Tuesday, September 5, 2023

SECOND TIME : LOST WEIGHT JOURNEY DAY 1

Dengan anak2 n mother in law

5 September 2023

Berat : 85.9kg (Berat tertinggi pernah capai)

Sekarang ni fasa menuju ke hidup yang lebih sihat... Dah penat rasa bawak badan berat... Letih lesu malas nak bergerak semua ada.... Jadi malas semua benda huhu


Kebetulan, dengan saranan kepada penjawat awam diwajibkan pakai baju batik setiap hari khamis.... sebelum ni digalakkan sahaja...sekarang ni dah diwajibkan...so mau tak mau kena decide... nak beli baju baru ke or nak pakai baju sedia ada... kalau nak pakai baju sedia ada, kena kurangkan size inci badan kiri kanan depan belakang.... baju batik yg dalam almari memang banyak... semua cantik... tapi sayangnya dah tak muat


Satu lagi, rasa macam risau banyak penyakit sekarang ni... Elok lah kita ubah life style... Fikirkan orang sekeliling, kalau ibu sakit macam mana kan... Tak ke susah semua orang... Dengan anak-anak kecik lagi... Mari lah kita hidup dengan sihat dan bahagia


Kedua, ada berjanji dengan anak.... Aisyah ni nak sangat mandi kat theme park... Macam Sunway Lagoon, Bangi Wonderland ke... Dah cakap kat anak, kalau nak gi sana, kena tunggu ibu kurus dulu... So Aisyah memang menunggu sangat la ibu kurus


Ketiga, bila badan besar ni jadi tak suka beli baju... Rasa macam sayang duit nak beli (Konon fikir akan mengecil la badan tu kan haha).. Mari kita realisasikan


Keempat, baju bakat dah tak muat... nak suruh husband beli kain pasang baju bakat baru, macam kalah tanpa bertanding pulak nk bagi tau husband ni... marilah kita mencuba lagi...walaupun tak tau ni kali ke berapa dh kita restart


Kelima, tengok baju kerja dalam almari yang bergantung tu, rasa macam wowww cantiknya semua ni... bila nak boleh pakai ni kan....dok tengok je... muat tu belum lagi


Hari ni hari kedua control makan 5 September 2023. Timbang pagi tadi 84.1kg... Harap istiqamah kali ni... Amin

Post a Comment

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!