Thursday, July 19, 2012

KAEDAH PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI

Permohonan bagi jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41/DH29 boleh dikemukakan menerusi portal JobsMalaysia. Permohonan dibuka sepanjang masa dan setiap permohonan adalah sah untuk tempoh 12 bulan dari tarikh permohonan. calon akan dipanggil temu duga sekiranya melepasi asas tapisan yang ditetapkan.


Pegawai Pernah Meletak Jawatan
Mana-mana pegawai yang pernah meletak jawatan tidak boleh dilantik semula melainkan mendapat kebenaran khas suruhanjaya.


Pegawai Sedang Berkhidmat
Permohonan bagi jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi juga boleh dikemukakan oleh pegawai yang sedang berkhidmat mengikut Peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 menetapkan bahawa:


Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya melalui Ketua Jabatan yang hendaklah menghantarkan borang permohonan itu kepada Suruhanjaya bersama dengan maklumat perkhidmatan yang dikehendaki dan ulasan Ketua Jabatan sama ada Ketua Jabatan itu menyokong atau tidak permohonan itu.


Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Sementara
Permohonan bagi jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 Sementara dikemukakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Calon yang dikemukakan terdiri daripada pemegang biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar yang telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah di universiti dalam dan luar negara. Calon yang dilantik akan berkhidmat selama satu tahun dan akan dipanggil temu duga untuk ke jawatan tetap dalam tempoh sebelum tamat tempoh lantikan sementaranya.


Wednesday, July 18, 2012

Resepi Aiskrim Goreng SEDAP

Ni aiskrim yang siap digoreng...


Wawa simpan semalaman...Terus goreng pas balik kerja semalam...Rasa aiskrim goreng ni memang sangat best...Rangup-rangup pastu ada ais sejuk kat dalam...Memang marvellous lah...Semua pun boleh try sebab resepi simple je ;)



Nyummi nyummi



Belum digoreng...Baru bawak kuar dari freezer


Bahan-Bahan:
Roti gardenia
Aiskrim apa-apa perisa
Cawan (utk tekan buat bentuk bulat)
Minyak untuk menggoreng


Cara membuatnya:
Ambil sekeping roti
Letakkan aiskrim di tengah roti tersebut
Ambil sekeping lagi roti dan letak di bahagian atas roti tadi
Ambil cawan untuk tekan di tengah2 roti tadi
Tekan kuat-kuat dan potong keliling roti yg berlebihan (bahagian luar cawan)
Keluarkan dengan hati2 bahagian bulat yg terbentuk di dalam cawan
Ulang cara yang sama dan buatlah mengikut kuantiti yang dikehendaki

.....

Simpan sekurang2nya 1 jam atau lebih elok semalaman roti tadi di bahagian sejuk beku.
Apabila minyak panas, gorengkan sekejap sahaja dalam 20 ke 30 saat.

................

Sedia dimakan dan selamat mencuba ;)



Source:
FB Jom Masak
Fried Ice Cream



Tuesday, July 17, 2012

Aiskrim Goreng, SUBWAY & Harimau Oren

Semalam kan...dah try buat ais krim goreng...buat 4 ketul ja sbb yg excied nak makan tu ada 2 org je...so cukup lah kan sorang 2ketul


Tapi...belum goreng lagi sebab semalam tertido...Jadinya, balik keja nanti nak goreng untuk adik berbuka puasa...mesti dia kecur liur bila bukak peti ais....cian ;))) hihi kakak kejam



menu lunch time tadi....tak abes-abes fast food...tapi sandwich subway ni healthy life style tau...makan 1 ja dah kenyang sampai rasa cam tak mau makan nasi seminggu....tapi time kenyang ja rasa camtu...dah petang sikit confirm lapar balik hihihi ;)



ini dia si harimau jadian....huhu baju corak cenggitu kan...nak wat cam mana ;( baju ni sebenarny baru beli tapi saja lah ambil saiz m...mak aihhhh longgar betol...macam pakai baju cap pinjam....so memang kena beli saiz s lah...dari saiz xs bertukar ke saiz s huhu




Thursday, July 12, 2012

Rawang Burger Bakar









Teringin nak makan burger bakar...Tapi jauh la RAWANG BURGER BAKAR ni...tengok menu yang macam-macam jenis tu pun dah b uat kecur liur...


yang wawa paling teringin nak makan

CHICKEN POP

RM8.00

RM9.00 with cheese


sedapnyyyya....bila nak dapat merasa ni huhu...kalau boleh pos laju kan best hihihi ;)

ThePopLook

sudah sampai barangnya


muat-muat dan elok-elok je ngan badan ;)

leh abeskan duit lagi pasni di thepoplook