Tuesday, June 14, 2016

Ke IKEA CHERAS lagi dan Mee Udang

Bukan main suka dia kalau bawak berjalan


11 JUN 2016 (SABTU)
12.30 TENGAHARI


Hari sabtu lepas pergi lagi ke Ikea. Rasa macam ikea memanggil-manggil je +_____+. Tapi kali ni ada mission habiskan duit untuk ruangan yang berbeza. Macam hari tu fokus untuk ruang santai family + reading corner. Tapi kali ni, lebih kepada nak setup laundry room.

Total kerugian kali ni agak dasyat jugak hoho. Husband pun dok bising cakap kita dok rumah sewa ni sayang. Nanti dah dapat dok rumah sendiri deko lah puas-puas. Nak dapat duduk rumah sendiri tu lambat lagi bang. Nampak gaya kena tunggu Mr. A pencen dulu kot. So tak kisah lah rumah sewa pun kan. Asalkan kita dapat duduk dalam suasana yang aman dan best! Itu sudah memadai. 

Deco rumah sewa ni boleh tapi kena bertimbang rasa dan tidak merosakkan harta-harta tuan rumah. Itu yang penting.

Rumah sewa yang baru masuk ni, dinding dia memang dah berlubang-lubang. Husband dah cakap awal-awal, boleh nak hias-hias tapi tak nak ada ketuk mengetuk dinding baru dan kalau boleh tampal je. Dinding yang dah memang ada paku tu, husband cakap ok nak buat apa pun. Ok! Mood deco on!

Hasil tangkapan. Sekali dengan balang-balang biskut raya saya angkut


Ni nak cerita pasal Mr. A craving nak makan mee goreng. Tapi fikir punya fikir rasa macam tak best je kan mee goreng. So terbuat lah Mee Udang untuk menu berbuka puasa semalam.





Kenyang makan laki bini. 
Mangkuk yang tak ada sayur tu yang saya punya *___*
Walaupun kuah ku ceroi, tapi sedap tau. Puji diri sendiri. Ok bai!