Thursday, January 31, 2013

Nasik Kerabu lagi dan lagi

27 JANUARI 2013 (AHAD)

Makan nasik kerabu di Arau dengan my bff...Restoran ini di belakang CMart Arau....Nasik kerabu dia boleh tahan la tapi tak berapa kaw hoho....Nasib baik la pasar malam dekat rumah ni jual nasik kerabu yang marvellous...So tak ralat la kalau makan kat tempat lain tak kaw kan...Rasa macam nak kena belajar la buat nasik kerabu ni beserta aksesori-aksesorinya...

Macam biasa...bila jumpa dengan BFF ni banyak benda yang dibincangkan....Ceh! bincang ke? Melalut je kot banyak....Cerita pasal family dia maklum la kan orang dah ada suami...Anak pun dah nak masuk dua.....i jugak yang bujang trang tang tang :)


Pastu hari selasa 29 Januari 2013 attend seminar dekat Bayview....Yang bagi talk ni mat saleh Mr. Brian Marson...Beliau ni merupakan co-founder & senior fellow Citizen Centred Service, Canada...Seminar ni tentang apa? Tentang 'One Stop Service Centre' khusus untuk penjawat awam...Ramai jugak yang join terdiri daripada kakitangan negeri dan persekutuan....Banyak ilmu yang dapat tapi disebabkan lupa nak bawak my spectacles...tak dapat la nak tengok slide kat depan :)