Monday, August 22, 2016

Bubur Nasi

22 Ogos 2016 (Isnin)
7.45 pagi


Selalu orang cakap bubur nasi ni sedap tambah-tambah kalau makan time sakit. Tapi berbeza dengan saya. Serius cakap time sekolah rendah till anak dara, saya 'tak lalu' kalau tengok bubur nasi. Kawan-kawan cakap sedap. Saya rasa situasi ni jadi maybe sebab family saya memang tak diajar makan bubur nasi even time tak sihat. Mak ayah lebih sediakan buah-buahan kalau time sakit. Situasi ni jugak maybe disebabkan ayah saya still smpai ke tua ni tak suka makan bubur nasi/ nasik lembik. Sebab pada ayah saya dia terbayangkan tahi telinga huhuhu. Saya rasa faktor-faktor di atas ni yang menyebabkan saya 1 family tak di ajar makan bubur nasi.

Nak dijadikan cerita, selepas kawen. Selepas kawen ye. Saya baru dapat tau husband suka bubur nasi. Semuanya bermula lepas saya, suami dan anak lunch di food court Presint 9. Husband beli semangkuk. Time tu aisyah still menyusu lagi. Saya tengok husband makan macam sedappppp. Tapi tak terbuka hati nak try lagi. Saya tengok aje dia makan sampai licin semangkuk.

Pastu skang ni aisyah dah ada gigi dan dah boleh makan macam-macam. So bila saya dan suami makan, confirm dia akan nak jugak dan tak sabar-sabar nak makan. So dari situ lah bermula saya pun turut sama melayan makan bubur nasi hoho. Bermula dengan beli 1 khas untuk aisyah, sebelum nak suap dia, saya test dulu kat mulut panas or tak. Lepas tu sekali makan, mak aiiiii sedappppppnye. Terus terasa rugi bertahun weyyy tak makan bubur nasi.

Dan alkisahnya baru-baru ni aisyah demam. Demam on off. Bila aisyah baik. Husband pulak demam. Seingat saya sepanjang berkahwin ni, ni lah 1st time husband demam yang boleh dikatakan agak teruk. Dia demam yang panas sangat sampai tak boleh bangun. Saya pulak tak dapat nak ambik cuti untuk jaga dia. Sebabnya dah banyak sangat ambil cuti masa aisyah tak sihat. Sekali time nak balik keje, berwasap dengan husband huhu.

Orang lelaki ni kalau demam memang manja. Tengok ayat yg atas tu sudah lah, tanya ok ke tak...Slumber je jawab X. Tapi nasib baik lah husband ni dia ada soft skill. So bini dia pun cair la. 

Masa dah tau nak kena buat bubur, terus flash back rasa bubur nasi time makan kat food court tu. Pastu google cara nak buat bubur. Senang je rupanya. Balik tu terus masak bubur. Guna rice cooker je +_____+
 Resepi Bubur Nasi

Beras 1 cawan
Air 7 cawan
Halia 1/2 inci - Dihiris
Bawang besar 2 labu - Dihiris
Bawang putih 2 ulas - Ditumbuk kasar
1/2 kiub ayam - Guna stock ayam yang real lagi sedap

Cara-cara:
Masukkan semua ke dalam rice cooker dan tunggu sehingga masak. Pekat or cair bergantung kepada suka yang macam mana.


Masa tengah masak tu, wangi 1 rumah. Husband pulak dok tanya dah siap ke belum. Dah siap ke belum. Sabar je lah.

Bila dah siap tu, terus serve kat dia dengan telur masin. Ingat nak goreng ikan bilis buat pedas-pedas sikit, tapi husband tak nak. Sekali tengok, licin dia makan. Lega rasa +_____+ Risau jugak takut tak sedap.

Bubur nasi ni pun dah jadi kegemaran saya. Tak lah suka sangat tapi boleh lah makan kalau nak compare dengan dulu.


Pic kat atas ni, bubur yang saya makan kat food court hihi...Bubur yang serve kat husband, tak sempat nak amik gambar sebab tak sampai hati pulak nak amik gambar depan orang sakit ni huhu


Husband cakap lulus ;)







1 comment:

  1. rugila wawa tak makan bubur nasi. faveret sy tu...
    tapi kalau kat kelantan kami panggey nasi air.
    sup dia lebih cair tak pekat mcm kat belah luar.hehe

    ReplyDelete

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!