Tuesday, May 17, 2016

Part 3 - Hari Bersalin Ceaser

16 MEI 2016 (ISNIN)
7.30 PAGI


1 Julai 2015 bersamaan 14 Ramadhan 1436H, 4.00 Pagi
Saya  tak boleh tidur malam tu. Tak selesa sebab ada saluran kencing tu. Nak kena biasakan diri nak kencing. Lepas tu kejap-kejap rasa nak buang air besar. 2 3 kali pergi ke tandas. Sampai kol 6.30 pagi saya still rasa nak buang air besar tapi tak keluar. Saya fikir maybe nervous.

Lepas tu, nurse datang panggil minta saya bersiap sedia untuk operate. Nurse bagi baju OT. Saya cakap kat nurse saya rasa nak buang air besar. Nurse cakap tak pe, pergi buang dulu. Memercik peluh. Sebab saya rasa nervous teramat. Husband dah sampai dengan mak mertua time tu. Mak mertua datang dari Perlis. Disebabkan rasa nak buang air besar tu tak hilang, saya terus je pakai baju OT dan naik atas katil untuk dorang tolak masuk ke labour room.

7.00 pagi
Menunggu di luar  labour room. Saya cakap kat nurse, saya rasa macam nak buang air besar. Saya minta nak pergi toilet. Nurse cakap, 'Tak boleh puan. Doc tak bagi kalau patient time-time macam ni pergi toilet.' Saya cakap la. Tolong la nurse. Saya betol-betol rasa nak buang air besar.' Ramai staff2 untuk operation time tu. Dorang macam kesian kat saya. Dorang buatkan toilet tepi dinding tu. Cover2 dengan kain. Dorang suruh saya buang air besar kat situ hihi. Kelakar pun ada. Tapi  bila mai urgent ni. Tak kisah dah, Duduk lah saya kat toilet buatan tu. 5 minit sekali dorang datang tanya, 'Puan dah ok ke'. Saya cakap belum. Sampai lah dalam 15 minit. Nurse datang bagi tau doc dah sampai. Dorang cakap 'tak pe puan. Berak je kat dalam labour room nanti.' hihi kelakar pun ada. Sampai ke sudah tak buang air besar. Saya pun cakap la maybe nervous kot. Rasa selesa sangat dengan staff dewan bersalin kat sini.

7.30 pagi
Dah dibaringkan kat atas katil untuk di operate. Staff semua masing2 happy je sambil bekerja. Sampai saya rasa betol ke dorang ni nak operate. Ke nak main-main. Sebab memang semuanya bergurau senda, sembang dengan saya. Maybe dia tak nak kita nervous kan, Memang bagus situasi ni sebab secara tak langsung saya hilang nervous.

Staff semua pasang wire apa yang patut kat saya. Untuk pantau segala macam kan. Lepas tu pakar bius minta bangun duduk separuh. Dorang check tulang belakang. Time ni datang nervous. Sebab terbayang-bayang baca pengalaman orang lain. Pastu saya rasa dorang macam spray benda sejuk. Pastu terus dorang suruh baring semula. Saya tanya dah cucuk ke. Dorang cakap dah selesai puan. Time tu bersyukur sangat, saya langsung tak rasa sakit.

Tak lama lepas tu, doc cakap kat saya. Puan cuba angkat kaki kiri. Saya cuba angkat tapi berat sangat. Doc cakap,'Tak boleh angkat kan. Ok puan. Kenapa puan ada di sini?' Saya pun jawab la sebab nak ceasarian. Pastu doc cakap lagi, 'Sekarang kita nak mula ye'. Saya cakap, 'Baik Doc',

Saya pandang depan. Bahagian badan ke bawah ditutup dengan kain. Saya nampak ada asap je keluar. Dorang guna laser kan. Tiba-tiba saya rasa macam perut saya ni berpusing bahagian dalamnya. Dan saya rasa ada tangan menekan-nekan tepi perut untuk menarik sesuatu keluar. Dan tiba-tiba dengar lah bunyi baby menangis. Alhamdulillah. Dalam masa 10 minit semua tu berlaku. Anak saya dan suami dah selamat lahir ke dunia. Doc datang cakap kat saya, mulut anak saya dah masuk najis. Maybe sakit perut saya dari kol 4 pagi tadi construction nak bersalin. Kalau jantung baby tak kuat macam-macam boleh jadi. Ya Allah bersyukur sangat semua dipermudahkan. Saya langsung tak rasa sakit. Alhamdulillah.

8.15 pagi
Saya direhatkan di bilik yang lain. Badan saya menggeletar. Terlampau sejuk. Maybe effect ubat bius tadi. Dalam 30 minit lepas tu, saya ditolak balik ke ward. Dalam perjalanan nak balik tu, husband, ayah saya dan mak mertua dah tunggu kat luar ward. Ayah saya sempat bagi tau yang dia dah tengok anak saya, nurse dukung tadi. Lega rasa. Dah sampai di ward. Nurse datang hantar baby. Suami datang azankan. Lepas tu baring lah saya. Bila tengok baby, rasa macam tak percaya pulak dah ada anak.

Untuk pengetahuan ibu2, lepas operate, kita tak boleh gerak sangat ye. Digalakkan berbaring. Tidak boleh makan dan minum dari 12 malam sebelum operate sehingga 6 jam selepas operate. Boleh minum air kosong je kalau tak silap saya, tapi tak boleh gerakkan badan tau. Saya bawak straw. So time nak minum air, boleh sedut sambil baring je. Lepas operate ni, kita akan rasa dahaga sangat.

Selepas 6 jam berlalu. Kita perlu bangun tau. Sebab nak bagi darah bergerak dengan lancar. Lagi lambat bangun, lagi lambat boleh balik. Saya punya excited nak balik. Saya cakap kat nurse nak suruh tanggalkan saluran kencing ni. Saya nak gi kencing kat toilet sendiri. Nurse cakap tak boleh. Hari kedua baru boleh turun katil. Saya yang jadi aktif ni sebab kawan saya pesan memang kena gerak-gerakkan badan. Lagi bagus kalau dapat jalan. Kakak yang operate sebelah saya pun sama aktif jugak *____*

Dalam tenghari macam tu, doc datang melawat. Nurse cakap, 'Doc, patient ni la yang nak turun dari katil nak pergi toilet sendiri.' Pastu doc cakap, 'Good...Baru badan cepat sembuh.' Ok fine! Betol lah tips kawan dan tips kakak saya dapat dari kawan dia. Untuk makluman, both side family saya dan family mertua tak ada yang bersalin ceaser. Semua normal. So memang banyak kena tanya dari kawan2 yang bersalin ceaser.

2 Julai 2015 bersamaan 15 Ramadhan 1436H, 9.00 Pagi
Hari kedua, saya dah bangun pergi toilet. Means malam tu nurse dah tanggalkan saluran kencing. Masa nak bangun tu serius cakap badan dari pinggang ke bawah rasa berat sangat. Sakit tu tak. Tapi rasa sengal. Saya banyak duduk separuh badan. Saya tak banyak baring. Chinese lady yang kat sebelah saya tanya, 'u tak sakit ke bangun berjalan.' Apa yang saya boleh cakap saya memang tak sakit cuma lebih kepada rasa tak selesa sebab ada benda tertampal di perut. Luka ceaser tu dorang tutup dengan selotip luka. So tak nampak apa-apa.

Tengahari tu doc datang check luka dan doc cakap dah boleh balik. Tapi selama 3 hari kena datang hospital untuk ambil suntikan. Suntikan tu untuk elakkan darah berketul/beku. Hari ke 10 perlu ke hospital semula untuk buka selotip luka. Kakak yang sama-sama ceaser dengan saya tu cakap, operate kat sini memang terbaik compared dengan pengalaman 2 kali operate dia kat hospital lain.


Ku sangka kan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Bersambung...





Post a Comment

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!