Friday, July 20, 2012

Resepi Murtabak Maggie

Murtabak Maggie yang dah siap digoreng

Yummy yummy

Dah lama tak buat murtabak maggie...Time jadi student dulu rajin la membuat sebab dah boring makan maggie cam cara biasa tu kan....Resepi murtabak maggie ni simple je...Sekali sekala tukar selera best jugak kan ;)


Bahan-bahan;

1 bungkus maggie
2 biji telur
1 labu bawang besar
1 tangkai daun bawang
garam secukup rasa
sedikit rempah kari / 1/2 bungkus perasa maggie
1 biji cili merah

Untuk tambahan, boleh letakkan sosej, udang dan lain-lain




Cara-cara;
Mula-mula hiris bawang , cili merah dan daun bawang.
Kemudian rebus maggie sehingga lembut
Pecahkan telur dan pukul sehingga kembang serta masukkan secubit garam.
Selepas itu masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam telur (maggie, hirisan bawang, daun bawang, cili merah dan perasa maggie.
Gaul rata bahan-bahan tersebut.
Akhir sekali panaskan kuali dan masak seperti lempeng dan biar kekuningan (boleh digoreng semua sekaligus atau goreng dalam saiz kecil seperti pic di bawah)
Sedap dimakan ketika masih panas-panas bersama sos.





Wawa goreng murtabak saiz besar dan goreng saiz kecik jugak macam pic kat atas...Pic time goreng murtabak saiz besar tak sempat snap huhu




Dah siap untuk dimakan...


Yummy...Kenyang dah... ;)


Source:My Resepi

Post a Comment

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!