Friday, July 20, 2012

Resepi Murtabak Maggie

Murtabak Maggie yang dah siap digoreng

Yummy yummy

Dah lama tak buat murtabak maggie...Time jadi student dulu rajin la membuat sebab dah boring makan maggie cam cara biasa tu kan....Resepi murtabak maggie ni simple je...Sekali sekala tukar selera best jugak kan ;)


Bahan-bahan;

1 bungkus maggie
2 biji telur
1 labu bawang besar
1 tangkai daun bawang
garam secukup rasa
sedikit rempah kari / 1/2 bungkus perasa maggie
1 biji cili merah

Untuk tambahan, boleh letakkan sosej, udang dan lain-lain




Cara-cara;
Mula-mula hiris bawang , cili merah dan daun bawang.
Kemudian rebus maggie sehingga lembut
Pecahkan telur dan pukul sehingga kembang serta masukkan secubit garam.
Selepas itu masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam telur (maggie, hirisan bawang, daun bawang, cili merah dan perasa maggie.
Gaul rata bahan-bahan tersebut.
Akhir sekali panaskan kuali dan masak seperti lempeng dan biar kekuningan (boleh digoreng semua sekaligus atau goreng dalam saiz kecil seperti pic di bawah)
Sedap dimakan ketika masih panas-panas bersama sos.





Wawa goreng murtabak saiz besar dan goreng saiz kecik jugak macam pic kat atas...Pic time goreng murtabak saiz besar tak sempat snap huhu




Dah siap untuk dimakan...


Yummy...Kenyang dah... ;)


Source:My Resepi

Thursday, July 19, 2012

GIVEAWAY by SWEET LIZAHANUM


Assalamualaikum...


Sejak berblog semula...ni lah 1st giveaway yg wawa join...Suka nak join sebab baca syaratnya simple aje ;)


Kalau yang lain nak join jugak, click banner kat atas ni yea ;)


Ini syarat-syarat nya:


1).Follower dan bukan follower SWEET LIZAHANUM ( nanti bole follow ) bole turut serta
2).Buat n3 tentang giveaway ini di blog masing2 dan linkkan dekat komen n3 ini.Kalo tak bole komen,tinggalkan jejak dekat ruangan chat...jgn lupa tinggalkan link untuk dijejaki balik.
3).6 + 3 orang pemenang GA ini dipilih dengan cabutan undi.....CABUT dan MENANG (ikut penyertaan yer)
4).Bermula 17/7/2012(4.00pm) hingga 31/7/2012 (12.00 am)




Panduan Memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

Panduan Memohon Mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ialah kursus yang ditawarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi peluang kepada graduan-graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang untuk menceburi profesion perguruan bagi menampung kekurangan guru. Kursus ini dijalankan selama setahun di maktab-maktab perguruan di seluruh Malaysia.

Cara memohon untuk mengikuti KPLI ialah :

Dalam talian sahaja (online).

Pemohonan online boleh dibuat melalui laman web. Pemohon digalakkan dan dinasihatkan membaca dahulu e-Panduan Permohonan KPLI dan memahami cara-cara membuat permohonan secara online. Permohonan online hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor PIN yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00. Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan pemohon untuk pembelian nombor PIN ini. Nombor PIN hendaklah dirahsiakan. Sila semak siaran iklan KPLI di akhbar-akhbar tempatan.

Guna nombor PIN yang sama jika ingin membuat pindaan atau perubahan kepada permohonan yang telah dihantar. Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan online KPLI ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada server pangkalan. Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Sumber Maklumat: KLIK

MAKLUMAT JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH29

JAWATAN

JAWATAN : PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI
GRED : DH29
KUMPULAN : SOKONGAN
KLAFISIKASI JAWATAN : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


2.2 PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH29

(f) Kelayakan untuk lantikan terus ke skim DH29

(i.) Diploma dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusipengajian tinggi tempatan atau maktab-maktab perguruan atau kelayakan yang diiktirafsetaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH29 P1:T1); atau

(ii.) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DH29 P1:T2); atau

(iii.) Diploma dalam bidang Pertanian/ Kejuruteraan/ Seni bina/ Ukur bahan/ Ukur tanah/ Ukur Bangunan/ Seni bina Landskap/ Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH29 P1:T3)

(c) calon-calon para 2.2 (f) (i.) hingga (iii.) yang memiliki Sijil Kursus Perguruan Lepasan Diploma daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau maktab-maktab perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya akan diberikan satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan.

MAKLUMAT JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41

JAWATAN

JAWATAN : PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI
GRED : DH41
KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
KLAFISIKASI JAWATAN : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

2. SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN

Syarat-syarat am ;

(a) terbuka kepada semua Warganegara Malaysia

(b) berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang dari 54 tahun.

(c) kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2.1 PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41

(i.) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaandaripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T3); atau

(ii.) Ijazah Sarjana Muda kepujian dengan pendidikan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T4); atau

(iii.) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T 4); atau

(iv.) Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T4); atau

(v.) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan/ Ukur Bahan/ Ukur Tanah/ UkurBangunan/ Seni bina Landskap/ Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf olehKerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yangdiiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T5); atau

(vi.) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T7); atau

(vii.) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T9) bagi Ijazah Sarjana Muda Perakaunanserta menjadi ahli penuh badan-badan ikhtisas perakaunan yang diiktiraf kerajaanP1T10; dan ahli penuh Institut Akauntan Malaysia P1T11); atau

(viii.) Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripadainstitusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarafdengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T8); atau

(ix.) Ijazah Doktor Falsafah (ph.D) dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T11)(e) calon-calon para (d) (i.) hingga

(ix.) yang memiliki Diploma Pendidikan diberikan satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan.