Thursday, December 1, 2016

Dilema Pengasuh



1 DISEMBER 2016 (KHAMIS)
7.45 PAGI

Hari ni Aisyah mencecah umur 1 tahun 5 bulan. Alhamdulillah membesar dengan sihat dan bolat. Tapi last check up baru ni, nurse cakap berat naik sikit sangat 100gram je. Total berat Aisyah 10.1kg, so sy ok je. Sebab walaupun berat tak naik, Aisyah still nampak bolat.

Aisyah di umur 1 tahun 5 bulam, banyak benda baru yang dia dah buat dan saya boleh nampak. Ada happy, kelakar dan ada yang sedih. Terbaru, dia dah pandai pilih baju yang dia nak pakai. So 'diva' okeh mek ecah ni. Lepas tu, saya tengah lipat kain, dia pilih  baju dia dan dia cari seluar untuk match dengan baju yang dia suka. Dan, yang tak tahannya, seluar tu memang set dengan baju tu. Well done anak ibu. Lagi, dah boleh mengira 1 2 3 4 sampai 5. Lagi, dah boleh sebut beberapa perkataan dan boleh meniru word apa yang pembaca berita cakap, Aisyah ni bercakap dulu baru boleh berjalan. Dia boleh berjalan di usia 1 tahun 4 bulan.

Berbalik kepada tajuk. Saya rasa dilema ni dirasai oleh semua ibu-ibu yang bekerja. Aisyah dah besar, dah banyak tanda-tanda yang dia bagi kat saya untuk menggambarkan apa yang dia rasa...apa yang dia hadapi. Dah lama berbincang dengan husband. Tapi saya dan suami mengambil pendekatan positif, aisyah dah besar dan dah kenal mak ayah so dia dah tak nak kat orang lain. Tapi dari hari ke hari, semakin kesian tengok aisyah bila nak hantar ke rumah pengasuh.

Perkara yang paling menyedihkan, berlaku pagi tadi. Cukuplah saya dan suami yang tahu. Rasanya sudah sampai masanya kami bertukar kepada pengasuh yang lain. Pengasuh yang ini menjaga aisyah sedari umur 3 bulan sehingga sekarang. Pengasuh yang ini baik di hadapan saya. Cuma bilangan anak asuhan yang dijaga tu agak ramai 'belasan orang' dan kadang2 rasa macam puluhan  orang. Walaupun ada 2 orang pembantu, mungkin tak terkawal saya rasa. Anak saya, saya lihat semakin hari, semakin tak nak ke rumah pengasuh.

Saya sanggup bersusah payah menghantar Aisyah dengan pengasuh yang sama walaupun kami telah berpindah rumah. Tapi bila Aisyah semakin tidak selesa, saya dan suami perlu membuat sesuatu sebelum emosinya benar-benar terseksa. Saya telah deal dengan seorang pengasuh yang lain berhampiran rumah. Saya harap pengasuh ini dapat menjaga anak saya dengan baik seperti menjaga anaknya sendiri.

Ya Allah. Bila sampai rasa ini. Terus rasa nak jaga anak sendiri. 24 hours.

Tapi apakan daya. Bersabarlah.






Post a Comment

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!