Friday, May 13, 2016

Part 1 - Detik Kelahiran Nur Amalin Aisyah Azahar

Nur Amalin Aisyah Azahar
10 Bulan

Dah lama berjanji nak cerita pasal kelahiran Si Amalin Aisyah ni. Hari ni baru terdetik nak cerita. Tetapi, banyak fakta dah lupa dari segi date dan lain-lain.

FASA DISAHKAN MENGANDUNG
Selepas berkahwin lebih kurang dalam 6 bulan, Alhamdulillah permohonan pertukaran saya dari kerja di sebelah Island dah dapat posting di sebelah Seberang iaitu di Kementerian xxx. Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari, Ujian yang Allah berikan kepada saya, bekerja dalam situasi yang sangat stress. Dan ketika beberapa bulan kerja di situ, saya menghadapi masalah sakit kepala yang agak teruk. Sakit kepala yang membuatkan saya tak dapat berdiri. Rasa macam nak baring je. Kalau gerak sikit pun dah muntah.

Dalam hati fikir jugak. Aku ni mengandung ke? Ada jugak check guna pregnant test tu. Tapi tak double line. Dan pergi jugak scan di private clinik. Tetap clean and clear. So assume this is penyakit. Maybe migrain. So kerap lah cuti sakit. Dan telah mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan sob sob sob. Abis rekod kecemerlangan kerja den. Dan end up, atas advice dr. dia minta refer ke pakar untuk buat CT Scan kepala. Cancer? Result scan semua baik-baik aje. Lepas tu dihantar refer ke Pakar ENT. Dr. suspect mungkin pening tu berpunca dari masalah telinga. Pergi 3 kali appointment. 2 appointment yang mula dr. lelaki dan 3rd appointment dengan dr. perempuan. Dr. tu tanya sakit kepala yang macam mana. Explain blablabla. Lepas tu terus dr. bagi borang suruh pergi lab buat urine test. Dr. tu cakap, 'Awak ni tak sakit, tapi saya confirm awak ni mengandung'. Saya pun cakap la, 'Tak dr., period saya tiap-tiap bulan datang'. 

Setiap kali appointment, Mr. A temankan isteri tersayang dia. Kedua-dua belah family memang tak diberitahu langsung pasal masalah yang kami berdua sedang hadapi. Sambung cerita. Pergi lah buat urine test. Tunggu punya tunggu. Orang lain semua dah dapat result. Kenapa lah result aku ni tak dapat-dapat lagi. Saya pun pergi lah tanya dekat kaunter lab tu. Sekali rupanya, result tu dorang letak untuk despatch terus kepada dr. Saya pun mintak lah untuk tengok. Sekeping kertas. Result ada di sebelah belakang. Berdebar-debar nak balikkan kertas. Sekali tengok, Ya Allah...Positif!. Tersengih-sengih saya tengok suami. Suami pun same je tersengih-sengih. Tak tau nak describe macam mana perasaan tu. So pergi lah buat muka tebal 5 inci gi jumpa dr.  bagi tahu 'saya mengandung' *___*

Happy terus lepas tu laki bini. Sebelum tau result tu. Serius saya agak down. Dengan kerja yang stress. Macam2 fikir. Aku ni kena cancer ke? Lepas tu baru 7-8 bulan kawen pulak tu. Siap cakap kat Mr. A. Awak sanggup ke jaga saya kalau saya sakit. Drama air mata. Nasib baik lah Mr. A melayan.

Lepas tu excited terus pergi klinik. Check perut. Sekali nah. Dah 3bulan mengandung. Memang perasaan yang tak dapat digambarkan. Padahal 3 bulan tu saya memang datang period cuma tarikh 1st day period for every month tu agak lambat dari selalu. So ibu-ibu jangan ingat korang period, tak boleh mengandung ye. Lepas disahkan mengandung tu. Saya terus tak datang period. Dan macam tau-tau je, alahan mengada-ngada pun datang. 

Conclusionnya, pening muntah selama 3 bulan itu, alahan saya mengandung. Perit tapi happy bila dah tau sebenarnya ada baby kecik dalam perut. Time tu terus flash back, patutla perut muncit sangat time tu, bila tarik nafas pun perut muncit tu tak kempis. Rupanya ada si baby ibu abah. +_______+



Tuesday, May 10, 2016

Kak Noh Nasi Berlauk Online

7 May 2016 (Sabtu)
10.00 pagi

Saya ni penggemar makanan kelantan. Semuanya mula masa saya study. Kawan2 ramai orang kelantan. 1st dorang kenalkan nasik kerabu. Pastu sekali cuba melekat sampai sekarang. Masa pregnant dulu pun, sampai 2 kali gi kelantan. Gara2 sebab dah jatuh cinta dengan makanan kelantan dan dah jatuh cinta dengan negerinya sekali. Selalu cakap kat husband rasa macam nak menetap kat kelantan 😄

Okeh! Nak cerita pasal order makanan original fresh buatan ore kelate dan panas2 dibawa dari kelate. Tak yah susah2 dah nak gi kelate semata2 nak makan. Ni merupakan kali kedua saya order dengan NASI BERLAUK KAK NOH ONLINE. Makanan dimasak dipacking di kelantan. Dihantar guna flight dan ejen2 akan agihkan kepada yang order. Dasyat kan sekarang!

Memang hantu nasik kerabu saya ni ×____×


Ni husband punya, Nasi dagang lauk ayam


Nasi tumpang giant ni saya teringin, banyak dan tinggi ya amat 😆


My feveret kuih. Akok yg super duper sedap! Tak tipu! Sumpah. Tak caya sila try ...


Cara berlauk memang heaven dengan dagingnya. Siap berebut dengan husband 


Ni menunya. Kalau berminat leh order dengan ejen. Saya order dengan Ejen Putrajaya - Cik Ani 0162324969... Kalau area lain2, senarai ejen leh refer di FB Kak Noh Nasi Berlauk online ye. Delivery setiap hari Sabtu sahaja. Closed order kalau Cik Ani ni selalu hari rabu. 


Thursday, February 25, 2016

the BURGER FACTORY Cyberjaya


6 February 2016 (Sabtu)
5.00 petang
The Burger Factory, Cyberjaya



Dah lama sebenarnya teringin nak makan kat sini. Memang sebelum bermastautin kat Putrajaya ni pun memang dah ada hati nak merasa makanan kat sini. Alkisahnya ada rancangan makan2 kat tv pernah cover restoren ni. So dari situ la bermula nak makan kat sini. Finally, tercapai ^___^




 Restoran ni luas dan lokasi kedai di shoplot. Lot tepi. Masa pergi hari tu tak ramai orang maybe petang and ramai balik kampung cuti Chinese New Year.

Ada dua jenis tempat nak menelan. Macam kat dalam pic ni yang santai. Kerusi ala2 kayu pallet. Cantik!




Boleh jugak duduk kat tempat makan tepi dinding ni. Rasa lebih privacy.

Memandangkan bawak aisyah, saya makan kat kerusi merah ni. Aisyah senang sikit nak main.




Menu makanan kat The Burger Factory ni tak lah hanya tertumpu kat burger je. Ada macam2 lagi yang super duper nampak sedap. Ada set and ala carte.

Sebelum datang plan memang nak makan burger, tapi bila dah tengok menu burger alahai bermacam2 jenis sampai tak tau nak makan yang mana. Saya and suami pun order la chicken chop. Sekali waiter datang hantar makan, ohoi ada nasik sekali. Hihi. Memang perut melayu kan. Tak lepas nasiknya +___+  Masa order tu seriously tak perasan ada nasik.




1 lagi attraction kat sini. Bila duduk sila la angkat kepala. Lampu candelier dia menggunakan botol. Cantik amat. 2 3 kali tengok. Tapi kalau nk letak kat rumah takut jatuh atas kepala pulak botol2 tu hihi.




Aisyah dan abah dah kenyang. Rate kesedapan makanan boleh lah. So so aje. Kenyang!






Wednesday, December 30, 2015

Hari-Hari Rasa Nak Ber Blog

Tuan Tanah memang suka letak pic besaq2 ;)
Thanks instabeauty meng glowingkan muka saya dengan adik :)


30 DISEMBER 2015 (RABU)
12.55 TENGAHARI

Assalamualaikum 
Bila ada masa lapang, rasa nak ber blog sangat. Rasa nak aktif macam dulu. Best kan.

Alhamdulillah. Sekarang ni rasa hati agak tenang. Syukur sangat. Balik rumah boleh mengadap anak dan suami dengan tenang. Dah tak serabut macam time mengandung dulu. Sebab dulu Allah dah hadiahkan ujian dalam hidup dengan bebanan tugas/kerja yang kadang-kadang rasa tak tertanggung. Nasib baik husband faham dan jenis melayan je bini dia nak membebel itu ini pasal keja. 


Tapi bila berada dalam situasi tu, selalu pegang ayat ni;
“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Surah al-Insyirah: 5-6).


Tak best kan story cerita-cerita yang tak best. Sebenarnya, wawa berangan-rangan nak share pengalaman bersalin ceaser tu. Sebab part wawa lalui after bersalin tak smooth macam orang lain. Time tu jenuh jugak meng google nak cari apa yang wawa lalui tu. Langsung tak jumpa. InsyaAllah nanti wawa share sebab maybe boleh membantu kawan-kawan lain yang senasib.

Skang ni sakit semua dah hilang, dah tak rasa sakit-sakit bersalin tu. Melayan anak membesar je. Dan dah ada hati nak mengandung lagi oppsss.... (^_^)


Pastu, banyak betol la pic-pic kenangan/ makanan/ bercuti yang save. Sebabnya nak share kat blog. Tapi tak ter share-share pun lagi. InsyaAllah. Akan cari jugak masa nak ber blog. Rasa macam sayang sangat kenangan-kenangan tu kalau habis macam tu je. Rindu semua :)



Dengan kakak-kakak dan adik bongsu
Parent datang melawat saya kat Putrajaya



My cayang. Nur Amalin Aisyah. 
Suka dia sepupu sepapat ramai melayan dia. Selalu bertiga dengan ibu abah je :)










Monday, October 12, 2015

Permata Hati Ibu Ayah ::: Nur Amalin Aisyah binti Azahar



12 OKTOBER 2015
ISNIN
9.03  PAGI

Alhamdulillah...Dah lama tak bersiaran...Lama sangat rasa macam dah makan tahun *___* Lepas kawen tu terus tak aktif...Dalam sepanjang tak bersiaran ni, macam-macam situasi dan macam-macam sangat lah dah lalui *___*

Dan yang terbaru, sekarang ni wawa stay di Putrajaya...Pindah mengikut suami lah gayanya :)

Dan jugak, sekarang ni wawa dah jadi emak-emak...Dah ada anak sorang pun...
Namanya Nur Amalin Aisyah binti Azahar



Ada banyak nak cerita ni...InsyaAllah kalau ada kelapangan kita story mory k...
Assalamualaikum +____+