Friday, September 14, 2012

Resepi Orang Bujang ::: Telur Masak Kicap ::: Roti Telur

Telur Masak Kicap



Roti Celup Telur



best kan leh makan masakan air tangan sendiri...boleh jimatkan duit dan kurangkan makan makanan kedai...kadang-kadang bila selalu sangat makan makanan kedai, memang kita akan rasa muak...

kalau lapar...masak telur masak kicap pun dah selera makan...siap leh tambah-tambah nasik lagi...boleh jugak buat roti celup telur....senang sangat...celup ngan telur je...pastu goreng...siap dimakan...tapi high calory sikit la ;)


Telur Masak Kicap
Bahan-bahan
4 biji telur
1 biji bawang besar di hiris bulat
2 biji lada merah (jika nak tambah cili pun boleh) dipotong serong
2 biji bawang putih di cincang halus
1 cawan air
4 camca kicap lemak manis
1/2 in halia dicincang jika suka
2 camca cili sos
minyak untuk menumis
garam secukupnya

Cara-cara Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan bawang besar dan lada merah masak hingga layu
Masukkan kicap, sos cili air kacau rata biar hingga mendidih
Pecahkan telur dalam bekas dan masukkan sebiji2 ke dalam kuah kicap tadi..
Biar mendidih jangan di kacau hingga telur 1/2 masak baru terbalikkan dan Tambahkan garam jika tawar tutup api.
Hidang bersama nasi panas.


Roti Celup Telur
Bahan-bahan 4 keping roti
sebiji bawang besar
2 biji telur
sedikit garam

Cara-cara Potong roti kepada 4 bahagian
Di dalam bekas, satukan telur dengan bawang dan garam
Kacau sebati
Celupkan roti ke dalam telur tadi
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak
Goreng roti yang telah dicelup
Balik-balikkan roti
Apabila roti kekuningan, boleh diangkat
Sedia di makan ;)

Post a Comment

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!