Sudah lama tidak mencoret apa-apa di sini
Rindu pada kehidupan dulu
Hari esok perlu dilalui
Apa yang berlaku kepada kita
Bahkan seluruh alam
Telah ditetapkan oleh Allah s.w.t
Kita sebagai hambanya
Hanya mampu berserah
Perlu redha
Hanya 'sabar' kunci segala-galanya
dan perlu yakin
Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya
Mungkin kita tidak nampak sekarang
Tapi mungkin hikmah itu akan kita ketahui 10 tahun selepas itu
Semua itu aturan Allah
Ingatlah semua yang berlaku pasti ada hikmahnya
Pengalaman banyak mengajar kita
Gunakan pengalaman yang lama untuk menguatkan hati
Menajamkan minda
Supaya mampu menghadapi hari-hari mendatang
dengan
tenang, sabar dan redha dengan Qada' dan Qadar Nya
Alhamdulillah bersyukur atas ujianMu
Post a Comment
Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!