Tuesday, October 23, 2012

Still Remember


teringin nak berjalan menyusuri pokok-pokok rimbun tu...
bahagianya :)










pic: credit --> Life Through My Lense
thanks sis Muna Mahdzar-Fadaaq
sangat suka tengok pic2 pemandangan kat sini...

::: still remember him...what should i do :::

Rasulullah SAW dengan Sebiji Limau


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.



Entry lama ni :)

Friday, October 19, 2012

Pizza Pisang ~~ Banana Pizza


yummy yummy...ada pisang kat atas pizza tu


memang sedap bangat


small size je...sorang makan pun boleh habis



19 OKTOBER 2012

Assalamualaikum warahmatullah. Hari Jumaat penghulu segala hari. Hari ni seronok nak datang ofis sebab esok dah cuti. Tapi pagi ni perut tak selesa sebab semalam makan macam-macam. Melantak je kan keja nya...Mau tak sakit perut :)

ok...nak story mory pasal pizza pisang ni...nama saintifik pizza ni 'Banana Kaya Desert'. Beli kat Domino's. 1st time rasa ni. Ofismate yang bagi tau. Dia cakap pizza pisang Domino's ni memang sedapppp sangat. Pastu apa lagi terus rasa nak try la...Rasa pizza pisang ni memang marvelleous. Tapi kalau nak buat sendiri pun boleh kot sebab simple sangat.


Banana Kaya Desert

Ni lah rupa sebenar pizza pisang ni...Topping dia, just letak jem kaya (yg kaler hijau). Pastu letak hirisan pisang tu. Susun cantik-cantik. Dah siap susun semua. Taburkan gula aising/gula yang halus tu kat sekeliling roti pizza tu. Sedia untuk dimakan. YuMMy!!!!

Thursday, October 18, 2012

Dinner ~~ Domino's sss

18 Oktober 2012 (Khamis)

Salam semua...rasa macam dah lama tak bersiaran ;) Sekejap je kan dah nak jumaat...Pastu dah masuk November...Minggu ni hari-hari yang dilalui penuh dengan mainan emosi...ada yang sedih...ada yang suka...ada yang rasa nak marah....tak nama manusia la kan kalau tak diuji... ;) senyum sampai telinga :)


ok...pagi tadi breakfast - koey teow goreng + telur + hotdog + teh ais
tengahari pulak - lunch kat georgetown white coffee... makan asam laksa + milo ais
dinner - dah pening tak tau nak makan apa...nak makan nasik???tak mau lah...rasa cam jemu pulak...so kita try menu kat domino...makan yang simple-simple je ;)


chicken crunchy - amik yang tomyam


banana pizza
** yang ni terpengaruh ngan ofismate...dia cakap sedap bangat...
terus rasa nak try... yummy yummy


lastly, roti belit-belit ni....

mak aiiii...banyak nye order...larat ke nak makan....nak makan sorang je hihi...nak order sikit...karang kesian pulak kat orang yang nak menghantar tu kan...mesti dia rasa tak berbaloi...tak pe...nanti yang tak abis makan tu leh bagi kat housemate makan sama ;) senyum lagi



okes...dah siap order online...
kol 8.00 nanti hope staf domino tu dah terpacak depan pintu rumah ;)

okes...nak balik dah...kat ofis lagi ni....nak berkemas dan nak balikkk
dah tak sabar nak makan menda-menda kat atas tu...
sabar perut...sabar ;)))) senyum lagi :)





p/s: Alhamdulillah...R.E.D.H.A & S.A.B.A.R & D.O.A

Friday, October 12, 2012

My Sweetheart

pic ni diambil masa convocation my 2nd sister


Ya Allah,
ampunilah dosa kami, kedua ibubapa kami,
muslimin dan muslimat di dunia dan di akhirat.
masukkanlah kami ke dalam syurgamu,
bantuilah kami memperbaiki akhlak diri ini,
tenangkan hati kami,
satukan hati kami ya rahim,
berikanlah kami kasih sayang,
berikan kami keikhlasan dan ketulusan.
jauhkan kami dari fitnah-fitnah
dan dekatkan kami dengan jalan yang kau redhai,
permudahkan perjalanan kami
semoga kami pemenang di akhirnya
dan
bantulah kami dikala kami kesusahan.
amin ya Allah, amin ya Rahman, amin ya Rabbal alamin.
~~ Alfatihah untuk arwah mak ~~