Monday, May 16, 2016

Part 2 - Bersalin Secara Pembedahan

13 Mei 2016 (Jumaat)
2.00 PM

KEDUDUKAN BABY SONGSANG
Sepanjang tempoh mengandung, semuanya smooth je. Saya macam orang lain jugak. Ada mengidam nak makan itu ini. Tapi mengidam yang biasa-biasa je dan senang dicari. Contoh macam hari-hari nak fresh oren. Sekali sedut je licin. Sampai kan Mr. A jadi pro terus buat fresh oren. Tak payah beli kat kedai dah. Tapi yang paling the big mengidam. Saya suka berjalan-jalan time mengandung ni. Suka gi bercuti. 1st pergi cameron. 2 kali pergi Kelantan (Sebab tu nama anak Amalin Aisyah *___*). Pergi Langkawi. Pergi Ipoh (Tak tau sebab kenape nak pergi Ipoh). Pergi Zoo Taiping dan macam-macam lagi. Anak pertama kan. Husband melayan lagi la kan. Mai 2 3 4 anak nanti. Tak de dah haaa.


Dalam usia kandungan 36 weeks. Saya pergi check up yang mingguan tu. Nurse di Klinik Kesihatan detect kedudukan baby. Breech. Time tu nurse terus bagi refer dr. dan dr. terus buat surat refer Pakar. Sebelum2 tu kedudukan baby memang ok ok je. Tapi masa kandungan 28 weeks, saya pernah rasa sakit sangat kat dalam perut. Habis semua orang ingat saya ni nak bersalin dah. Matron check perut. Matron cakap, baby saya bergerak tu agresif sikit dalam perut, sebab tu lah ibu nya sakit. Saya syak, itu lah titik permulaan baby berubah posisi.


Hari yang telah ditetapkan terus refer pakar, untuk membolehkan pakar cuba 'pusing baby'. Dr. scan dan dari screen tu, dia cuba pusing baby. Tapi dr. cakap dah tak boleh pusing sebab baby dah 3.2kg.  Dan kepala baby memang statik kat bahagian atas perut. Dan perut dah sempit. So dr. bagi 2 pilihan.
  • Bersalin ceaser
  • Cuba bersalin secara normal tetapi risiko tanggung sendiri

Selepas berbincang dengan suami, decide untuk ceaser. Dan dr. bagi tarikh untuk ceaser. Tarikh tu awal seminggu dari tarikh EDD.


BERSALIN SECARA CEASER
Pada 30 Jun 2015, saya dah serah diri di ward. Saya bersalin di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Untuk makluman ibu-ibu, tak semua kes ceaser akan diambil oleh hospital ni, Hospital ni hanya terima kes ceaser yang tak bermasalah. Means ibu-ibu kena bebas dari masalah darah tinggi or kencing manis semasa mengandung. Dan hospital ni juga tidak menerima kes emergency ceaser. Semua kena ikut tarikh yang telah dipilih. Tetapi bagi ibu-ibu yang emergency ceaser, dorang kena pergi ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Saya alhamdulillah, memang tak sakit nak bersalin before tarikh yang ditentukan oleh dr. Cuma tak berpeluang lah merasa macam mana sakit nak bersalin. Hapefully, kalau ada rezeki anak kedua. Dapat merasa bersalin normal.


MALAM PERTAMA DI WARD BERSALIN
Dalam jam 2.00 petang saya dah check in ward. Bawak makanan banyak *___* dan bawak yasin dan majalah. Husband balik rumah dan tinggal lah saya seorang di ward dengan ibu-ibu yang lain. Saya banyak habiskan masa makan dan membaca. Ada dengar jugak suara sumbang2, 'Dia ingat seronok ceaser, sekarang boleh la relax. Lepas ni tau lah dia.' Saya dengar tapi buat2 tak dengar je. Biarlah mulut orang kan. Dalam hati, biarlah dia. Kita pun bukan nya request untuk ceaser. Saya terus faham perasaan ibu-ibu yang lain sedih bersalin ceaser sob sob sob.

Masa dalam ward, lokasi katil ibu yang nak bersalin ceaser ini akan ditempatkan berdekatan. Katil untuk ibu ceaser ni pun lain dari ibu yang bersalin normal. Masa saya check in tu, saya orang yang 1st check in. Nurse inform ada 3 kes yang akan bersalin esok. Means saya 1st kes untuk operate esok paginya. Berbalik pada katil. Saya ditempatkan di sebelah ibu yang telah selamat bersalin ceaser. Ada baby comel kat sebelah ibu tu. Masa saya sampai, saya tengok ibu tu stress je muka dia. Chinese lady. Tak berani nak tegur. Dah petang-petang sikit saya pun cari point nak bersembang dengan dia. hihi bila dah bersembang ni ramah orang nye. Saya cakap la 'comelnya baby. Berat berapa. Besar.' Dia pun jawab, 'Saya dah 2 weeks bersalin, ni warded semula sebab jahitan ceaser terbuka.' Telan air liur saya dengar. Dia tambah lagi, 'Ni second time terbuka, hari tu pun dah terbuka. Sakit'. Takutnya saya dengar. Terus terfikir apa la nasib aku. Terus duduk diam sambung bac semula. Tak lama lepas tu, masuk sorang lagi akak ni date ceaser esok jugak. Dia dok katil sebelah kiri saya. Orang nye ramah. Dia cakap, 'Akak kali ketiga ni nak ceaser. Adik first time ke? Jangan risau. Tak sakit pun.' Lega sikit saya dengar.

Saya ada jugak buat pembacaan dan tanya tips dari kawan-kawan yang bersalin ceaser bila dah tau kena bersalin operate ni. Kebetulan my bff baru bersalin ceaser untuk babay twin dia. So banyak dia turunkan ilmu. Memang sangat berguna tips yang dia bagi. Semua saya amalkan. Tapi ada yang dah lupa. Dah lama dah kan. Aisyah pun dah 10bulan.

Dalam jam 5.00 petang macam tu, ada pakar bius datang untuk explain. Dia tanya berkenaan kita ada elergic ubat tak. Ada penyakit apa2 yang kritikal tak. Dan dia explain bahagian mana dia nak bius dan effect bius tu macam mana. Saya dengar je. Dari pembacaan dan pengalaman kawan2, bius ni sakit kan. Dan ada yang cakap sakit sangat333333.

Bila dah sampai sebelah malam. Ada nurse datang dan minta ibu2 yang nak operate esok ni sediakan baju baby, pampers, napkin, towel dan kain nak bedung baby. Menda-menda ni semua kena masukkan dalam plastik. Lepas tu, terus saya jadi nervous. Lepas tu start lah semua step2 sebagai persediaan keesokan harinya. Bahagian tanya dimasukkan saluran untuk masukkan air. Lepas tu kan, yang ini sensored sikit (*___*). Nurse panggil masuk bilik. Dia akan cukur tut tut. So make sure dah licin ye. So tak lah malu sangat. Tapi kalau dah licin pun dia akan cukur jugak. Sebab dia cakap dah procedure, kalau tak buat nanti dr. marah. Lepas tu, dia akan masukkan saluran kecing. Yang ni serius sakit. Saya sampai jerit-jerit. Tapi tengok orang lain, dorang relax je. Sob sob sob.

Continue next entry ye untuk fasa bersalin. Tak tido lah malam tu. Dok kenangkan nasib apa nak berlaku esok.