21 OKTOBER 2016
9.00 PAGI
KOLEJ KOMUNITI SELAYANG
Hihi rasanya semakin sendu blog 'wawa syaida' ni. Hari ni saya sedang berkursus di Ipoh. Ada masa terluang sikit, curi masa untuk taip entri kat blog yang bersawang ni. Dalam bulan lepas, saya ada join program Puspanita Kementerian bagi aktiviti baking membaking. Memang minat sangat bab baking2 ni. Kebetulan ramai kawan-kawan kat ofis nak join, so amik la peluang ni.
Hihi bukannya baking apa sangat. Buat puding roti je. Korang yang pandai masak mesti rasa celah gigi je kan nk buat puding roti. Tapi bagi saya yang tak pandai masak ni, harus lah berguru kan.
Kelas di buat di Kolej Komuniti Selayang. Jadinya, pagi-pagi lagi saya dan kawan-kawan lain bergerak dari Putrajaya. Tunggu di Dewan Seri Indon dan naik bas ramai-ramai ke Kolej Komuniti Ampang.
Resepi saya update semula entry ni nanti. Sebab resepi tertinggal kat rumah. Disebabkan Chef yang ajar so rasa puding ni tersangat lah sedap. Tak sama resepi nya yang macam ramai-ramai share kat google tu.
RESEPI UPDATED
BREAD BUTTER PUDDING
Bahan-bahan
8 keping roti sandwich
1 cawan susu segar
1/2 cawan krim UHT
1/2 cawan gula kastor
3 biji telur
1 TSP serbuk kayu manis (kalau suka, boleh lah letak)
Bahan-bahan Sapuan
Mentega
Jem
Hiasan
Kismis Hitam
Almond Flakes
Brown Sugar
Cara-cara
1. Sapukan Roti sandwich dengan mentega dan jem.
2. Potong dua roti.
3. Pukul telur bersama gula kastor sehingga larut.
4. Masukkan susu segar dan krim.
5. Kacau sehingga sebati.
6. Susun roti di dalam bekas.
7. Tuang adunan susu ke dalam acuan.
8. Tbur kismis hitam, almond flakes dan brown sugar.
9. Bakar pada suhu 180oC selama 30 minit atau sehingga kuning keemasan.
VANILLA SAUCE
Bahan-bahan
1 cawan susu segar/ susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar tepung kastard
Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan-bahan.
2. Masak sehingga adunan pekat.
Dah siap buat puding roti, kita akan buat kastard untuk makan dengan puding roti nanti. Dalam pic tu, kastard yang dah siap.
Sambil masak pun kita posing lagi. Yang baju merah tu kawan saya, Halimah. Dia kawan pertama yang saya jumpa masa di Putrajaya. Tapi dia dah nak bertukar kat Nilai next week. Sedih -____-
Tadaaa dah siap puding roti sebelum dibakar.
Semakin kombang muka saya. Nak diet lama dah tapi hangat-hangat tahi ayam je
Ok. Nampak creamy kan. Puding roti sebelum dibakar.
Dah siap untuk dimakan. Sedap amat.
Ok. Tata.
NYUM2
ReplyDeletesdpnyaaa..
ReplyDeletewah ipoh tang mana kursus..
kat symphony hotel yui..
Delete