Tuesday, March 19, 2013

Tips Inai Merah Menyala

Ni masa zaman kakak-kakak pakai crowded cenggini...
zaman skang ni, orang dah pakai simple2 kan :)
  
Tips untuk inai di jari menjadi merah;

  • Kalau guna daun inai, jemur dulu sampai kering...Pastu blend/tumbuk dengan gambir/arang dan letak nasi sikit (untuk bagi likat), perahan limau pun boleh guna jugak
  • Kalau pakai serbuk, prepare dari petang (atleast 2 - 3 hours before apply)...Letak perahan limau (bagi tambah berkilat kuku)...Tujuan kena prepare dari awal supaya inai tu betol2 sebati dengan perahan limau..Baru result nya merah menyala
  • Kalau inai tiub or kon....Sapu minyak/minyak cap kapak kat jari..Pastu baru letak inai
  • Tips untuk inai serbuk lagi....Prepare time petang...Bancuh serbuk inai dengan air teh (air teh panas tanpa gula)...Gaul sampai jadi pes....Guna dalam 2 uncang teh supaya betol2 pekat....dan campur dengan perahan limau nipis...Malam, time nak pakai....Sapu minyak cap kapak dulu kat jari...Masa inai tengah basah di jari, apply sekali lagi minyak cap kapak...Sure merah menyala pas cuci nanti :))
Selamat mencuba :)