Tuesday, August 2, 2016

Century Pine Resort, Cameron Highlands


30 Julai 2016 (Sabtu)
Cameron Highlands

Kali terakhir bercuti adalah ke Melaka. Selepas balik Melaka, kami dua-dua dah pasang hajat nak tunggu Aisyah besar sikit baru nak bercuti ke mana-mana. So inilah masanya bila Aisyah dah mencecah setahun. Ibu abah Aisyah pun dah lama nak bercuti, nak ambik angin luar. Tapi apakan daya, demi anak, terpaksa ku tahan jebat. (*_____8)

Dah lama pesan kat husband, kata kita bertolak lepas suboh. Konon nak breakfast kat Brinchang. Tapi sekali bila sampai hari kejadian, memang tak da nya bertolak lepas suboh. Sebabnya lepas suboh baru nak kemas barang. Hari Jumaat tu busy sangat di pejabat, husband pun balik keja jumaat tu sampai rumah malam. Jadinya, dua-dua penat. Esoknya tu breakfast je di Putrajaya. Sampai kat Tanah Rata dalam kol 2.00 petang. 

Untuk percutian singkat kali ni, kami memilih untuk menginap di Century Pines Resort, Tanah Rata. Selalunya kami sering menginap di Rossa Passadena, Brinchang. Sengaja nak berubah angin untuk menginap di Tanah Rata kali ini.



CENTURY PINES RESORT, CAMERON HIGHLANDS

Check in dalam kol 2.00 petang. Saya booking bilik melalui Agoda. Tapi ni lah 1st time check in hotel kena keluarkan deposit. Yang sebelum2 ni, kalau booking melalui agoda, memang bawak diri dan bag je time check in. Tak perlu keluarkan sebarang deposit untuk menginap. So deposit RM150 per night.

Saya booking bilik jenis deluxe garden. So dapat bilik ground floor dan ada taman yang comel dan best. Toilet semua ok. Katil besar. Bilik luas dan best sangat bagi yang ada anak kecik. Ada space luas untuk anak-anak merangkak dan lain-lain. Yang tak bestnya, bayar harga bilik 300++ (rate agoda, normal price lagi mahal) semestinya kita assume servis yang best kan. Yang kurang ok, air mineral tak disediakan. Kalau nak iron baju, kena naik ke 1st floor. Pihak hotel sediakan 1 bilik kecil untuk iron baju. Nasib baik iron best. So sejuk lah sikit hati. Request sejadah, tak dihantar sampai lah check out. 

Breakfast time dari 7.30 pagi till 10.30 pagi. Menu biasa-biasa je. Yang lain-lain ok. First time komen bab hotel ni. Yang sebelum2 ini, alhamdulillah semua ok je. 





BIG RED STRAWBERRY FARM, BRINCHANG

Sebelum sampai Cameron , memang dah terbayang-bayang nak makan kat big red ni. Tempat yang tak boleh dilepaskan kalau pergi Cameron. Sampai kat sini orang tak ramai sangat. Tengok-tengok bunga, sayur, strawberry, cactus. Beli cactus jugak 7 pokok. Pastu terus ke cafe kat bahagian atas. Tadaaa terus order dan makan. Terus hilang segala yang dok mengidam tu.

Beli Strawberry Waffle, Ais krim goreng Strawberry, Fries dan Hot Chocholate utk husband. Saya tak order air sebab minum air kosong je.





PASAR MALAM BRINCHANG

Ni lagi satu tempat yang best bagi orang yang suka makan la. Dari rumah dah terbayang segala mak nenek goreng-goreng tu. Husband patern suka round semua kedai baru beli. Kontra dengan wife dia, terus nampak terus nak beli, lepas tu menyesal kemudian hari sebab ada tempat jual lagi best. So berbekalkan pengalaman yang lepas, follow husband jalan round2 dulu. Baru lah membeli. Beli cendawan goreng, ketam goreng dan udang goreng. Semua sedap. Balik makan kat hotel. Bila bawak budak kecil ni, kita kena bagi masa yang cukup untuk dorang rest. Lain la kalau jalan berdua macam honeymoon dulu. Boleh ukur kawasan sampai sendiri penat. Bab ni pun belajar dari pengalaman, kesian Aisyah.





KEA FARM

Singgah sini untuk beli strawberry, buah-buhan Cameron dan sayur-sayur. Memang murah sangat dan kelabu mata. Semua jual benda yang sama. So beli strawberry dan sos coklat. Tak lupa jugak beli bunga rose. Kena beli sendiri la, nak tunggu orang tu bagi, tak tau la bila boleh dapat. Sob sob sob. Husband cakap, macam perli abang ja? hihihi





CAMERON VALLEY

Singgah sini untuk makan scone  dan nak tengok ladang teh. Dah tak kuasa nak naik Ladang Teh Sungai Palas. Time moda-moda dulu rajin. Dah jadi mak-mak ni, semua nak yang mudah je. Kat Cameron Valley ni, ladang teh sebelah hidung. Cafe dia ada kat atas bukit. Sebelah cafe tu  terus ada ladang teh. So jalan kaki je ke ladang teh. Sesuai untuk yang bawak anak kecil macam saya.


JUALAN ORANG ASLI DI CAMERON HIGHLANDS

Dalam perjalan ke Cameron, lalu ikut Ringlet. Memang banyak kedai jualan orang asli. Ada jual durian, petai, rebung, madu. kraftangan rotan. Berniat nak beli apa-apa. Time balik husband lalu ikut jalan Simpang Pulai, ada orang asli yang menjual, tapi tak seramai kalau ikut Ringlet. So beli lah petai. Belum masak lagi. Nampak fresh amat. Sekian saja perjalanan bercuti di Cameron Highlands.


Jom. Plan nak bercuti mana pulak lepas ni.










2 comments:

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!