Wednesday, October 24, 2012

Oldtown HALAL


Oldtown Berhad menyangkal dakwaan yang tersebar menerusi laman web sosial sejak 20 September lalu mempersoalkan status pensijilan halal restoran Oldtown White Coffee miliknya yang dianggap tidak adil serta merosakkan namanya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Pengerusinya, Datuk Dr Ahmed Tasir Lope Pihie, berkata semua makanan mahupun minuman yang dijual di Oldtown White Coffee adalah halal, malah semua bekalan diperoleh daripada pembekal yang memiliki pensijilan halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kata beliau, pihaknya sekian lama mengikuti jangka masa yang ketat untuk menerima pensijilan halal yang lengkap bagi kesemua francais restoran itu dalam memastikan sebarang produk dikeluarkan tidak dipersoalkan status halalnya.

“Kami tidak pun menyajikan makanan yang tidak halal atau beralkohol kepada pelanggan. Semuanya disediakan mengikut cara halal."

“Daripada 179 francais yang ada di seluruh Semenanjung, 60 peratus menerima perakuan halal Jakim sementara bakinya dalam proses menanti pengesahan. Dijangka pensijilan halal ini sempurna menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Menurut Ahmed Tasir, pihaknya juga mengikut tetapan Jakim yang mensyaratkan minimum dua kakitangan beragama Islam warga negara Malaysia bertugas setiap syif di setiap restoran disamping mempunyai sebilangan kafe yang dimiliki sepenuhnya oleh francaisi beragama Islam.

Beliau memberi jaminan makanan dan minuman disajikan di semua restorannya adalah halal dan segala tohmahan terbabit dianggap dilakukan individu berniat jahat.

“Kami bekerjasama rapat dengan Cyber Security Malaysia dan Biro Aduan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memperbetulkan tuduhan yang dilemparkan secara dalam talian terbabit dan tidak akan teragak-agak mendakwa mana-mana pihak yang terus memfitnah Oldtown White Coffee,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 13/10/2012
Source: Metro


2 comments:

  1. LEGAAA SIKIT DENGAR OLDTOWN HALAL :)

    ReplyDelete
  2. NisaAdnan - betol...dah lama stop makan kat oldtown...rindu maggie oldtown!

    ReplyDelete

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!