Monday, July 23, 2012

Fadhilat Ramadhan - Sejarah, Kelebihan dan Amalan



Sejarah Ramadhan
Ramadhan: ertinya panas terik
Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
Di pilih untuk ibadat puasa.
Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran)


Kelebihan Bulan Ramadhan
Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
Bulan penuh keberkatan
Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
Amal sunat sama dengan solat fardhu
Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
Bulan menambah rezeki
Memberi buka banyak pahala
Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan – pengampunan,
10 hari terakhir – kemerdekaan api neraka.


Amalan-amalan di bulan Ramadhan
Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Menempah pakaian untuk Ramadhan
Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
Berazam melakukan Terawih
Bertadarus
Solat berjemaah setiap waktu
Solat jemaah di masjid/surau
Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
Sahur diwaktu akhir
Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
Mandi Janabah sebelum Imsak
Kurangkan tidur
Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
Tunaikan Solat Dhuha
Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
Tunaikan solat Rawatib
Jaga pacaindera
Elakkan gosok gigi pd waktu petang
Hadiri majlis ilmu
Buat baik pada ibubapa
Isteri hendaklah taat pada suami
Banyakkan bersedekah
Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
Berbuka bersama orang tua
Jemput tetamu berbuka
Kurangkan berat badan
Banyakkan i’tikaf di masjid
Baiki hubungan suami isteri
Baiki hubungan jiran
Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
Elakkan berbelanja berlebihan
Kuatkan kesabaran
Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
Elakkan menonton TV yang membangkitkan nafsu
Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
Berdoa dengan nada lembut dan merayu
Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
Melazimkan solat 5 waktu
Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar
Elakkan banyak berhutang
Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
Tunaikan zakat fitrah

Post a Comment

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!