Thursday, May 19, 2016

Part 4 - Nifas Berbau Busuk / Bau Bangkai

18 MEI 2016 (RABU)
7.40 PAGI


Hari Ke-10
Saya ke hospital ditemani Mr. A untuk bukak selotip luka ceaser. Sekajap je. Doc buka selotip tu. Lepas tu dia spray macam gam tu. Lepas tu siap. Dan boleh balik.

Selama 20 hari kalau tak silap saya, Nurse dari Klinik Desa akan datang check kita dan baby. Bila dorang tengok jahitan ceaser saya tu. Nurse dok puji2. Dorang cakap cantik nye jahitan. Kemas. Saya cakap kenape. Ada yang jadi macam lain ke. Lepas tu nurse tu cakap, dia kata bekas luka ceaser dia tak cantik. Saya pun tak tanya banyak. Tak tau apa yang dorang maksudkan.

Hari Ke-11
Hari  ni lah bermula segala-galanya. Saya tiba-tiba rasa macam sakit/ nyilu/ perit bila darah nifas nak keluar. Lepas tu saya dapat rasa bau nifas saya busuk sangat. Macam bau bangkai. Mula tu saya diamkan je. Saya ingat biasa-biasa je dan saya ingat saya sorang yang bau.

Saya pun google2 la. Faktor2 yang menyebabkan nifas berbau. Banyak yang saya jumpa nifas berbau ni sebab faktor pemakanan. Sebab utamanya sebab makan ikan gelama. Ok lega sikit. Memang betol, hari-hari saya makan ikan gelama sebagai menu berpantang. Nanti saya share 1 slot tentang menu pemakanan saya masa berpantang.

Tapi dari hari ke hari, sakit tu lagi menjadi-jadi. Tapi saya still diamkan diri, Sampai lah kakak 1st saya datang melawat. Dia masuk bilik. Dia tanya, 'Kenapa bau busuk sangat ni?'. Saya terkejut la. Saya kata, 'Bau ke?'. Lepas tu terus husband saya cakap 'abang dah lama dah bau. Tapi tak cakap la.' Huhuhuhu. Terus bagi tau kakak dan husband, saya cakap saya rasa sakit bila nak kuar nifas. The next day tu saya dah nak sambung berpantang di rumah mertua.

Hari Ke-13
Saya berpantang di rumah mertua. Mak mertua banyak sangat tolong saya. Terima kasih mak. Di rumah mak mertua, saya still lagi sakit. Saya cakap kat husband. Husband bagi tau kat mak mertua. Mak mertua saya terus suruh saya pergi check kat hospital/ klinik.

Time tu dah kol 4.30 petang. Hari Ahad. Tak banyak klinik yang bukak. Husband bawak pergi 1 klinik ni. Memang banyak jugak ibu dan anak refer case kat sini. Sampai turn saya. Inform kat doc blabla...... Doc pun scan perut saya. Sekali doc cakap, 'Eh! Ni macam dorang tak kuar habis time operate ni. Saya nampak macam ada lagi saki baki. Kena pergi hospital balik.'. Saya terus rasa macam nak menangis. Tapi sabar lagi. Doc buat surat suruh refer hospital. Saya kuar terus ajak husband masuk kereta. Masuk2 kereta je, husband tanya apa doc cakap. Terus saya menangis. Saya terbayang-bayang doc nak toreh semula bekas jahitan ceaser tu. Time tu memang saya rasa takut sangat. Emosi saya time tu kacau bilau dan dalam pantang lagi. 

Tiba-tiba husband cakap, husband cakap dia tak percaya result doc cakap tu. Dia ajak saya pergi check kat klinik lain pulak. Saya follow je. Sebab rasa dah hilang semangat. Tapi nasib tak baik. Sebab hari ahad dan dah petang sangat. Banyak klinik yang dah tutup.

Balik rumah, husband cerita kat mak mertua dan kakak ipar. Dorang suggest saya pergi Hospital Bersalin Mahsuri kat Jitra, Kedah. Sebab kat situ ada pakar bersalin. Dr. Rohana kalau tak silap saya.

Hari ke-14
Masa sampai di Hospital Bersalin Mahsuri, staff di counter refer kes saya kepada doc bersalin biasa sebab doc pakar ada kes emergency ceaser hari tu. Lepas refer kat doc tu, dia scan perut. Dia cakap nampak macam ada  ketulan kat dinding rahim. Lepas tu dia masukkan jari kat dalam tut tut. Saya rasa sakit sangat. So dia tak boleh nak teruskan. Sebab saya rasa sakit. So dia mintak saya tunggu untuk refer dengan Doc Pakar sebab dia tak boleh pastikan ketulan apa dalam dinding rahim tu.

Finally dapat refer dengan doc pakar, Doc scan perut saya. Dia cakap yes betol ada ketulan kat dinding rahim. Tapi doc cakap selalunya kalau bersalin ceaser, sepatutnya tut tut tak terganggu. So dia scan lagi. Dia cakap ketulan tu block laluan nifas keluar. So dia syak itu lah punca saya sakit. Dan dia syak ketulan tu adalah darah bantal / darah nifas yang beku.

Jadinya, doc cakap darah beku tu perlu dikeluarkan. Dia cuba masukkan macam satu alat dalam tut tut. Alat tu mungkin untuk buka laluan ke rahim. Saya rasa Ya Allah sakit ya amat. Lepas tu doc cakap kalau macam tu jom kita ke labour room. Aii masuk labour room lagi i.

Doc suruh saya decide samada saya just nak guna alat pernafasan or nak guna suntikan ubat tido sepanjang proses dorang nak keluarkan darah beku tu. Husband teman saya sekali kat dalam labour room. Fikir-fikir punya fikir, saya kata saya nak ubat tido. Saya rasa macam tak termampu nak tahan sakit tu. Lepas disuntik ubat tido, dalam 10 saat macam tu saya dah laloq dan tertido tapi still meracau-racau.Yang ini husband yang cerita ye. Tak lama lepas tu semua pun selesai. Tapi saya still lali2 lagi. Husband cakap kat saya, nasib baik saya amik ubat tido, sebab nya dalam dok lali tu pun saya dah macam nak tendang nurse sambil jerit sakit sakit huhu

Lepas dah sedar tu terus dah tak sakit. Doc ambil sampel darah nifas untuk check di lab samada ada bakteria atau tak. Doc jugak ada catat size darah nifas beku tu dalam buku pink (buku mengandung). Size darah beku tu boleh tahan besar jugak. Patut lah sakit.

Alhamdulillah selesai lah masalah saya. Ini lah 1-1 nya masalah saya sepanjang dalam berpantang hari tu. Jahitan ceaser pun alhamdulillah baik-baik je. Tak ada masalah.

Next entry saya akan share menu makanan untuk ibu-ibu berpantang bersalin ceaser.

Post a Comment

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!