tak larat makan ja :) 

Sebelum ni lalu ja dan terus ke Qbay Mall... Ni kira 1st time lah sampai dan duduk2 makan2 kat sini...Best!

makan time! pekena laksa quensbay...
ni namanya laksa kedah... bukan laksa penang tau... rasa lebih kurang ja :)

masa sampai ni awal lagi... so orang pun tak ramai lagi... dari sini boleh nampak Penang Bridge

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya!

Subhanallah



::: PANTAI SEAGATE :::


Dah selalu datang makan sini... Port kali ni kat tepi jalan! So tak de la amik gambar pantai... Kalau yang nak datang sini! Pilih la gerai yang mengadap pantai! Boleh makan-makan sambil feeling-feeling :)

Horlick Ais
Teh o Ais


Balik!!!  +____+




2 comments:

  1. hoiiii.. datink
    igt org xperasan ke mamat dalam bayang2 tu..cheewahhhhh..

    ReplyDelete
  2. stobericicahracun - hihihi...aip budak2 kecik...dok diam2

    ReplyDelete

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!