Tuesday, November 22, 2016

RESEPI UPDATED ::: Bread Butter Pudding


21 OKTOBER 2016
9.00 PAGI
KOLEJ KOMUNITI SELAYANG


Hihi rasanya semakin sendu blog 'wawa syaida' ni. Hari ni saya sedang berkursus di Ipoh. Ada masa terluang sikit, curi masa untuk taip entri kat blog yang bersawang ni. Dalam bulan lepas, saya ada join program Puspanita Kementerian bagi aktiviti baking membaking. Memang minat sangat bab baking2 ni. Kebetulan ramai kawan-kawan kat ofis nak join, so amik la peluang ni.

Hihi bukannya baking apa sangat. Buat puding roti je. Korang yang pandai masak mesti rasa celah gigi je kan nk buat puding roti. Tapi bagi saya yang tak pandai masak ni, harus lah berguru kan.


Kelas di buat di Kolej Komuniti Selayang. Jadinya, pagi-pagi lagi saya dan kawan-kawan lain bergerak dari Putrajaya. Tunggu di Dewan Seri Indon dan naik bas ramai-ramai ke Kolej Komuniti Ampang.

Resepi saya update semula entry ni nanti. Sebab resepi tertinggal kat rumah. Disebabkan Chef yang ajar so rasa puding ni tersangat lah sedap. Tak sama resepi nya yang macam ramai-ramai share kat google tu.

RESEPI UPDATED

BREAD BUTTER PUDDING
Bahan-bahan
8 keping roti sandwich 
1 cawan susu segar
1/2 cawan krim UHT
1/2 cawan gula kastor
3 biji telur
1 TSP serbuk kayu manis (kalau suka, boleh lah letak)

Bahan-bahan Sapuan
Mentega
Jem

Hiasan
Kismis Hitam
Almond Flakes
Brown Sugar

Cara-cara
1. Sapukan Roti sandwich dengan mentega dan jem.
2. Potong dua roti.
3. Pukul telur bersama gula kastor sehingga larut.
4. Masukkan susu segar dan krim.
5. Kacau sehingga sebati.
6. Susun roti di dalam bekas.
7. Tuang adunan susu ke dalam acuan.
8. Tbur kismis hitam, almond flakes dan brown sugar.
9. Bakar pada suhu 180oC  selama 30 minit atau sehingga  kuning keemasan.



VANILLA SAUCE
Bahan-bahan
1 cawan susu segar/ susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan-bahan.
2. Masak sehingga adunan pekat.




Dah siap buat puding roti, kita akan buat kastard untuk makan dengan puding roti nanti. Dalam pic tu, kastard yang dah siap.




Sambil masak pun kita posing lagi. Yang baju merah tu kawan saya, Halimah. Dia kawan pertama yang saya jumpa masa di Putrajaya. Tapi dia dah nak bertukar kat Nilai next week. Sedih -____-




Tadaaa dah siap puding roti sebelum dibakar. 
Semakin kombang muka saya. Nak diet lama dah tapi hangat-hangat tahi ayam je





Ok. Nampak creamy kan. Puding roti sebelum dibakar.





Dah siap untuk dimakan. Sedap amat.


Ok. Tata.




Monday, November 21, 2016

Absolute Thai, Alamanda Putrajaya

Source: Google. Cari Absolute Thai kat Alamanda tak jumpa pic.

xx Oktober 2016
Friday Lunch
Alamanda Putrajaya

Saya tak ingat brp hb sy ke sini. Datang berdua dengan my ofis mate sebab teringin betol nk try makan kat Absolute Thai ni. Terletak di ground floor Alamanda. Dekat dengan laluan nak ke wayang. Restoran dia memang nampak so high class classic dari luar. Cantik. Sebelum ni lalu je dan tak pernah try.

Yang membuatkan saya nak cuba kat sini, apabila my ex-boss yg tak pernah miss makan kat sini setiap kali dia out station dari Penang ke Putrajaya.

Jom kita tengok apa yang best!



 Ni menu. Ada di atas meja. Macam2 ada.
Boleh pilih nak makan apa.
Yang direkemenkan oleh my boss;
Green Curry
Tom Yam
Fish Cake



Dah try. Saya amik tomyan n fish cake. Kawan saya amik green curry n fish cake. Fish cake pedas giler tapi sedap amat. Tom yam n green curry sangat +++sedap. Memang dah jatuh cintaaaa. 

Sesuai utk yang suka makan pedas. Akan ke sini lagi. Sedap amat.

Tata

Monday, October 24, 2016

BAJU KURUNG MODEN NIKAH UNTUK DISEWA - SOLEMNIZATION DRESS FOR RENT


 Assalamualaikum semua ^___^
Ramai dah whatsapp saya berkenaan baju akad nikah saya ni...Sekarang telah dibuka untuk disewa...Untuk baju resepsi dan baju bertandang, saya hold dulu sebab belum buat photoshoot outdoor...Dah settle semua, InsyaAllah akan dibuka untuk disewa juga dengan harga yang berpatutan
  Baju solemnization saya didatangkan complete dengan;
Baju Kurung Moden

Veil Full Beaded

Tudung Bawal

Crown

Handbouquet

Kasut


 Gambaran baju ketika duduk




 material: full beaded chiffon silk
dihiasi dengan heavy patched beaded chiffon lace
membuatkan si pemakai tampak mewah anggun bergaya di hari bahagia




 Beaded pada tangan baju yang penuh dihiasa dengan stone, manik, labuci dan pearl




  Veil with full beaded lace ditaburi pearl di sekelilingnya



 Ketika berdiri 



 Ketika berdiri 






 Handbouquet




  Kasut



  Baju Melayu Moden









Bagi yang berminat untuk membuat sewaan;
Sesuai untuk dipakai semasa resepsi / akad nikah / bertunang


DRESS SET
(with veil)
warna: same macam dalam pic
size: fit S to M
pm for size details
details: modern baju kurung
material: full beaded chiffon silk

SEWAAN:
Harga Sewa: RM300
Safety Deposit: RM200 (Untuk penyewa luar dari Putrajaya dan Selangor)
Safety Deposit dipulangkan selepas customer return baju dalam berkeadaan baik) 
Tempoh sewaan: 3 - 4 Minggu


BAJU MELAYU MODEN
warna: same macam dalam pic
size:Tinggi 170cm, Berat 65kg
pm for size details
details: modern baju melayu
material: duchess satin with soft silk (lining)

SEWAAN:
Harga Sewa: RM100
Safety Deposit: RM200
Safety Deposit dipulangkan selepas customer return baju dalam berkeadaan baik) 
Tempoh sewaan: 3 - 4 Minggu


VEIL
warna : same macam dalam pic
details: heavy patched beaded chiffon silk

SEWAAN:
Harga Sewa: RM100
Safety Deposit: RM100 (Untuk penyewa luar dari Pulau Pinang)
Safety Deposit dipulangkan selepas customer return baju dalam berkeadaan baik) 
Tempoh sewaan: 7 Hari


  BROOCH HANDBOUQUET
Size M
Warna: Cream

SEWAAN:
Harga Sewa: RM20
Tempoh sewaan: 7 Hari


  KASUT
Size 6
Warna: Beige Cream

SEWAAN:
Harga Sewa: RM30
Tempoh sewaan: 7 Hari


  CROWN
SEWAAN:
Harga Sewa: RM30
Tempoh sewaan: 7 Hari

**** Tempoh sewaan selama 3 - 4 minggu hanya terpakai untuk;
1. sewaan complete set baju dan veil; atau
2. sewaan complete set baju nikah


Bagi yang berminat untuk membuat sewaan,

boleh
 

WHATSAPP / SMS / EMAIL

Wawa Syaida 017 4119196

syai_da@yahoo.com


Thursday, September 8, 2016

Review Preparation Kahwin Selepas 2 Tahun Berkahwin


8 SEPTEMBER 2016 (KHAMIS)
1.05 TENGAHARI


Mood baru mari nak review preparation perkahwinan saya yang telah berlangsung 2 tahun yang lalu. Anak pun dah sorang +____+. Anniversary dah sambut 2 kali 'Alhamdulillah'. Mudah-mudahan berkekalan.

Banyak benda nak review sebenarnya. Semua pic masih save dalam hard disk. Bagi saya, review ni adalah untuk membantu bride to be yang lain bagi dijadikan rujukan dan tak lain tak bukan sebagai kenangan saya dan suami juga. InsyaAllah sedang merangka plot point. Dah siap yang ini InsyaAllah pelan-pelan saya update.

Apa yang saya boleh katakan, benda yang paling excited nak review adalah InsyaAllah akan dimulakan dengan baju nikah, baju resepsi dan baju  kenduri side suami. 

Dan ramai yang tanya berkenaan baju melayu suami. Nanti saya akan review 1 by 1. Doakan saya sentiasa rajin dan istiqamah nak update preparation kawen ni.


Tata







Friday, August 26, 2016

Cerita Pasal Petai

Bekalan Setelah Pulang dari Cameron Highlands




Sejak dari kecil saya memang jenis suka makan petai. Menurun emak. Ayah dan adik beradik yang lain semua tak suka makan petai. Tapi saya hanya boleh makan petai yang dimasak. Kalau petai yang fresh memang tak jalan.

Masa arwah mak ada dulu, mak memang rajin masak petai. Buat sambal pedas. Sedap. Teringat-ringat lagi.

Tapi, apa yang nak saya kongsikan hari ni, bukanlah pasal kesedapan petai. Tetapi pasal saya dah tak lalu nak makan petai. Bukan setakat tak lalu, tengok petai je pun saya dah nak muntah dan hilang selera makan. Sob sob sob.

Semuanya berlaku setelah pulang bercuti dari Cameron Highlands. Dalam entry ni saya ada story pasal saya singgah beli petai masa dalam perjalanan balik dari Cameron.

Memandangkan saya hantu petai, saya dah tak sabar-sabar nak masak petai yang dibeli tu. Hari isnin lepas balik keja, saya terus excited potong-potong petai. Plan di hati nak masak sambal udang petai. Menjadi kebiasaan, saya akan siang-siangkan petai tu buang hitam-hitam di kulit petai tu. Sambil-sambil siang tu, saya perasan petai tu agak lembik. Tapi saya teruskan je siang. Saya potong-potong dan keluarkan isi petai. Saya tak makan kulit.

Lepas dah kuarkan hampir 1 papan petai. Betol tak penjodoh bilangan 'papan'. Adeh, belasah je lah. Saya terasa macam nak potong petai tu (setiap biji dipotong dua). Lepas potong tu, saya terperasan macam ada kaler grey-grey kat dalam biji petai tu. Saya biarkan je. Lepas tu saya potong lagi dan ada lagi benda lembik-lembik grey tu. Saya kais-kais dengan mata pisau. Alangkah terkejutnya saya benda tu adalah ulat. Bukan ulat kecik. Tapi ulat yang gemuk-gemuk. Ya Allah! geli yang amat.

Terus saya flash back, selama ni yang saya beli kat kedai, petai yang tak dibelah. Dikunyah sebiji-sebiji. Ya Allah, nak termuntah semua ada. Saya wasap husband cakap kata tak dapat nak buat petai hari tu sebab saya geli nak pegang petai dan tak mampu dah nak masak yang lain sebab geli (yang ni ++ mengada-ngada sekali).

Husband tak percaya dalam petai tu ada ulat. Lepas dia balik keja. Dia tengok sendiri dan baru dia percaya. Dia siang sampai habis. Ulat-ulat tu dia bagi ikan dia makan. Huhu

Saya tanya husband, macam mana ulat tu boleh parking elok-elok je tengah-tengah dalam biji setiap biji petai tu tanpa ada tanda-tanda dari luar kulit petai. Husband ada explain 'temengat'. Tapi saya dengar buat tak dengar dan tak faham. So saya biarkan je kengerian tu berlegar dan berlalu dalam fikiran saya.

Sejak hari tu, saya dah tak mampu nak makan petai yang suatu masa dulu memang menjadi makanan yang saya sentiasa nak makan. Bila nak makan kat kedai nasi campur, bila nampak petai je terus saya rasa nak muntah even petai tu dah dibelah. Mungkin  juga saya dah telan banyak ulat sebelum-sebelum ni time makan petai sebiji-sebiji yang dijual di kedai.


sob. sob. sob.