Friday, November 8, 2013

Ujian HIV dan Thalassemia UNTUK BAKAL PENGANTIN


25 SEPTEMBER 2013 (RABU)
3.00 PETANG

Assalamualaikum dan good morning untuk semua pembaca blog kecil wawa syaida ni ^___^ Bagi yang 1st time datang, jemput lah tengok-tengok blog kecil wawa syaida yang tak seberapa ni...Dah feeling macam retis kan...Hihi bukan retis pun...cuma mood dah jadi lain macam sikit sejak jarang update entry ni...mood jadi macam malu  meow meow nak post entry ^___^

untuk entry kali ni, saya nak cerita pasal salah satu dokumen yang perlu disediakan oleh bride to be..dokumen tu adalah keputusan ujian HIV...keputusan ujian ni perlu disertakan semasa kita nak submit borang Permohonan Untuk Berkahwin ke Pejabat Agama di negeri masing-masing

Apa yang berlaku kepada saya, sebelum nak buat ujian tu...saya dah menggeletar takut-takut.....dah banyak kali bagi alasan macam-macam kat Mr. A sebab tak nak gi klinik....sebab saya sangat takut bab-bab nak cucuk keluarkan darah kita ni....nyamuk je saya berani :) saya ada jugak survey dengan kawan-kawan...tanya sakit tak ambik darah time nak buat ujuan HIV ni....pastu kawan-kawan cakap, tak sakit pun...nurse just ambil darah cucuk kat jari tu...pastu ok fine...sikit je kan!

Nak dijadikan cerita, Mr. A gi buat dulu ujian tu sebab dia nak kena submit borang kahwin dalam kem 1st...saya pun ok lah.... dah balik klinik tu, Mr. A cakap, 'alah, tak sakit pun'...pastu saya tanya la, 'banyak tak darah amik'...Mr. A cakap, 'banyak jugak'....pastu saya kata la 'bukan ambil setitik je ke'...pastu Mr. A kata, 'ambil banyak la, kan darah tu ambil di siku'...terkejut saya, 'hah sudah, kenapa ambil kat siku pulak?'....pastu Mr. A cakap 'ujian ni HIV + ujian thalasemia'...huhuhuhu

takut macam mana pun, the next day tu Mr. A bawak saya gi buat ujian tu...Alhamdulillah dah selesai...apa yang saya boleh cakap!

'alah, tak sakit pun' ^_______^ hihihi

bride to be yang lain, jangan takut ok...tak sakit pun...percayalah :)


bagi yang nak tau kenapa kita kena buat ujian ni, saya sertakan maklumat kat bawah ni...ujian thalassemia tu tak wajib sebenarnya, tapi klinik yang saya buat ujian HIV tu memang sarankan untuk buat kedua-dua ujian sekali...



Ujian Saringan HIV - Pra Perkahwinan
Ujian saringan HIV pra perkahwinan boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di Malaysia dan dilaksanakan secara percuma. Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain. Mana-mana individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.

 Ujian Thalassemia
Thalassemia adalah sejenis penyakit genetik yang mengganggu pembentukan sel-sel darah merah yang normal. Sel darah merah pesakit ini mudah musnah dan ini akan menghasilkan bahan zat besi yang tertumpu di beberapa organ penting seperti jantung, otak, hati dan buah pinggang serta merosakkannya. Pesakit tersebut sering menghidap paras hemoglobin yang rendah (anaemia) dan memerlukan transfusi darah secara berterusan. Dianggarkan antara 3 hingga 5% penduduk Malaysia (atau antara 780,000 hingga 1.3 juta orang) adalah pembawa penyakit genetik 'Thalassemia" ini dan 120 hingga 350 bayi thalassemia major dilahirkan setiap tahun. Adalah digalakkan pihak remaja menjalani ujian thalassemia kerana ia hanya perlu dijalankan sekali seumur hidup. Di samping itu, ahli keluarga pesakit thalassemia, yang terdiri daripada ibu bapa, adik-beradik dan juga saudara terdekat adalah digalakkan untuk mendapatkan ujian saringan thalassemia.
Sumber: Ministry of Health




selepas selesai urusan kat klinik, saya dan Mr. A terus lapar....haha...kat luar klinik tu ada banyak gerai jual makanan best-best...lupa nak cakap saya buat ujian ni kat Klinik Butterworth

saya try popia basah POPIA WARISAN...Gerai pakcik ni betol-betol depan klinik (ikut jalan belakang)

Mr. A cakap sedap...beli lah 1 set RM3.00




Seriously, memang sedap...lembut dan isi popia ni pun best



sedap bangat!!!




Makan bersama-sama meehun sup ayam dan teh ais ni...Memang terangkat!!!



18 comments:

  1. selamat pagi
    singgah pagi jumaat

    ReplyDelete
  2. ooooo darah kuar sikit je tp pastu 'tambah darah' byk pula ye ehehehehheh

    ReplyDelete
  3. sedapnya popia basah tu!!! mana nak cari ni..huhu..

    btw, harap dipermudah segala urusan seblm khwn tu termasuk ujian HIV tu.. :)

    ReplyDelete
  4. masa akak nak kawen thn 2008 dulu hanya amik ujian HIV jerk...

    ReplyDelete
  5. laa...ingat kena ambik ujian hiv jer...shaila pun takut jarum...grrrr...

    ReplyDelete
  6. yeay..ada jg entry bru.. btl2 tak sakit pn kna cucuk amik darah tu. Klinik cpt skit dr hosp. klu hosp kna queue pjg..:)

    ReplyDelete
  7. Akak !! windu nyeee nk tgok entry baru akk...^_________^

    ReplyDelete
  8. sttle dh stu.. tgk popia tu mmg nmpk best!!!

    ReplyDelete
  9. Wawa lama menyepikan diri... Semakin dekat harinya kenalah prepare apa yg patutkan.

    ReplyDelete
  10. Bila dah buat kan dan senang dan lega wawa. Takut injek juga ye wawa macam kakak. Tapi bila dah terpaksa buat tak boleh elak dah..

    Popia kakak suka sangat!!

    ReplyDelete
  11. salam wawa...akak dari blog jualjual2u.blogspot.com
    awak follower akak yang ke 1000...
    sila email alamat/nama penuh & no hone ke jualjual2u@yahoo.com
    nak bagi gift utk follower yang ke 1000

    ReplyDelete
  12. salam... kak wawa ina tag kak wawa untuk GA zahrah veil...

    http://arenamuslimah.blogspot.com/2013/11/fourth-giveway.html

    ReplyDelete
  13. Lam giler xbw sini. Hehehee. Igt wawa dah kawin dah. Bila majlis nih??? Teringin nak datang. ;)

    ReplyDelete
  14. I simply couldn't leave your website prior to suggesting that I actually loved the
    usual information an individual supply on your guests?

    Is gonna be again often to check out new posts

    Visit my homepage: Dragons Rise of Berk Hack

    ReplyDelete
  15. Nak tanya.. Hari tu saya pergi klinik kesihatan ampangan.. Saya ingat cuma ambil darah untuk H.I.V je.. Lepas tu nurse suruh saya ambil darah untuk talasemia.. Then nurse cakap result talasemiabsaya tak cantik.. Lepas tu saya kena ambil darah kali kedua.. Then minggu depan saya ada appointment.. Then lepas tu nak kena buat apa lagi ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nana...saya tak pasti...sebab saya ambil darah sekali tu je...dan alhamdulillah result saya ok...xpe maybe dorang nak pastikan result thalasemia tu kot...jgn risau k

      Delete
  16. Dekat mne amek ujian 2 and berapa ye jumlah rawatan 2

    ReplyDelete

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!