12 MEI 2017 (JUMAAT)
1st time ever and ever saya publish full entry makanan yang saya masak lebih dari 1 menu hihi. Sebabnya saya memang tak pandai masak dan kurang confident nak bagi orang lain makan termasuk suami. Tapi kan, tak tau lah, lately ni tiba-tiba ter rajin memasak. Husband, kakak dan kawan-kawan pun pelik. Depa tegur 'rajinnya masak' (^___^).
Skang ni saya lebih aktif IG dari FB. So suka upload menu-menu yang dimasak. Kalau yg follow IG saya, lebih kepada sharing makanan sahaja. Almaklumlah owner IG pun dah mengembang dengan jayanya.
Masak simple-simple je.
Sambal tumis telur rebus. Encik suami request 2 kali menu ni. Telur tu lepas kopek kulit, goreng sekejap sebelum masukkan dalam sambal yang 'sedap' tu. +____+
Ayam masak merah
Husband suruh goreng ayam tu bagi garing lagi,
Masak pastu bungkus, makan berkelah kat tepi Pantai Teluk Kemang, PD.
Ni pun nak letak kan. Telur dadar + cili benggala fresh from CH.
Sambal sotong ubi kentang - menu turun temurun family saya
Sayur kubis bunga mix telur
HAAA meriah kan....
Ni menu kat rumah ayah saya, masa balik kampung hari tu. Memang tak leh lawan masakan tangan orang lelaki ni.
Semua air tangan ayah. Sedap. Yummy!!!
Sotong goreng kunyit
Sambal sotong ubi kentang
Sayur Kubis bunga + udang
Lala masak air
Ikan belah belakang (Letak sambal)
Sedapnya lahaiiii!!!
practice makes perfect..
ReplyDeleteikut pengalaman saya, suami lagi selera makan menu simple mcm ni.hehe
btw, ayah sy pun masak sedap jugak.
especially nasi goreng dan kari ikan singapore..