Monday, October 12, 2015

Permata Hati Ibu Ayah ::: Nur Amalin Aisyah binti Azahar



12 OKTOBER 2015
ISNIN
9.03  PAGI

Alhamdulillah...Dah lama tak bersiaran...Lama sangat rasa macam dah makan tahun *___* Lepas kawen tu terus tak aktif...Dalam sepanjang tak bersiaran ni, macam-macam situasi dan macam-macam sangat lah dah lalui *___*

Dan yang terbaru, sekarang ni wawa stay di Putrajaya...Pindah mengikut suami lah gayanya :)

Dan jugak, sekarang ni wawa dah jadi emak-emak...Dah ada anak sorang pun...
Namanya Nur Amalin Aisyah binti Azahar



Ada banyak nak cerita ni...InsyaAllah kalau ada kelapangan kita story mory k...
Assalamualaikum +____+


Sunday, June 28, 2015

Perniagaan Butik Pengantin DIY untuk Dijual







PERNIAGAAN 'DIY WEDDING RENTAL' UNTUK DIJUAL


Peluang untuk menjadi usahawan. 
Sesuai untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan perniagaan. 
Anda hanya perlu teruskan apa yang telah kami jalankan.

1. Perniagaan telah beroperasi selama hampir 2 tahun.
2. Perniagaan sangat mudah berkonsep sewaan barang dan aksesori pelamin kepada pelanggan.
3. Barang dan kelengkapan semua telah lengkap dan anda hanya teruskan sahaja.
4. Untung bersih bulanan antara RM4K – RM8K.
5. Harga peralatan : RM17K (NEGO)
6. Hubungi : Call / Whatsapp / Telegram
                       Puan Najwa 017 4119196

7. Rujukan: FB Fanpage: Wawa Syaida Bridal Boutique



Thursday, February 5, 2015

Perancangan Allah

Kali ni nak cerita pasal zuriat / amanah Allah untuk kita suami isteri menjaga dan mendidik dengan sebaik-baiknya...

Ini berdasarkan apa yang saya dan suami fikir... Kami sah sebagai suami isteri pada 12 Januari 2014... Atas kesibukan masing-masing kami tingal berasingan...Mula hidup sebumbung pada 13 April 2014...

Ikhlas cakap semua orang yang baru berkahwin, mesti mengharapkan cahaya mata / mengandung bunting pelamin dan lain-lain lagi... Tapi bagi saya dan suami, kami serah segala-galanya kepada Dia... Kami percaya Dia akan berikan kepada kita apa yang kita inginkan bila sudah tiba masa dan waktunya... Tak perlu dipaksa-paksa, perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan... Pegang yang ini ya kawan-kawan...

Alhamdulillah, saya diberi kekuatan apabila berhadapan dengan mulut-mulut orang... Saya tak stress... Sebaliknya tersenyum ja sebab maybe dalaman (apa prinsip kita suami isteri) kuat... Saya tak terdesak sangat nak / perlu / mesti mempunyai cahaya mati walaupun usia saya memang agak lewat ya kawan-kawan... Alhamdulillah saya dan suami diberi kekuatan itu... Anak-anak sedara saya yang kecik-kecik tu pun selalu tanya, bila alang nak bagi baby ni :)))).... Bila bercakap dengan bff saya pulak, dia kata 'slumber nye lah hang ni...Aku dulu sebulan tak lekat lagi pun dah risau' ^____^

Satu lagi, side sebelah suami sangat positif... Makcik suami selalu cakap, tak payah risau hal anak.... Makcik pun 7 tahun baru 'dapat'... Mak mertua saya pun banyak cerita kat saya masa baru lepas kawen... Menggunakan pengalaman sendiri mintak untuk positif kan saya sekiranya tak dikurniakan anak dalam tempoh waktu yang cepat... Nampak kan....Allah dah aturkan semua itu dah terbaik untuk kita... Kita kena cuba isi dan cari apa yang Allah dah tentukan untuk kita... Jangan difikirkan sangat mulut orang....Percaya la cakap saya, even dah mengandung pun...Mulut-mulut orang ni masih tak berhenti bercakap...Ada saja nak cakap...Contoh 'Baru mengandung ke, kan dah lama kahwin'... So kawan-kawan, tak ada faedahnya jika fikir dan endahkan mulut-mulut orang ni... Baik kita bahagiakan hidup kita dengan fikir benda-benda lain yang lagi best dan berfaedah

Alhamdulillah, dalam bulan 9 dan 10 saya dah start pening-pening kepala...Tapi bila UPT test, result negatif... Saya syak saya dah dapat penyakit lain.... Saya layankan aje sakit kepala tu... Bulan 11 saya cuti sebulan... Maybe jugak sebab stress kerja yang berpanjangan... Lupa nak cakap, saya dapat bertukar dari Pulau ke Mainland... Rezeki kawin mungkin... Tapi biasa la di tempat keja yang baru, ambil masa untuk serasi ditambah pula dengan bidang tugas 360 darjah berbeza dan tanggungjawab yang lebih berat...So kena banyak bersabar

Bulan 11 ke hospital untuk appointment E&T kali ketiga, dr. pakar cakap dia syak saya ni alah... Berkali-kali saya katakan saya dah check UPT banyak kali, tapi semua negatif.... Dr. mintak saya ke lab untuk check sekali lagi... Saya ditemani suami dan saya ikutkan saja saranan dr...Bila dapat result...Saya ambik je la, tak tengok pun result... Pastu husband tanya, result macam mana? Saya pusingkan result form tu... Terkejut..Ya Allah...POSITIF! Tersenyum je husband... Saya pulak buat muka kelat rasa macam tak percaya...

Balik dari hospital, terus ke klinik dan check... Rupa-rupanya dan 10 minggu kandungan... Ya Allah...Alhamdulillah...Tak disangka-sangka... Pastu mengidam pun datang dengan tiba-tiba dan perangai jadi mengada-ngada plus super duper malas :) Pastu mula la takut fikirkan nak beranak... Pastu mula lah episod PJJ dengan husband....

Jadinya kawan-kawan, jangan stress fikirkan anak ya...Layarilah hidup berumah tangga dengan bahagianya... Alhamdulillah Allah akan makbulkan doa-doa hambanya... Dan Allah pasti dah aturkan perjalanan hidup kita ni dengan sebaik-baiknya.. Mudah-mudahan 


Baru 3 bulan lebih time ni....Tapi ramai cakap perut kita besar :)


Thursday, January 22, 2015

Mengidam nak Ke Pasar Malam Brinchang :)


22 JANUARI 2015 (KHAMIS)

Dah teringin sangat dah nak ke Pasar Malam Brinchang....Terbayang-bayang makan strawberry celup coklat ni...Kat sini pun boleh dapat kan strawberry celup coklat ni...Tapi dah penangan mak buyong nak original from Tanah Tinggi Cameron...

Esok encik husband balik... Kalau tak da apa hal, sabtu ni bertolak lah ke sana....Pergi sabtu balik ahad ja....Hotel pun dah siap booked.... Semangat mak buyong dah siap google map lagi nak tau jarak *____*

Last ke sana, dengan family dulu time anak dara...Kali ni pergi dengan husband pulak :)



 Sedapnya




Tak tahan dah +____+




Tuesday, January 20, 2015

Setelah 9 bulan hidup bersama


Alhamdulillah
Hanya itu yang mampu diucapkan
Bersyukur
Betol lah cakap orang
Jodoh itu adalah sesuatu yang telah tertulis

Cuma kita perlu bersabar
dan yakin dengan aturan Allah

Buat suamiku
Terima kasih kerana sudi memperisterikanku
Sudi menerima semua kekurangan
dan kelebihanku dengan sabarmu

Buat suamiku
Terima kasih kerana sentiasa bersusah untukku
Terima kasih sentiasa memenuhi semua keinginanku
Terima kasih kerana sanggup berkorban untukku
Hanya Allah yang dapat membalasnya

Dulu
Selalu cakap boleh ke berenggang dengan suami lepas kawen
Tak tau apa yang akan dilalui
Tak tau apa yang akan dirasai

Sekarang ni
Dah dapat jawabnya
Sakit dan rindu sedih sangat di hati
Hati menangis
Bila kita dah berkongsi bantal, berkongsi hidup
Berkongsi susah dan senang
Itulah membuatkan kita sukar untuk jauh antara satu sama lain
Hampir 9 bulan dapat hidup bersama as a normal husband and wife

Ini baru permulaan
Mula merasa bahang-bahang menjadi isteri kepada seorang tentera udara
Sekarang
Merasa ditinggalkan - weekend husband and wife
Pasni aku yakin
Monthly husband and wife
Dan yang paling ditakutkan
Yearly husband and wife
Ya Allah....tak tertanggung rasanya nanti

Inilah pengorbanan isteri kepada seorang tentera
Dari awal sudah tau
Suami kita bukanlah milik kita seorang
Perlu dikongsi dengan Agama, Bangsa dan Negara
Allah hu akbar

Moga dititipkan lebih kesabaran
Jika diizinkan Allah, diharap suamiku ada di saat melahirkan
Tapi kalau tak dapat, isterimu redha :((((((( (dalam hati menangis)