Struggling to be a better muslimah
Tuesday, December 31, 2013
JEMPUT UCAPKAN SEPATAH DUA KATA DI WEDDING GUESTBOOK SAYA ^___^
STICKY POST
Sempena majlis perkahwinan saya yang akan berlangsung tak lama lagi, mohon kawan-kawan untuk menulis sepatah dua kata di dalam WEDDING GUEST BOOK SAYA
TERIMA KASIH ^___^
Ucapan di dalam wedding guest book ini, akan dibaca semasa majlis perkahwinan berlangsung. Terima kasih :)
Friday, December 27, 2013
CROWN PENGANTIN
27 DISEMBER 2013 (JUMAAT)
Sekarang ni dalam proses melengkapkan item-item kecil yang diperlukan....Item-item tu adalah aksesori untuk pengantin perempuan....Aksesori yang utama adalah CROWN ataupun MAHKOTA...Time ni boleh lah nak feeling-feeling Miss Universe ^___^
Saya suka crown yang tak tak tinggi tak besar tak kecil tak crowded dan semua yang tak tak...Nak yang sedang-sedang je....Yang paling berkenan macam Azrinaz Mazhar Hakim pakai ni....Cantiknyaaa
Crown yang macam Fasha Sandha pakai ni pun cantik jugak
Simple but very princess kan...cantik
yang ini pun cantik jugak....classic crown
classic crown jugak
cantiknya baju kurung moden sengket ni kan
dan
kat bawah ni, ada di antaranya yang saya akan pakai di hari bahagia saya nanti ^___^
Direka=)reka oleh cik
wawa syaida
cap :
Wedding Preparation
Friday, December 20, 2013
Peknga Kelapa dan Peknga Pisang
14 DISEMBER 2013 (SABTU)
Pernah makan peknga tak....Peknga ni bahasa orang utara....Nama sebenar nya lempeng ^____^....Kalau kat rumah, kita biasa tengok peknga ni hanya dimasak di dalam kuali kan....Tak da daun-daun pisang ni...Tapi kalau kat kedai makan yang saya singgah makan ni, memang nampak cantik sangat waktu dimasak....Saya yang bukan penggemar peknga ni pun leh order :)
Ada dua jenis peknga yang kedai ni jual
Peknga nyok (kelapa) dan peknga pisang inti nyok
Seriously, sekali sekala makan memang sedapppp
Pekena pulak baru lepas jogging...Memang nikmat!
Peknga Nyok dan Peknga Pisang
Kedai makan depan Bangunan Umno, Sungai Semambu, Bukit Mertajam
Monday, December 16, 2013
The Wedding Dress - Progress
Source: Google
16 DISEMBER 2013 (ISNIN)
Alhamdulillah....dress untuk akad nikah, majlis resepsi dan majlis bertandang dah siap 95%...Sekarang ni cuma tengah dalam proses touch up dengan manik, pearl dan lain-lain....Baju yang saya decide kali ni still macam trademark baju bertunang ^____^ ...Simple je....Dress yang simple dan tak meleret-leret-leret...Sebab majlis untuk kedua-dua belah pihak buat kat rumah je...Kalau kat dewan sesuai kan yang vouge da vass tu....
Baju ni memang hasil eksperimen 100%....Eksperimen dari segi design, penggunaan fabrik dan hiasan tambahan...Rasa macam kecut perut dan tido tak lena sementara nak tunggu baju tu siap....Tailor call cakap baju siap pun, saya dah macam cacing kepanasan...sebab takut nak tengok hasilnya....takut apa yang di 'imagine' tak sama dengan hasil yang jadi...sama 85% pun dah memadai....lain lah kalau sendiri yang jahit, boleh la nak expect 100% sama kan...skang ni alhamdulillah, dah boleh fokus lebih untuk part yang lain pulak...
Akad Nikah
Atas permintaan Mr. A, dia request saya pakai sekali lagi baju time bertunang...Kalau ikutkan Mr. A, dia nak saya pakai baju bertunang tu untuk majlis bertandang....suka katanya...sebab time majlis bertunang tu, dia jumpa saya dalam 15 minit je...so tak sempat tengok lama lah...oh! oh! oh! saya rasa tak syok la kan nak pakai sekali lagi...Untuk tidak menghampakan dia, saya pakai semula untuk Majlis Akad Nikah....Tapi baju bertunang tu saya ada buat sedikit pengubahsuaian...Means tak sama dah macam time bertunang ari tu...Kalau nak tengok, nanti after 12 Januari 2014 bersamaan 17 Rabiulawal 1435H saya tunjuk ^___^
Resepsi
Baju untuk majlis resepsi....Baju yang agak memeningkan untuk fikirkan fabrik...Maybe sebab darah anak tukang jahit (arwah mak seriously the very best tailors i have ever met in my life)...Jadinya, sampai bereksperiman bagai....Sekarang tengah jahit manik, pearl and so on
Bertandang
Baju yang pada saya mendamaikan....Sebab bermula dari pembelian fabrik, semuanya lancar je...Design untuk baju ni pun statik dari awal hingga akhir...Tak berubah-ubah....senang jiwa ^___^
Baju Melayu
Semua dah siap dan siap sangat awal dari baju saya...Sekarang ni saya dan Mr. A tengah cari sampin dan tengkolok yang match
Pada kawan-kawan blogger yang dah email address, nanti saya pos kad ye...
Bagi yang baru bertandang di blog kecil saya, jemput tulis sepatah dua kata di wedding guest book saya....TQ =)
Direka=)reka oleh cik
wawa syaida
cap :
Kahwin,
Move to another session in life,
Wedding Preparation
Subscribe to:
Posts (Atom)






.jpg)










